Movie Review : Newton

Monday 15 January 2018

Image result for newton hindi movie

Director : Amit V Masurkar
Cast : Rajkummar Rao, Pankaj Tripathi, Anjali Patil and Raghubir Yadav.
Genre : Comedy/Drama
Running Time : 106 minutes
Trailer : 


Newton mengisahkan tentang Nutan Kumar atau Newton yang baru sahaja menjadi pegawai kerajaan & of course dia memang berdedikasi, amanah & jujur dalam pekerjaan dia sebab dia nak ubah negara dengan hapuskan rasuah dan dedikasi melakukan tugas sebagai pegawai kerajaan. Newton secara sukarela daftarkan diri jadi pegawai pilihanraya di kawasan Chhattisgarh di mana kawasan yang dipenuhi dengan pengganas militan. Tak ramai yang berani ke Chhattisgarh. Pilihanraya yang lepas 19 orang mati di kawasan tu. Berpegang dengan prinsip Newton yang jujur, mampu atau tidak dia berdepan dengan sistem pilihanraya di Chhattisgarh & keluar dari kawasan tu dengan selamat? 

Image result for newton review

Fun fact, Newton is one of the finest movie ever made in 2017 and tell you guys, Newton ialah antara movie yang dihantar ke Oscar untuk kategori Filem Terbaik Dari Negara Luar tapi sayangnya movie ni gagal terpilih. Another thing, movie Newton dibikin oleh pengarah yang sama untuk movie Masaan. Movie Masaan ni pun dihantar ke Oscar jugak tahun 2015. 

Sebagai Newton yang jujur dan tegas dengan pendirian dia, Rajkumar Rao has once again proved his acting talent. With his innocent looks and top-notch performance, this movie got a solid energy to offer. Supporting cast pun semua bagus, semua delivers great screenplay. Bila tengok movie ni, tak timbul soal nak berpihak pada siapa sebab dalam keadaan yang situasi sebegitu, setiap karakter berpegang pada prinsip kehidupan masing-masing dan semua prinsip tu lahir dari keadaan yang memaksa dari pihak atas.  Yang ada dalam movie ni semua karakter kelas bawahan. 

Newton dengan prinsip hidup untuk jujur dalam tugas dia. Selagi ada yang boleh mengundi, dia cuba sedaya upaya untuk pastikan semua penduduk kampung mengundi. Itu tugas dia dan dia laksanakan tugas dia. Meanwhile, yang menghalang tugas dia, Komander Aatma Singh. KAS perlu pastikan keselamatan semua pegawai pilihanraya dan juga anak-anak buah dia selamat. Knowing the fact orang kampung takkan pergi mengundi pun sebab dunia luar tak pernah kisah dengan kehidupan mereka, dia cuba untuk singkatkan masa mengundi. Untuk jaga sekumpulan manusia bukan senang. Tambah pula pengganas Maoist ikut suka dia je muncul bila masa & show no mercy at all. Dia nampak, dia tembak je walaupun pengganas Maoist cuma muncul dalam satu scene je tapi cara director gambarkan pengganas Maoist tu dah cukup untuk penonton rasa berdebar dari awal sampai habis. Always berjaga-jaga takut Maoist datang. I really rooting for Maoist to show up for scond time tho because the exaggeration KAS tells Newton.

Image result for newton review

In many scene you guys can watch the argument between Newton & KAS telling what's right and what's wrong. Tapi tak mampu nak berpihak pada siapa pun sebab dua-dua pun betul. Walaupun director cuba untuk tonjolkan KAS sebagai watak jahat dalam movie ni tapi by emotion we know he's bounded by fear. Dia pun ada family yang tunggu dia di luar sana & dia tahu betapa kejamnya Maoist. I love the part when KAS said 'its army rules'. Dalam geramnya dengan KAS, geram jugak dengan Newton sampai tahap you allowed them beat Newton. 

Cinematoghraphy movie ni memang cantik walaupun tunjuk scene dalam hutan je but some part just crafted so well. Kawasan Chattigarh memang cantik kalau bukan sebab pengganas maybe dah jadi tourism places dekat India dah. 


Genre movie Newton ni comedy tapi tak terasa nak gelak sebab comedy dia memang lawak tapi rasa macam gelakkan diri sendiri je. Its a black comedy, it hurt us when we laugh because there lies the bitter truth of our life. Since PRU nak dekat ni, bila tengok Newton rasa lemau pulak nak pergi mengundi since the similarities Newton shows on Election Day and what's happen next is just the same. Dalam movie Newton bukan bagi jawapan tapi hundreds of thoughts to ponder and question arise. 

Image result for newton review

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10

6 comments

  1. Jalan cerita dia mmg menarik

    ReplyDelete
  2. Jalan cerita ia macam best!!

    ReplyDelete
  3. yess, lakonan Rajkummar Rao memang sentiasa best, tapi saya tak tengok lagi movie ni, dari review di atas mmg nampak menarik movie ni..

    ReplyDelete
  4. macam seronok je ni, boleh la nanti tengok hihi

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.