Drama Review | While You're Sleeping

Thursday 18 January 2018


Director : Oh Choong-hwan
Writer : Park Hye-ryun
Cast : Lee Jong-suk, Bae Suzy, Lee Sang-yeob, Jung Hae-in, Ko Sung-hee, Kim Won-hae, Min Sung-wook, Bae Hae-sun, Lee Ki-young, Shin Jae-ha, Hwang Young-hee, Lee Yoo-joon 
Genre : Romance/ Fantasy/ Thriller/ Legal
Production Company : SidusHQ
Distributor : SBS
Running Episodes : 16 episodes
Release Date : September 27 – November 16, 2017
Trailer : 


Lepas entah berapa kali kena suggest dengan adik supaya tengok Kdrama ni, finally tergerak hati nak tengok dengan video speed 1.5 dan kadangkala 2, maka dapat lah habis dalam masa 3 hari. Plus I don't like Lee Jong-suk sebab dia jambu sangat blergghh ni drama kedua dia yang best lepas I Hear Your Voice. Drama dia yang lain tak tengok lagi tapi dia ni power jugak lah banyak kdrama dia yang high rating. 

Okay back to WYS review.

While You Were Sleeping': The biggest mindtrip you'll ever watch ...

Drama yang mengisahkan tentang Nam Hong-Joo (Suzy) dapat mimpi tentang masa depan setiap hari but although she know what will happen, tak bermaksud dia mampu halang daripada kejadian tu berlaku.

Not until she met Prosecutor Jung Jae Chan (Lee Jong-suk) and Woo Tak (Jung Hae-in). Mysteriously, three of them having same dream on every tragedy happened in that town but each person have different cause and effect. Since then, they became closer and solve cases together. Dalam setiap kes yang diorang selesaikan, mesti ada Lawyer Lee Yeo Bum (Lee Sang-yeob) sebagai watak jahat dalam WYS.  

Related image

Tak ada expectation apa pun untuk drama ni walaupun rating tinggi. Saja nak tengok storyline dia macam mana. Nak pulak bila heroin dia Suzy but my oh my Suzy berlakon bagus pulak dalam ni. Macam tak percaya pulak tu Suzy. Great thing for her cumanya chemistry dia dengan Jong-suk untuk episod awal memang cantik tapi makin lama makin hambar.

But Hong-joo, Jae-Chan & Woo Tak's friendship yang buat drama ni cantik sebenarnya. Friendship and family bonding tu memang ikatan cantik drama WYS & that's why bila tengok movie ni beremosi teruk. Tak payah tanya lah berapa kali menangis. Nak pulak scene yang daun merah datang tu.


Drama WYS ni semua tragedi tu saling berkait antara satu sama lain so tak sakit lah kepala nak fikir banyak watak walaupun kes dia agak heavy. Tapi sakit kepala jugak sebenarnya fikir pasal mimpi tu. Bermula dari Hong-joo kemudian kepada Jae-chan lepastu Woo-Tak but then bila memasing jumpa dead end tiba-tiba ada karakter baru.

Masa awal drama Jae-chan dengan Hong-joo ada bincang pasal kejadian mimpi ni. Kalau mimpi Hong-joo tak boleh diubah tapi Jae-chan berjaya ubah so nature akan berubah. Tapi dengan datangnya mimpi Woo-tak, nature boleh berubah lagi tapi bila karakter baru dengan mimpi sama, nature seems take toll on him? Dia kata itu pilihan dia untuk hidup dengan cara tu tapi dia tak sedar pun bila benda tu terjadi dekat dia.

8 Burning Questions From “While You Were Sleeping” Episodes 13 And ...

Tak faham mimpi tu masih ada ataupun tak selepas watak jahat kena tangkap. Ada part diorang boleh nampak dalam mimpi, ada part diorang clueless. Pening sebenarnya genre fiction ni. Diorang sorokkan kelemahan tu dengan nama fiksyen. Sebab tu tak suka. Dah habis tengok pun dok fikir lagi itu ini. Haihhhh


Pasal mimpi tu satu hal, pasal Woo Tak pun satu hal jugak. Kenapa dia kena buang dari polis sebab buta warna tapi performance dia sebagai polis bagus je. Yang buat berkerut kepala dia pilih jadi lawyer. Ha'ah ye lah padahal sama level je dua profession tu. Takkan setiap kali jumpa bahan bukti dia nak kena bergantung kepada assistant dia? 

Although tragedi tu best tapi tak rasa saspen pun sebab dah tahu dah nanti ada yang tolong. Debar tu tak ada pun sebab ni drama fiksyen kot. Kau cuma boleh layan je. Unlike Defendant, dia punya saspen tu fuhhhh menyengat betul. Bila tersepit tu betul-betul kau berdoa depan skrin tu supaya cerita jadi cantik ataupun jadi yang macam kau nak.

Image result for while you're sleeping kdrama

Apart from all that, visual is great, from winter to summer semuanya cantik. Nak pulak dekat laut tu haihhhh cantik betul. Audio pun best nak pulak ada lagu When Night Falls nyanyian Eddy Kim dengan lagu Its Night - Punch. 


All in all WYS is a great drama when it comes to family bonding and friendship. Walaupun apa yang terjadi, relationship ni yang akan kekal sampai bila-bila. And yes, of course bukan keadaan yang membentuk kehidupan kita tapi pilihan apa yang kita ambil untuk bentuk kehidupan kita jadi yang terbaik.

Image result for while you're sleeping review

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.8/10

9 comments

  1. tak habis lagi tengok drama ni. asyik bertangguh je nak habiskan wakakaka. tapi so far,not bad laa. ada scene yang cringe, ada yang dup dap dup dap, ada yang okay skip! hahaha. tapi teringin gak nak tahu ending nya.. tapi jenis yang tak suka spoiler. tu yang skip beberapa perenggan entri ni hahah. saya pun takdela berapa suka jong-suk. biasa2 je. tapi dia berlakon memang best laa hehehe. Suzy pun best berlakon dalam cerita ni.

    ReplyDelete
  2. Tak sempat tengok.. dok ralit dengan buku je and filem.. hehehe.. mood menonton belum mari.. hehehe

    ReplyDelete
  3. hehehehehe saya pun belum tengok lagi drama ni. tapi hati rasa tak berapa nak melekat, jadi mungkin takkan tengok kot. genre kesukaan saya lak thriller :D

    ReplyDelete
  4. Salah satu Kdrama kegemaran Siqah! Hehe. Tengok drama ni sebab Suzy dan Jong Suk. Tapi bila dah tengok, crush pulak dengan polis handsome. Hehe.

    ReplyDelete
  5. hmmm bila la cikyan nk ada ksempatan utk tgk drama mcm nih.. dah lma rasa xtgk tv.. huhuhu

    ReplyDelete
  6. Dah lama standby cerita but belum tengok2 lagi.. hehe..

    ReplyDelete
  7. Dah tgk jugak drama nih..sedap lagu dia..layan lagu jela lebih..Apepun suzy dah improve acting dia kan. Comel jek.hehe

    ReplyDelete
  8. Belum berkesempatan tgk lagi. To be watched soon.

    ReplyDelete
  9. Dah lama rasanya ciktie tak tengok drama Korea ni. Sekarang ini lagilah notebook tak boleh bukak

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.