Udang Masak Lemak Cili Api Labu

Tuesday 23 January 2018

Masak lemak labu ni fav sebenarnya tapi susah betul nak ada jual dekat kedai makan area rumah ataupun tempat kerja ni. Ada hari tertentu je. Masa beli barang rumah hari tu nampak labu on clearance. Dia dah potong sikit ngam la untuk sekali makan. Tak pernah lagi try masak labu nasib first time cuba terus jadi. Senang je uolls. 

Hidangan : 2-4 orang

Bahan-bahan :

A
- Bawang besar 1 biji
- Cili padi 10 biji
- udang geragau 2 sudu besar
- halia 1 ruas ibu jari

B
- Labu potong kecil
- Air 
- Garam secukup rasa

C
- Gula secukup rasa
- Asam keping 1 keping
- Udang 
- Santan
- Serbuk kunyit 1 sudu besar

*Untuk air dengan santan tu ikut suka tekak masing-masing sebab ada yang suka cair, ada yang suka pekat. 

Cara-cara memasak :

1. Tumbuk bahan A kemudian tumis sehingga naik bau. 

2. Masukkan bahan B dan biarkan sehingga labu empuk. 

3. Masukkan bahan C dan biarkan sehingga udang dan santan masak. 

Siap! Senang kan? Lepasni nak try masak lemak cili api dengan nenas pulak. 

6 comments

  1. aduhhh sedapnya.. hahaha.. lapaq tgk..

    ReplyDelete
  2. Sedapnye. Tapi udang mahal bebeno sekarang.

    ReplyDelete
  3. mcm mna nk jadi org yg suka memasak ni eh? huhuh

    ReplyDelete
  4. gulai udang dengan nenas pun sedap jugak. btw, thanks sharing recepie

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.