Bertungku Dengan Daun Kunyit

Saturday 27 January 2018

Tengah musim hujan sekarang memang rasa sejuk sangat. Malam je mula la menggigil. Nak tidur pun dah tak payah on kipas dah sekarang. Selalu hujan satu hal, belakang rumah ada hutan satu hal. Memang merinding habis.

Disebabkan pokok kunyit dah semak dekat dalam pasu tu sampai tak nampak rupa dah semangat pulak nak bersihkan lepastu guna daun untuk alas tungku. Bila batu sungai jumpa dengan daun kunyit, dia punya bau tu fuhhhh wanginya! Satu rumah bau wangi.


Bertungku alas daun kunyit ni boleh hilangkan angin dalam badan. Sesuai la tu sejuk-sejuk macam sekarang ni angin senang masuk dalam badan so kita keluarkan dengan cara ni. Baru merah cantik kaki bila bertungku sebab darah dah berjalan elok. Kalau tak, kaki pucat je kuku pun dah biru. Tak tahan sejuk. Kalau pergi tempat sejuk confirm demam. 

Dulu kalau bakar tungku untuk mak sebab mak pun sama tak tahan sejuk. Kalau dia demam, bakar tungku untuk dia lepastu tumpang tungku sekali. Kalau tengah datang bulan tu memang best letak dekat perut. Nak pulak kalau tengah senggugut. Lega je rasa. 

Selalunya orang bertungku guna daun kunyit, daun mengkudu, daun lengkuas ataupun daun sirih. Kalau daun lengkuas dengan daun sirih, sama lah khasiatnya boleh keluarkan angin dalam badan. Kalau daun senduduk dengan daun pandan untuk lembutkan urat. Mana urat yang selalu tegang sampai kejang boleh guna cara ni. Kalau daun serai pulak untuk kecutkan peranakan. Ni untuk yang dah bersalin lah. Kita anak dara fokus buang angin & jaga urat je. Antara khasiat lain bila bertungku balut dengan daun-daun herba ni, bau wangi yang jeluar tu akan bertindak sebagai aromaterapi. Bila guna rasa nyaman je. 


Selalunya guna batu sungai je kalau nak bertungku sebab tungku besi tu berat kemain. Kadang tak terdaya nak angkat. Panas pulak tu. Kalau batu sungai nak balut pun senang. Ada siapa yang suka bertungku jugak tak? 

5 comments

  1. serius tak tahu bertungku dengan daun kunyit dan boleh untuk bila datang bulan. kita selalu sakit bila datang bulan. tungku pakai air panas je ;( tq share awak.

    ReplyDelete
  2. Oh..kami tak pernah balit dengan daun camni. Lepasni boleh try lah

    ReplyDelete
  3. tungku utk cepatkan kempis perut pon boleh kan?

    ReplyDelete
  4. Tak pernah bertungku sebelum ni heheh ^^

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.