Kari Sotong

Tuesday 23 January 2018

Dah lama beli sotong tapi tak tahu nak masak apa. Nak buat sotong sumbat sebenarnya tapi daun ketumbar asyik out of stock je jadi malas pulak. Next time je lah buat. Tengah fikir nak masak apa nampak serbuk kari. Cun jugak kalau masak kari. Tapi kari sotong ni tanpa santan tau. 

Hidangan : 2-4 orang makan 

Bahan-bahan :

A
- Bawang besar 2 biji
- Cili padi 5 biji
- Bawang putih setengah labu
- Halia 1/2 inci
- Ikan bilis segenggam

B
- Kayu manis 1 batang 
- Bunga lawang 2 kuntum
- Bunga cengkih 3 batang
- 4 biji buah pelaga
- 1 sudu kecil halba campur
- Daun kari 1 tangkai

C
- Sotong 3-4 ekor
- Tomato 1 biji belah 4
- Serbuk cili 1 sudu besar
- Serbuk kari ikan 2 sudu besar
- Asam jawa 1 sudu kecil
- Air 2 cawan
- Garam secukup rasa
- Minyak masak 


Cara-cara masakan:

1. Kisar bahan A.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan B sehingga naik bau kemudian masukkan bahan A yang siap dikisar tadi. 

3. Serbuk kari ikan dibancuh bersama asam jawa dimasukkan ke dalam kuali. Masukkan serbuk cili. Masak sehingga naik minyak. 

4. Masukkan sotong dan air. Biarkan sehingga sotong lembut kemudian masukkan tomato dan garam. 

Siap! Lebihan kuah kari sotong ni buat nasi goreng untuk makan malam memang bahagia je perut. 

 

7 comments

  1. amboi sedap tu.cikyan jarang beli sotong.. jarang masak sotong.. hahaha.. xde idea sgt nk masak ape..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.
    Hari ni pakcik bawak bekal nasik lauk sotong sambal. sedap juga.

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing!!! ^^ Akan di'try nanti2 :) *nanti2 tu maksudnya belum sure lagi heheh ^^ btw Hana tag kak Farhana dekat entri ni ->

    http://pululudreams.blogspot.my/2018/01/segmen-blogwalking-by-miss-kepeng.html

    ReplyDelete
  4. uwaa bestnya pandai masak.. huhuhu i am so jelly of you!

    ReplyDelete
  5. look yummy.. tp cikla belum pernah cuba sotong masak kari, selalu goreng kunyit je. nanti boleh cuba. lagipun, dh lama tak mkn seafood ni..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.