Drama Review | Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 9 : Lailasari Mak Kak Limah


 Pengarah : Mamat Khalid

Penulis Skrip : Mamat Khalid

Pelakon : Kazar Sairi, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Aziz M. Osman, Mat London (Ahmad Ibrahim), Avaa Vanja, Nazeera Sardi, Datuk Awie, Hazama, Ellie Suriaty, Pekin, Delimawati, Ozlynn, Soffi Jikan, Joey Daud, Kamarool Hj Yusof, Imuda, TJ Isa, Adam AF, Azlan Komeng, Ayie Hushairi, Faizal Chal, Nasir Jani, Soya, Shuk Sahar, Sharwani, Mohd Rashid, Latiff Zami, Jasper Supayah, Reza Hasbi, Annie Mosha, Akmal Ahmad, Wan Raja

Genre : Komedi / Seram

Jumlah Episod : 13 Episod

Tarikh Tayangan : 7 Disember 2020

Syarikat Produksi : Astro

Penyiaran : Astro Ria, Astro Citra HD, Astro GO, On Demand

Trailer :

Dalam review episod 8 dah excited dah sebab hantu Kak Limah akan muncul dalam episod 9 tapi malangnya bukan Kak Limah, rupanya mak dia – Lailasari (Delimawati) yang dipakukan menjadi manusia kemudiannya meninggal semasa melahirkan anak kembar. Bidan (Avaa Vanja) cuma mampu selamatkan seorang sahaja anak Lailasari. 

Sebelum meninggal Lailasari sempat berpesan kepada suaminya (Kazar Saisi) yang dia akan bangkit semula selepas 44 hari. Tak tahu kenapa durasi masa tersebut baru Lailasari bangkit sebab tak dijelaskan pun oleh mana-mana watak. Nak kaitkan dengan sejarah Pontianak pun bukannya kita gemar sangat membaca kisah seram sejarah hantu-hantu ni. 

Tak teruk mana pun Hantu Lailasari ni kacau orang kampung sebab dia cuma nak balik rumah tengok anak dia yang dia tak sempat jaga je selepas melahirkan. Orang kampung yang cuak lebih sedangkan Lailasari dah jelaskan niat sebenar dia kembali ke Kampong Pisang. 

Lepas kejayaan franchise Kampung Pisang, pengarah dan penulis Mamat Khalid tambah lagi  drama Kampong Pisang Bersiri-Siri untuk hilangkan rindu peminat. Lepas Zombi Kampung Pisang (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010), Husin, Mon & Jin Pakai Toncit (2013), Zombie Kilang Biskut (2014), dan Hantu Kak Limah (2018) kebanyakannya menggunakan pelakon yang sama tapi dalam drama ni ada beberapa watak yang digantikan pelakonnya. Tak tahu lah nak kata episod ni tribute kepada mana-mana filem dalam franchise Kampung Pisang tapi latar masa berpatah balik ke zaman 50-an kot sebab rambut Kazar afro kemain sampai kopiah pun tak muat. 

Visual dalam Episod 9 : Lailasari ni menggunakan warna hitam dan putih sahaja untuk sesuaikan dengan suasana pada zaman tersebut. Props dan kostum terikat dengan konsep latar masa yang dipersembahkan cuma semua watak utama tak lah berbeza pun. Muka Pak (Karim Mat London (Ahmad Ibrahim)), Bakobar (Bell Ngasri), Pak Jabit (Aziz M. Osman), Cik Punama (Dewa Sapri) maintain sama je seperti sebelumnya. 

Untuk background music dalam drama ni kebanyakannya lagu-lagu lama zaman 80-an macam lagu Mabuk Kepayang nyanyian S. Jibeng. Dinyanyikan semula oleh watak Ahmad Yassin (Ahmad Yassin) yang buta dan menyanyi di Buluh Inn. Masa ni tengah famous dengan tarian pop yeh yeh sebab ada scene semua watak utama menari di Buluh Inn sampai bergaduh nak berebut pasangan menari punya pasal. Ada juga scene Kazar dengan Cik Chun (Nazeera Sardi) menyanyi lagu Razak Majid & Zainab Majid - Pujaanku dan scene menari dalam rumah sampai abaikan anak yang tengah menangis.

Mengantuk tengok episod ni sebab tak panjang pun screentime Delimawati dalam episod 9 ni padahal nak tengok sebab dia. Patutlah dalam poster Kampong Pisang Bersiri-siri ni kecik kemain dia. Episod ni seram pun tidak, komedi apatah lagi. Banyak menari dan episod yang dipanjangkan dengan sengaja untuk cukupkan durasi selama 40 minit. Bila tengok Lailasari serahkan anak dia, Halimah tu macam dah lari dari cerita asal Kak Limah. 

Bukan setakat hambar je, menguap tunggu habis lepastu kecewa sama banyak jugak bila dah habis tengok. Penampilan istimewa Joey dalam episod ni pun nampak try hard sangat. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 3.4/10

5 comments

  1. dah habis idea kot. perasan yg drama siri ni makin lama makin hambar, itu yg malas nak tengok nanti ada pula yg tertido..haha

    ReplyDelete
  2. Ada jugak baca review orang lain, mostly cakap boring and hambar. Dah kering idea kot. Berlakon pun try hard sangat. Banyak lagi kot nak kena perbetulkan :)

    ReplyDelete
  3. kalau nak tgk sekadar hiburan tanpaaaa expect yg tinggi , ok la kan

    ReplyDelete
  4. setuju, ni antara episod yang sangat tak best, termasuk yang ufo tu..adess

    ReplyDelete
  5. teringin nak tengok..tapi belum ada kesempatan

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.