Happy Birthday Chashma!

Monday 1 January 2018

Never have I ever thought I will wear an eyeglass. Sebab muka tak cantik bila pakai so I will avoid anything yang boleh buat mata rabun tapi tu lah as I grew older, makin banyak kerja yang libatkan screen. Dari silau biasa bertambah makin teruk nak pulak bila kena hadap screen sehabis fokus yang boleh bila buat kerja. Bila drive memang sengsara jugak lah sebab silau matahari, memang kena ada shade tapi bila malam mana boleh pakai shade so I hate driving at night. Banyak kali jugak lah hampir terbabas sebab silau punya pasal. 

So last year I've decided why not pakai before it getting worst kan? Lepas habis shopping barang dapur dekat Star Avenue nampak 'Back To School' promotion. Lepas pilih frame, ada lens checkup. Sebelum ni check boleh je nampak huruf yang paling kecil sekali tapi masa check tu, sampai berair mata nak tengok punya pasal. 

After 3 days, pergi collect and start pakai cermin mata, rasa macam wow terangnya dunia. 



Serious terang, jelas & nyata. Sebelum ni nak kena kecilkan mata untuk fokus. Tak tahu pulak bila buat macamtu makin bertambah sakit kepala. Kadang tu punya lah silau sampai menangis sebab pedih & sakit. But now tak payah nak menangis dah. Kalau tahu, dari zaman belajar lagi pakai sebab selalu sangat sakit kepala. Nak belajar pun rimas sebab silau. 

Since dah pakai spec ni, merasa lah benda-benda yang orang annoyed dengan spec. Memang nak kena jaga betul, kalau jatuh tu memang dah risau takut crack but lucky for me sebab pilih full frame. Even jatuh banyak kali pun boleh chill sikit. Paling menyampah kalau mata gatal dah tak boleh on the spot tenyeh sebab ada penghadang. Nak kena bukak soec dulu baru boleh keluarkan habuk atau bulu mata. Annoyed jugak sebab bulu mata selalu jatuh masuk dalam mata ataupun tercucuk mata. 


Part makan tu haihhh kalau makan benda panas confirm spec ada wap T.T

Kalau keluar dari office confirm buta sekejap kalau tak buka spec sebab dekat dalam office sejuk gila tapi bila keluar cuca panas kemain so spec tu penuh dengan wap sampai tak nampak langsung. Kadang tu menggelabah sendiri ingatkan dah buta pftttt. 

But above all, I am so grateful dah tak payah seksa hadap segala silau lepas pakai spec. Sakit kepala, sakit bahu & pedih mata pun dah hilang banyak lepas pakai spec. Cuma kadang-kadang rimas pakai & hidung pun lenguh tapi ramai pulak ingat saja beli spec sebab style letak spec atas kepala pffttt I've spent hundred ringgits for style? So not me!


Anyway, happy birthday my dear spectacle, please stay with me together we survive another year creating memories! Fightinggggg


10 comments

  1. Kak ana since kawen dah pakai spek secara tetap. Lama2 jadi biasa dah. Kalau dulu asal nak pakai tudung je mesti kembang semacan. Skrg xde hal lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kembang jugak sebab tu pakai dekat luar tudung tapi kak ana comel je pakai spek :P

      Delete
  2. i miss my old spect. spect favoritee tu la yg ilangnye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa kesiannya. spec ni pun nyaris jugak hilang ni. Kalau hilang mesti murung sebentar

      Delete
  3. I rarely wear my spectacles now. Malas dan tak suka. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jugak perasaan tu tapi tak rajin pulak nak pakai contact lens huhu

      Delete
  4. aww u still cute!!! even with glasses

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.