Movie Review | Uyare (2019)

Director : Manu Ashokan

Writer : Bobby–Sanjay

Cast : Parvathy Thiruvothu, Asif Ali, Tovino Thomas, Siddique, Anarkali Marikar, Prem Prakash

Production Company : S Cube Films, Grihalakshmi Productions

Distributor : Kalpaka Films, Indywood Distribution Network

Genre : Drama

Running Time : 125 minutes

Release Date : 26 April 2019

Trailer :

Antara movie terbaik di industri perfileman Malayalam adalah movie Uyare arahan Manu Ashokan  yang mengangkat keberanian dan semangat juang yang tinggi dari acid attack victim. Dari kecil lagi Pallavi Raveendran (Parvathy Thiruvothu)  simpan impian untuk menjadi pilot dan bila cita-cita dia tercapai, kekasih dia, Govind Balakrishnan (Asif Ali) hancurkan semuanya dalam sekelip mata. 

Raveendran (Siddique) pernah tanya anak bongsu dia tentang Govind disebabkan sikap yang suka mengongkong tapi Pallavi bagitahu yang Govind seorang sahaja selamatkan dia dari dibuli masa di sekolah dulu. Hakikatnya, lelaki toxic macam Govind akan cuba cari cara supaya partner rasa terhutang budi kemudiannya manipulate sampai partner rasa susah nak keluar dari hubungan tu. Jawapan kepada persoalan kenapa perempuan bijak seperti Pallavi jatuh cinta pada lelaki toxic. 

Semua yang Pallavi buat perlu dapat approval dari Govind termasuklah pakaian dan penampilan dia. Bila Pallavi sibuk dalam kelas dia mula cari jalan untuk guna emotional blackmail sampai tahap kelar nadi sendiri. Kawan-kawan Pallavi pun dah masak dengan perangai Govind dan selalu nasihatkan cinta cuma 1 daripada 5 perkara penting dalam hidup. 

Tapi bila Pallavi mula rimas dan sesak dengan perangai Govind, dia disimbah asid dan lesen juruterbang dia dibatalkan serta-merta gara-gara mata dia kurang jelas. Di mahkamah pula peguam Govind berjaya dapatkan ikat jamin dek kerana tiada saksi semasa Pallavi disimbah asid. Tebal muka Govind bagitahu depan Hakim yang dia masih sudi berkahwin dengan Pallavi. 

Setiap kali tengok movie tentang mangsa simbah asid ni memang tak cukup makian bila tengok scene tu. Kejam sangat! Lagi bertambah sakit hati bila yang simbah tu bukan musuh ataupun kena tolak cinta tapi bakal suami sendiri. Geramnya lah tengok Govind datang merayu supaya tarik balik kes mahkamah sebab masa depan dia hampir musnah. Eiiii!

Nasib baik lah Pallavi ni ada support system yang kuat macam kawan baik dia, Sariya D'Costa (Anarkali Marikar) yang naikkan semangat Pallavi bila dia takut nak keluar tengok dunia. Kudos to Bobby–Sanjay sebagai penulis yang keluar dari template cinta platonik bila Pallavi minta Vishal Rajashekaran (Tovino Thomas) jadi kawan baik dia instead of boyfriend. Vishal jarang muncul tapi bila dia datang, selalu buka banyak peluang untuk Pallavi belajar dan berkembang. 

Jarang tengok movie Malayalam so tak kenal langsung dengan mana-mana pelakon dalam movie ni tapi semuanya deliver watak mereka dengan cemerlang baik pelakon utama mahupun pelakon sampingan. Kekuatan movie Uyare pada penulisan skrip yang berpijak pada dunia nyata dek kerana penulis dah buat kajian dari acid attack victims. Sebab tu dekat awal movie, team production letak ‘based on true story….mostly’. 

Walaupun movie ni bergenre drama tapi ada beberapa scene yang hilang impaknya macam scene Pallavi simbah air dekat muka Govind tapi pihak Cloud 9 Airlines tak release media statement dari Pallavi pun walhal boleh je tarik simpati ramai. Scene Pallavi interact dengan ATC pun tak dimasukkan dialog atau perbalahan yang intense dari watak Vishal ataupun Pallavi. 

Masa movie Chhapaak keluar tahun lepas, ramai yang compare dengan movie Uyare dan keduanya ada kekuatan tersendiri pada jalan cerita. Sementara Uyare cemerlang dengan lakonan dan skrip, movie Chhapaak pula cemerlang pada kekuatan mesejnya. 

Movie Uyare bukan setakat menang banyak award dalam pelbagai kategori malah movie Malayalam pertama yang ditayangkan di pawagam Korea Selatan. Rasa terinspirasi lah tengok movie Uyare ni masa Hari Wanita Sedunia. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10

2 comments

  1. dia sanggup buat apa saja utk bg partner dia rasa terhutang budi? omggg saiko gila.. mcm cita YOU tu, yg dia sanggup stalk partner dia utk tau apa yg jadi supaya kononnya dia jadi understanding/perfect partner

    ReplyDelete
    Replies
    1. toxic partner memang macam ni. bila partner rimas mula la cakap sebab sayang padahal nak rasa dominan/superior

      Delete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.