Drama Baharu Slot Tiara Perkasakan Watak Wanita

Tuesday, 15 March 2022

Drama bersiri ‘Dendam Seorang Isteri’ yakni hasil terbitan Radius One Sdn. Bhd. memaparkan elemen women empowerment dengan tunjang penceritaan berlandaskan kisah seorang wanita yang dikhianati bangkit untuk membalas dendam terhadap pelakunya.Kekuatan naratif watak utama pastinya bakal merubah penceritaan stereotaip wanita yang sering kali dijadikan mangsa keadaan dan bergantung harap terhadap watak-watak lelaki untuk diselamatkan. 

Penceritaan menerusi 80 episod ini mengisahkan Amira seorang isteri yang taat kepada seorang suami playboy bernama Harris. Dalam pergolakan rumah tangga mereka termasuk campur tangan ibu mertua, Amira menjadi mangsa khianat oleh kekasih suaminya, Kirana. Bermulalah rancangan Harris dan Kirana untuk membunuh Amira yang sebenarnya sedang mengandung. 

Adakah plot yang dirancang berjaya ataupun bakal berpaling tadah dengan kehadiran Neelisa? 
Drama yang memperkasakan watak wanita ini mengangkat dua orang pelakon wanita hebat yakni Fasha Sandha sebagai Amira/Neelisa dan Nad Zainal sebagai Kirana yang bakal menarik perhatian para penonton terutamanya golongan wanita moden dan berkerjaya. 

Drama ‘Dendam Seorang Isteri’ merupakan arahan sutradara-sutradara muda yang berbakat besar, Nizam Zakaria dan Uchee Fukada serta turut didukung oleh barisan pelakon hebat seperti Wan Raja, Aidit Noh, Roy Azman, Ziema Dina dan Dian P.Ramlee. 


Drama ‘Dendam Seorang Isteri’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 21 Mac 2022 secara eksklusif di saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

“Women empowerment menjadi nadi kepada drama terbaharu kami, ‘Dendam Seorang Isteri’ dengan gandingan mantap dua orang pelakon wanita versatil dan hebat iaitu Fasha Sandha dan Nad Zainal. Astro sekali lagi memperkasakan watak-watak wanita menerusi slot-slot drama yang ada. 

Sebagai destinasi drama terunggul di Malaysia, kami menguar-uarkan nukilan yang berkisarkan kekuatan wanita dalam menempuhi cabaran hidup yang ada. Walaupun drama ini merupakan sebuah adaptasi daripada drama terbitan di Korea berjudul ‘Temptation of Wife’, penceritaan berunsurkan women empowerment amat menepati cita rasa para penonton masa kini di Malaysia. 

Drama ini turut menguji kebolehan lakonan Fasha dan Nad. Mereka sekaligus membuktikan kemampuan sebagai pelakon dramatis yang amat disegani. Sememangnya ramai akan kagum dengan penguasaan dan penghayatan mereka yang begitu berkesan. Mewakili pihak Astro, saya berharap agar para penonton bukan sahaja terhibur malah mendapat inspirasi dengan tema kekuatan kaum wanita yang ada pada drama yang bakal menyerikan slot Tiara kami.” - Norzeha Mohd Salleh, Pengurus Saluran Astro Prima


“Drama ‘Dendam Seorang Isteri’ ini adalah drama yang saya nantikan sebagai pengarah kerana saya mahu mengarahkan sebuah drama berformat panjang. Bagi saya, ini adalah satu cabaran untuk membuktikan bahawa saya mampu melakukannya. Cabaran menjadi besar apabila naskhah yang saya terima daripada penulis skrip sangat menarik untuk saya tafsirkan dalam bentuk visual. 

Para pelakon berbakat besar seperti Fasha Sandha, Nad Zainal, Wan Raja serta Aidit Noh banyak membantu saya untuk melahirkan watak Kirana, Amira, Harris dan Naufal yang mempunyai cerita serta back story masing-masing yang bagi saya penuh dengan konflik. Ini bakal menarik perhatian para peminat drama Melayu. 

