Movie Review | Hacked (2020)

Director : Vikram Bhatt

Writer : Vikram Bhatt, Saiyf Jilani, Srivinay Salian

Cast : Hina Khan, Rohan Shah, Mohit Malhotra, Sid Makkar

Production Company : Zee Studios, Loneranger Productions

Distributor : Zee Studios

Genre : Psychological / Thriller 

Running Time : 118 minutes

Release Date : 7 February 2020

Trailer :

Movie Hacked mengisahkan tentang Sameera Khanna (Hina Khan), ketua editor di majalah Parade dan bercinta senyap-senyap dengan pelakon Om Kapoor (Sid Makkar) sebab status suami orang. Vivek (Rohan Shah) dah lama syok dengan Sam dan bantu apa yang mampu sebagai jiran. Kadang tu terlebih bantu tapi bukannya Sam perasan pun sebab mata dan hati dia dekat orang lain. Akal dia memang takde dalam movie ni, dari awal sampai muncul plot twist.

Nak dijadikan cerita, Sam yang kecewa bila Om tak datang ke birthday party dia mula ambil kesempatan ke atas Vivek yang memang rela 24/7 pun. Rimas dan terkejut dengan perangai sebenar Vivek, dia ambil keputusan untuk putuskan persahabatan mereka berdua. Vivek sebagai hacker yang genius, masuk ke rumah Sam dan pasang kamera tersembunyi dan hacked semua peranti kepunyaan Sam. 

Segala apa yang berlaku dalam hidup Sam semua Vivek tahu dan sedikit demi sedikit, Vivek berjaya kawal hidup Sam sampai hilang kerjaya dan imej dia. Kita kalau tahu kena hacked, menggelupur bersihkan apa yang patut tapi Sam ni akal dia letak dekat tong sampah sebab dia pergi bercuti dengan Om. 

Dia dah tahu Vivek pasang kamera dalam rumah dia pun, dia tak bersihkan langsung rumah dia. Handphone dengan laptop pun dia tak tukar baru ataupun pergi bersihkan. Lepastu berlari satu bandar sampai kena langgar lori bagai untuk suntik elemen drama. Dia tak sudah-sudah keluar dialog tak ada tempat nak sembunyi padahal boleh je pergi rumah Rohan, tumpang kejap. Dekat situ mana ada kamera. Sisss…..

Yang si Vivek pun dah serupa level Eye of God dalam movie Fast & Furious 7 sebab mana je Sam pergi semua dia dapat tengok melalui segala jenis peranti dan kamera dekat bangunan tu. Sam pergi bercuti pun dia dapat tengok aerial shot dekat pool padahal tak ada kamera pun dekat situ. Kalau ada pun, bila masa pulak dia pergi pasang kamera dekat bilik tu? Director bagi hint tunjuk laptop Sam tapi power betul ye kamera laptop. 

Hina Khan ni antara pelakon TV yang famous so bila tahu dia nak debut dalam Bollywood movies macam curious jugak la nak tengok kualiti lakonan dia. Mengecewakan sebab dia sama level je dengan pelakon wanita yang guna kecantikan muka semata. Dah la watak dia berlakon pun tak bijak, terseksa betul tengok sampai habis. Mungkin dia pandai berlakon tapi dia tak selesa dengan watak dia. Mungkin….

Bab visual rasa nak penampar jugak sebab ada beberapa scene nampak sangat guna VFX untuk wujudkan panorama di luar rumah Sam. Takkan nak shoot scene dalam rumah pun buat dalam studio? Bukan kos lagi tinggi ke bila guna VFX compare dengan shoot in actual house? 

Music album quite okayish sebab bila dengar tak ada rasa nak ulang dah. Bila tengok MV rasa nak marah sebab scene Rohan (Mohit Malhotra) main gitar tu asal boleh je. Dah la jari dekat bahagian strings tak bergerak sangat lepastu jari dekat bahagian chords tu dia letak satu chord je dari awal sampai habis. Itupun Sam boleh impress padahal entah bunyi apa keluar masa tu. Kalau tak reti main gitar tak payah la fokus dekat gitar.

 

Watak Vivek tu tak adalah level genius mana pun macam dia claim tapi sebab mangsa-mangsa dia semua jenis level Sam je so dia rasa superior habis lah. Ingatkan bila Rohan muncul, ada la harapan dia nak bertindak bijak tapi dia pun sama je. Ada ke patut upah pelajar IT gagal dalam major subject dia untuk fight Vivek? Pergi lah report dekat cyber police aduhhhhh. Dah la sembang susah untuk cari kamera tersembunyi padahal boleh je tengok dari angle mana kamera tu fokus. Takkan la gambar kau dekat dalam bilik, kamera tu dekat awan. Ahhh sis stress! 

Kecewa betul lah pendek kata bila tengok movie ni. Kenapa wujud? 

1. Team Production +0.2, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0, 6. Genre +0, 7. Themes +0, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 1.6/10

3 comments

  1. asal teruk sngt dia punya everything ni, hmmm tapi to be honest la if Indian's movie guna byk grafik pun i tak suka sbb i love their story line but this movie mcm tooooooooo bad

    ReplyDelete
  2. bila baca ni dah terasa rimas dengan watak Sam tu..takut nnt umi pulak hantuk kepala kata tiang..hehee

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.