Ini 8 Petanda Anda Alami Gastrik Kronik (Gastritis), Ada Harapan Ke Untuk Sembuh?

Klik gambar untuk baca lebih banyak artikel kesihatan
 

Ada sesetengah daripada kita yang mungkin mengalami masalah gastritis ataupun gastrik. Namun, bagi keadaan gastritis kronik, ada peluang ke untuk sembuh? Ada sebarang tip tak untuk elakkan masalah gastritis ini? Ini jawapan untuk anda.

Pengenalan ringkas berkenaan gastritis kronik

Dalam perut kita, terdapat satu lapisan mukus pelindung yang disebut sebagai mukosa. Fungsinya adalah untuk melindungi perut daripada kesan asid perut yang kuat. Asid perut ni berperanan dalam mencerna dan menghadam makanan.

Bila terdapat sesuatu perkara yang melemahkan atau merosakkan lapisan mukosa ini, maka ia akan mengalami keradangan lalu menyebabkan gastritis. Bila dah mengalami gastritis, mungkin akan mengalami beberapa simptom seperti sakit perut, perut kembung, loya serta ketidakhadaman makanan.


Apabila gastritis ini berlaku secara perlahan-lahan dalam tempoh masa tertentu, ia akan menjadi gastritis kronik.

Apakah tanda yang menunjukkan bahawa anda mengalami gastritis yang teruk?

Bagi mereka yang mengalami masalah gastritis yang kronik, ia biasanya tidak menunjukkan simptom secara khusus. Namun, ada beberapa tanda atau simptom yang mungkin menunjukkan anda mengalami masalah gastritis yang teruk iaitu:

  • Loya tekak
  • Muntah-muntah
  • Ketidakhadaman
  • Mengalami sakit perut
  • Mengalami kembung perut
  • Sering sendawa
  • Hilang selera makan
  • Penurunan berat badan

Apakah punca yang menyebabkan keadaan gastritis kronik?

Bagi masalah gastritis yang kronik, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan ia berlaku. Antara punca tersebut ialah:

  • Kehadiran bakteria H. pylori dalam perut
  • Pengambilan minuman beralkohol dengan kerap atau secara berlebihan
  • Kesan ubat-ubatan tertentu yang diambil dalam tempoh jangka masa panjang
  • Mengalami penyakit tertentu seperti kegagalan buah pinggang
  • Sistem imun tubuh yang sudah lemah
  • Kerap mengalami tekanan atau stress yang menjejaskan sistem imun tubuh?

Bolehkah masalah gastritis yang kronik ini sembuh?

Bagi masalah gastritis yang berpunca daripada bakteria H. pylori, ia boleh disembuhkan melalui penggunaan antibiotik. Manakala bagi masalah gastritis yang disebabkan oleh pengambilan minuman beralkohol, caranya adalah berhenti mengambil alkohol.

Namun, bagi mereka yang sudah lama mengalami gastritis kronik ini, berkemungkinan terdapat kerosakan kekal pada dinding perut bahagian dalam. 

Adakah masalah gastritis yang teruk ini dianggap berbahaya?

Gastritis yang kronik bukanlah satu keadaan yang berbahaya. Namun, jika ia berlaku dalam tempoh masa yang lama, ia boleh menyebabkan beberapa masalah atau komplikasi lain. Antaranya adalah seperti kemunculan ulser dalam perut, mengalami anemia, pertumbuhan polip atau tumor yang bukan kanser serta risiko mendapat kanser perut.

Cara untuk elakkan diri daripada mendapat masalah gastritis yang kronik

Terdapat beberapa kaedah atau cara yang boleh diamalkan untuk mengurangkan risiko mendapat masalah ini.

Antara kaedah yang boleh dilakukan ialah:

  1. Cuci tangan anda dengan bersih terutamanya sebelum menyentuh makanan. Bakteria H. pylori amat mudah menjangkiti dan memasuki perut anda jika kebersihan diri diabaikan.
  2. Hentikan pengambilan minuman beralkohol dengan serta-merta. Pengambilan minuman beralkohol dengan kerap boleh merosakkan lapisan mukosa pelindung dalam perut anda.
  3. Kurangkan pengambilan makanan berlemak, berminyak, berasid dan juga pedas.
  4. Uruskan stres dan tekanan yang dialami dengan baik.
  5. Elakkan makanan yang tinggi dengan kandungan garam.
  6. Elakkan makanan yang diproses seperti nuget, daging burger, dan juga sosej.
  7. Banyakkan pengambilan makanan berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
  8. Amalkan memakan makanan yang tinggi dengan probiotik seperti kimchi dan yogurt.
  9. Kurangkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi, teh dan minuman berkarbonat.
  10. Elakkan berbaring dalam tempoh dua hingga tiga jam selepas waktu makan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

11 comments

  1. Kesian tengok orang yang ada gastrik ni sebab husband Mrs. A ada bila dia kena kita pun sama sakit huhuhu...

    ReplyDelete
  2. Nice info! Tapi serious kesian and sedih bila tengok orang kena gastrik ni, sakit dia tak boleh bawak bincang huhuhu

    ReplyDelete
  3. akak ada gastrik ni..jadi memang kena berjaga2 kalo nak makan something yang terlampau pedas, terlampau masam, dengan perut kosong..

    ReplyDelete
  4. Kesian orang gastrik bila time bulan puasa nanti

    ReplyDelete
  5. orang yg ada gastrik ni, hidup dia terseksa sbb makan salah sikit ja terus kembung perut :( kesian.. oleh tu orang yg sihat ni kena awal2 mencegahh.. i ada gastrik juga tapi Alhamdulillah bila i puasa i okayyyy, tak kembung perut pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, senang sangat kembung kalau salah makan. Sebab tu jadi cerewet haha

      Delete
  6. suami akak macam tu la...sentiasa sendawa.

    ReplyDelete
  7. Akak kdg2 kena sampai xleh puasa.. Tpi xdala selalu... Nsib baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah tengah puasa ganti ni tapi sakit perut sampai demam. tak tau la tahun ni boleh puasa ke tak

      Delete
  8. kesian pada mereka yang punya masalah gastrik ini.. kalau teruk memang lembik..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.