Redeem Tin Hello Kitty Di 7E

Minggu lepas berjaya kumpul 15 sticker Hello Kitty dari 7Eleven. Kerja dekat Oasis ni memang rajin nau menyinggah ke 7E lepas lunch. Kadang nak beli jajan lah, beli aiskrim lah, beli kopi lah. Kadang tu memborong sampai penuh plastik. 


Setakat nak kumpul 15 stickers tu apa lah sangat khennnn! At first macam malas lah nak kumpul sekali bila dapat booklet dia ni eh eh banyak pulak boleh lekat haha sudahnya habiskan 15 terus lepastu pergi redeem. 


I bukan penggemar Hello Kitty pun tapi out of all redeemable gifts ni, Hello Kitty edition yang paling function sebab dapat storage tin. Walaupun kecil je tapi function teruk! 

Kotak dia pun comel, rasa sayang pulak nak buang


Siapa entah buat idea untuk tarik bahagian atas ni. Bijak betul sebab memudahkan orang buat video unboxing hahahaha

So this is mineeeee....


Tak boleh nak agak tau dapat tin corak yang mana sebab tak ada tunjuk dekat kotak so kalau dapat dua tin yang sama memang zahabedah lah nak kena kumpul lagi 15 sticker. 


Bagus betul siapa yang design storage tin ni sebab ada handle nipis dekat bahagian tepi. Senang nak tarik keluar. Selain jadi storage tin, boleh juga jadi mini handbag ala Gigi Hadid. Kau hadoooo?!


Dekat bahagian bawah dah ada cop 7Eleven. Kalau siapa mintak jual memang tak lah nak bagi sebab limited edition, bukan senang nak jumpa. Tapi kalau dekat Shopee ada, I surrender ah main lekat-lekat sticker ni. Sekarang tengah kumpul yang kedua pulak. Memang mengalir macam air ye duit sekarang ni tssskkk! Siapa dah redeem tu, share la dapat location mana hihihi

6 comments

  1. my SIL semalam pun redeem...anak dia excited bukak, sekali kosong..nangis dia. ha ha ha.. sure ingat ada toys or choc ke...

    ReplyDelete
  2. Comel je bekas hello kitty tuuuu hehehe

    ReplyDelete
  3. nice.
    akak tak pernah dpt kumpul stiker ni, fana.
    sejak pindah rumah, 7e da jauh. lagi la x singgah.
    kalau stiker aeon, akak tgk dulu barang yg nak redeem tu.
    if akak nak, start la akak shopping.
    normally baju anak-anak la. itu yg belanja besar skali.
    cepat sikit penuh kad stiker tu kan :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  4. this is so nice ! i tatau plak ada kumpul sticker mcm ni dekat 7e! nak check it out

    ReplyDelete
  5. dulu rajin beli dan kumpul utk anak2 tapi bila dh makin besar tak pulak diaorg minat..

    ReplyDelete
  6. Tadi baru pergi 7 eleven. Tak kumpul pula sticker ni

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.