Hadiah Birthday Dari Prudential Dah Sampai

Rabu lepas hadiah birthday dari Ika dah selamat sampai ke tangan. Cun cun je sampai 3/3, cun jugak dengan tarikh birthday 3 haribulan tapi September lah hahaha


Actually Ika nak bagi personally sebab dia memang rajin datang ke Shah Alam dengan KL. Masa tahun 2019 berapa kali kitorang lepak makan sekali lepas balik kerja dan sembang pasal insurans under Prudential. Tapi disebabkan MCO plan nak datang tu asyik tertangguh sudahnya terpaksa lah bagi melalui courier service je. 


Sebab dah tahu dah Ika nak bagi planner untuk tahun 2021 memang tak beli langsung lah planner tahun ni. Cuma beli calendar je untuk catit tarikh penting dekat workstation. PKP kan, tak banyak lah event yang ada. Banyak conteng merepek je untuk nampak meriah. Bila dah sampai personal planner ni memang semangat lah nak plan itu ini especially untuk blog dengan financial plan. 


Planner tahun ni memang menarik dengan warna yang vibrant dan bold, sesuai lah untuk naikkan semangat lemaunya terperuk dalam office dan rumah sebab covid-19. Tahun ni dapat vaksin, insya-allah tahun depan boleh pergi jalan-jalan dan attend event hihu 

Apart from planner, Ika bagi personal gift dari dia which is tudung famous Fareha. Tak pernah lagi try brand ni tapi selalu lah dengar sebab dah pernah nampak dia promote dekat Wanita Hari Ini dengan iklan dekat radio. Sayang betul nak pakai kalau orang bagi sebagai hadiah ni. Thank you sangat Ika! 

Alang-alang dah buat entry untuk hadiah birthday ni, throwback lah terus masa celebrate birthday tahun lepas. Even PKP pun dapat banyak hadiah, wishes and prayers dari family, kawan-kawan dan kenalan dekat social media. 



Dekat office pepagi lagi Ain dah wish happy birthday lepastu order kek Secret Recipe celebrate sebelum lunch kot sebab En Fendy nak keluar pergi meeting. 


Sebelum potong kek tu Lalamove call bagitahu ada parcel sampai dekat bawah. Pelik jugak lah sebab tak ingat pun ada beli apa-apa barang dekat Shopee. Rupanya hadiah sweet dari Ms Fisah. 

'Haaaaa suka tak?!' 

Hshshs gila ke tak suka, dapat bunga kot!


Kebetulan beberapa hari sebelum tu ada jambangan bunga dari Bloom This sampai untuk anniversarry RRM yang ke-21. Haaa letak dekat bahagian sudut tu bagi ada kawan untuk seminggu sebelum layu. 


Petang tu Ain ajak pergi Starbucks sebab dia nak belanja as hadiah birthday. Thanks babe ❤ 🌸


Masa balik rumah petang tu dapat pulak kek pelbagai perisa Secret Recipe dari adik kesayangan. Nasib baik dia order yang half je sebab perut dah penuh dah makan kek dekat office. Siap ada Butterfly Pea Lemon Cheese sebab weekend sebelum tu I tertinggal kek ni dalam kereta. Sedih lah sebab dah cair sebab kereta kan panas haha sudahnya bagi Puteh dengan Bella makan sebab diorang suka cheese. 

Kalau adik I baca entry ni which I know dia baca, dia janji nak belikan handbag tapi mana wei?!! 


Brownies dengan topping strawberry, Lotus Biscoff biscuits dan marshmellow dari Lolly Treats! Brownies sedap sangat, lembut je bila makan ughh drooling masa taip ni ❤ 🌸


Dekat social media especially Twitter penuh la dengan wishes dari kenalan tapi yang paling bestnya dapat hadiah Kek Tapak Kuda Nutella dan Cadburry dari @JacFarah as appreciation token naikkan business dia dengan RT. 


First time makan Kek Tapak Kuda dengan thick fillings macam ni. In fact kawan-kawan dekat office pun first time jumpa kek ni. Since Farah dah tanya berapa orang dekat office, so dia bagi 2 box untuk semua dapat merasa. 


Makan masa panas ataupun sejuk, both sedap dekat mulut tapi rasanya makan lepas panaskan lagi sedap kot sebab Nutella tu melt dalam mulut. Kek ni tak banyak dijual so lepasni kalau craving memang order dekat official IG MoonAndBake je lah. 

Anyway terima kasih sangat untuk semua hadiah ni, hopefully birthday ke-30 lagi banyak dapat hshshs jk. 

12 comments

  1. Happy belated birthday Farhana. Bestnya ramai sayang. Btw, kita Fareha lovers haha. Best tudung tu ❤️

    ReplyDelete
  2. Wahhh bestnya. Ai nak dapat diari and calender pun susah dari prudential.

    ReplyDelete
  3. happy belated birthday dear..best tau tudung fareha tu. semoga maintain gojes tau..rojer rojer la sini, AD pon stay shah alam

    ReplyDelete
  4. Happy birthday kak. Semoga dimurahkan rezeki. Teruskan menulis blog.Semoga berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete
  5. happy belated birthday!!! semoga sentiasa dirahmati Allah.
    Happy women's day jugak.. today!

    ReplyDelete
  6. waa!!!! Bila is the real date actually? kira u muda i setahun la eh ! hehe happy birthday in advance :)
    sure this year dpt byk jugaaa tapi kalau mco lagi.. bertabah la huhuhu

    ReplyDelete
  7. hepi belated besday tt.. 😅

    ReplyDelete
  8. Happy belated birthday, kak farhana!! :D

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. Meriah birthday Farhana walaupun PKP..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.