Movie Review | Easy A

Monday 1 March 2021

 

Director : Will Gluck

Writer : Bert V. Royal

Cast : Emma Stone, Penn Badgley, Amanda Bynes, Thomas Haden Church, Patricia Clarkson, Cam Gigandet, Lisa Kudrow, Malcolm McDowell, Aly Michalka, Stanley Tucci

Production Company : Olive Bridge Entertainment

Distributor : Screen Gems

Genre : Romantic / Comedy / Drama

Running Time : 92 minutes

Release Date : 11 September 2010 (TIFF), 17 September 2010 (United States)

Trailer :

Selalu nampak video clips dari movie Easy A ni dekat Twitter especially scene Emma Stone menyampah dengan lagu Natasha Beddingfield - Pocketful of Sunshine lepastu karok macam nak gila on weekend. Just like her mood, I also watch this movie on weekend and loved it. 

Olive Penderghast (Emma Stone) bukan sesiapa pun dekat sekolah dia tapi disebabkan kawan baik dia push dia cerita pasal weekend, dia tipu pergi dating sebab dia tak nak berkhemah dengan keluarga Rhiannon Abernathy (Aly Michalka) yang pelik dan hippie. Bila Marianne Bryant (Amanda Bynes) terdengar dalam tandas, gossip tu mula tersebar satu sekolah. 

I used to be anonymous, invisible to the opposite sex. If Google Earth were a guy, he couldn't find me if I was dressed up as a 10-story building. - Olive Penderghast

Makin bertambah marak gossip tu bila Olive tolong kawan dia, Brandon (Dan Byrd) berlakon dalam bilik untuk buktikan yang dia straight dan bukannya gay sebab penat kena buli gara-gara seksualiti yang berbeza. Sejak dari situ Olive digelar skank, famous di sekolah dan dapat bayaran untuk semua penipuan dia. 

Olive tampil di sekolah dengan imej baru dek kerana selalu menjadi tumpuan ramai. Terinspirasi dengan novel kegemaran dia, The Scarlet Letter, pakaian Olive makin singkat dan provokatif dengan huruf A berwarna merah. Mr. Griffith (Thomas Haden Church) mula risau dengan Olive sebab tak nak pelajar cerdik dalam kelas dia menyimpang dari pelajaran tapi Olive yakinkan guru dia yang dia cuma bereksperimentasi.

Olive simpan perasaan pada "Woodchuck" Todd (Penn Badgley) tapi dengan reputasi dia di sekolah, tak mungkin lah ada lelaki yang baik nak dekat dengan dia. Gosip liar yang merebak bukan saja merosakkan persahabatan dengan Rhiannon malah digantung sekolah kerana guru kaunseling (Lisa Kudrow) berbohong untuk selamatkan karier dia. Macam mana Olive nak betulkan keadaan tu, kena tengok lah dekat Netflix. 

Whatever happened to chivalry? Does it only exist in 80's movies? I want John Cusack holding a boombox outside my window. I wanna ride off on a lawnmower with Patrick Dempsey. I want Jake from Sixteen Candles waiting outside the church for me. I want Judd Nelson thrusting his fist into the air because he knows he got me. Just once I want my life to be like an 80's movie, preferably one with a really awesome musical number for no apparent reason. But no, no, John Hughes did not direct my life. - Olive Penderghast

Walaupun genre movie ni romantic comedy tapi tak focus sangat pun pada romantic sebab Cuma muncul dekat hujung nanti. Lebih terarah kepada watak Olive yang kelakar dan eksperimen dia. Emma Stone hidupkan watak Olive dengan style dia tersendiri sampaikan movie ni masih lagi best ditonton sehingga sekarang. Suara serak dia seksi sangat! Soundtrack pun best sebab guna lagu-lagu yang tengah hits masa tu macam Tide Is High - Atomic Kitten, Trouble Is Friend - Lenka, Don't Cha - Pussycat Dolls dan banyak lagi yang best.

 

Ada beberapa scene yang diambil dari novel The Scarlet Letter so reference tu mungkin agak susah nak faham la melainkan dah pernah baca literature novel tu. Kalau dekat US sana maybe lagi enjoy la kot tengok sebab memang seubjek sekolah diorang. Macam kita The Phantom of The Opera lah paling famous. 

Movie Easy A arahan Will Gluck ni bukan sahaja menyeronokkan malah diadun dengan berani untuk menyuntik semangat remaja supaya lebih berani hidup walaupun tenggelam dalam gossip liar. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10

6 comments

  1. Cerita ni memang best! Paling love the ending 💖

    ReplyDelete
  2. comedy romatik, kena tengok ni

    ReplyDelete
  3. Emma Stine ni sekali pandang macam Lindsay Lohan pun iya jugak :)

    ReplyDelete
  4. kalau i, mmg 10/10 i tgk byk kali and i love it !!
    i suka how the parents percaya dia and let her do anything

    ReplyDelete
  5. Nak tengok I suka plot dia tak bosan Dan tak senang nak agak

    ReplyDelete
  6. Uish.. Atomic kitten denggan Pussycat Doll tu..
    Lama tak layan lagu diorang..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.