Movie Review : Judwaa 2

Thursday 11 January 2018

Image result for judwaa 2

Director : David Dhawan
Cast : Varun Dhawan, Jacqueline Fernandez, Taapsee Pannu, Anupam Kher, Vivan Bhatena
Genre : Comedy, Romantic, Action
Running Time : 2 hours 30 minutes
Trailer : 


Judwaa 2 is an official remake dari movie Judwaa tahun 1997 dibawah arahan director yang sama, David Dhawan. Not sure if you guys familiar with the original movie but here a lil synopsis of Judwaa 2. 

Image result for judwaa 2

Prem & Raja (Varun Dhawan) merupakan kembar seiras yang terpisah sejak dari lahir disebabkan pergelutan ayahnya dengan penjahat bernama Charles. Raja & Prem kembar & mempunyai refleks yang sama. Raja dibesarkan di Mumbai, India oleh Ms Kashi yang terjumpa Raja di tepi jalan meanwhile Prem dibesarkan di London dalam kehidupan serba-serbi sempurna. Raja yang melarikan diri selepas terlibat dalam pergaduhan dengan gangtster kawasan, berpindah ke London & bertemu dengan Prem dan ibu bapa kandungnya. Sementara Raja & Prem menyelesaikan masalah kehidupan diorang, Charles dalam masa yang sama dibebaskan dari penjara mencari diorang sekeluarga untuk membalas dendam. 

Tak ada banyak yang berbeza dengan Judwaa asal bila mana plot cerita masih lagi sama cuma pelakon je yang berbeza and its kinda annoying bila tengok Varun memang copy sebijik lakonan Salman Khan. There's no originality at all dalam movie Judwaa 2. Tapi nasib baik lah lagu remake pun best macam Judwaa asal. Oonchi Hai Building dengan Tan Tana Tan kekalkan rentak sama dengan lagu asal and yes both are my fav dengan lagu Aaa Toh Sahi.


But speaking of the dialogue, urggghhh its a huge letdown. Skrip dia takde yang best pun, nothing logic nothing memorable. Semuanya recycle. Storyline movie Judwaa 2 ni sepatutnya kena berubah jugak ikut teknologi sekarang. Means sekarang zaman viral kot nak pulak bila Prem tu student kolej, benda viral ni dalam genggaman dia je kot. There's too many loopholes but who cares tho? Its a stupid comedy for Varun Dhawan fans. Its a debut double-role movie untuk Varun tapi lebih kurang sama je watak Prem & Raja tu. Nothing impressive pun. 

Image result for judwaa 2

Watak polis yang kejar Raja dalam ni ya tuhan loser sangat. Dah lemah satu hal, tiba-tiba hilang dari cerita satu hal padahal polis tu beria nak tangkap Raja sebab nak naik pangkat. Entah macam mana Prem keluar dari penjara pun nobody bothers to tell.

Kembar refleks ni macam susah betul nak hadam movie ni, bila diorang jauh seorang di India, seorang lagi di London memang tak ada effect pun tapi bila dua-dua di London & dekat so refleks tu kuat. Okay, boleh diterima tapi refleks tu datang bila dia nak datang je just untuk sedapkan cerita. I still tak boleh nak agak bila masa refleks ni jadi. Is it when remotional reflects? Tapi scene hujung tu gerakkan tangan pun boleh sama. Logic memang tak wujud langsung, sama lah macam bola yang Raja sepak dari taman melambung sampai ke rumah Alex sampai terus kembalikan ingatan dia. 

Part Raja marah bebudak kolej kacau Samara (Tapsee Pannu) sampai dia belasah semua budak-budak kolej tu sampai lunyai sebab dia tak suka tengok perempuan kena cabul tapi Raja yang sama jugak yang datang entah dari mana spank Alishka (Jacqueline Fernandez), belum sembang part kiss Alishka without her consent at all and that too, twice!

Performance Varun Dhawan memang bagus dalam Judwaa 2 since comedy memang makanan dia tapi cast lain semua biasa je. Tapsee lah keluar dari comfort zone dia berlakon movie berat tapi at ease je berlakon movie santai macamni. Nothing new for Jacqueline since dia memang Ratu Bimbo. Her talent wasted like always. Supporting cast pun biasa je. It just disappoint me watching a remake with new ideas at all. Untuk fans Varun they'll love this movie. No doubt. 

Image result for judwaa 2

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline 0, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message 0, 10. Personal Thought 0 = 4.7/10

3 comments

  1. Nampak menarik cerita ni. Pelakon2 pun best

    ReplyDelete
  2. mcm best je. i love it when the story is about twins. hehe

    ReplyDelete
  3. pernah gak tengok Judwaa versi salman khan masa dulu - dulu tayang kat TV, tapi sekarang dah tak berapa ingat jalan ceritanya dh. Tapi versi original mestilah lagi best dari yg remake kan..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.