Memandangkan drama ini diadaptasi daripada drama Korea yang sangat-sangat popular, saya rasa tercabar untuk menghasilkan sebuah drama yang lebih baik daripada versi asal mengikut cita rasa dan nilai budaya tempatan. Sememangnya proses ini sangat mencabar, lebih-lebih lagi saya ingin menghasilkan sebuah naskhah yang bersifat original dan fresh untuk dihidangkan kepada penonton.” - Nizam Zakaria, Pengarah Drama Dendam Seorang Isteri


TRIVIA MENARIK DRAMA ‘DENDAM SEORANG ISTERI’

1.  Durasi penggambaran bermula pada November 2021.

2.  Lokasi penggambaran adalah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka.

3. Penggambaran drama ini telah dihentikan sebanyak tiga kali disebabkan kes Covid-19 di kalangan kru dan para pelakon.

4. ‘Dendam Seorang Isteri’ diarahkan oleh dua orang pengarah iaitu Nizam Zakaria dan Uchee Fukada.

5. Shahrulezad Mohameddin menggalas tugas sebagai pengarah kreatif . Beliau juga merupakan seorang peminat drama ini versi Filipina.

6. Pengurus produksi drama ini juga merupakan penyanyi lagu tema kepada drama ini. Lagu tema iaitu Kesumat dinyanyikan oleh Rian Shain. Komposer lagu Kesumat adalah Amylea Azizan yang juga turut berlakon dalam drama ini. 

7. Antara cabaran yang dihadapi adalah menghadkan jiwa karya asal dan dalam masa yang sama memberikan nafas baru kepada karya tersebut. Selain itu, cabaran lain yang dihadapi pengarah drama ini adalah mengekalkan momentum dan karakter para pelakon di mana babak-babak yang dirakam telah disusun mengikut kesesuaian lokasi dan masa.

8. Nad Zainal bertindak sebagai stylist bagi karakternya malah memilih sendiri busana untuk watak Kirana. 

9. Karakter Kirana merupakan watak dambaan Nad Zainal sejak mula berlakon.

PECAHAN WATAK DRAMA ‘DENDAM SEORANG ISTERI’

Fasha Sandha - Amira/Neelisa
Nad Zainal - Kirana
Wan Raja - Harris
Aidit Noh - Naufal 
Roy Azman - Dato’ Mus
Ziema Dina - Datin Mona
Zarynn Min - Kak Baby
Sharmaine Farouk - Diana
Dian P.Ramlee - Ain 

LOGLINE DRAMA ‘DENDAM SEORANG ISTERI’

Tragedi bertukar menjadi dendam. Jangan perkecilkan kuasa seorang wanita yang hatinya dikhianati.


SINOPSIS DRAMA ‘DENDAM SEORANG ISTERI’


Amira, seorang gadis kampung, berkahwin dengan seorang jejaka daripada keluarga kaya, Harris dan menjalani hidup sebagai seorang isteri yang setia. Malangnya Harris tetap bersikap berfoya- foya dan tidak pernah setia. Keguguran pertama Amira membuatkan Amira tidak disenangi ibu Harris, Mona yang hanya pentingkan status dan kedudukan. Amira sering didera oleh Mona tetapi dia masih bernasib baik kerana bapa mertuanya, Mus prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi Amira.

Kemudian, adik angkat dan rakan karib Amira, Kirana pulang ke Malaysia dan terus menjalinkan hubungan sulit dengan Harris kerana dendam lamanya terhadap Amira. Syafiq, adik Amira telah lama jatuh hati dengan Kirana dan berharap Kirana dapat membalas cintanya. Namun kerana hubungan sulit Kirana dengan Harris, Kirana langsung tidak mempedulikan cinta Syafiq.  


Amira yang masih mengharapkan dirinya untuk hamil mula berprasangka kepada Harris apabila mendapati Harris sering mengelak daripada bermesra dengannya dan sering pulang lewat. Hasil siasatan Amira, Amira dapat rasakan yang Kirana terlibat. Tanpa memikirkan apa yang bakal terjadi, Amira nekad untuk pergi bersemuka dengan Kirana.

Kirana tidak peduli akan perasaan Amira dan mengakui dia ada hubungan dengan Haris dan memaksa Amira untuk meninggalkan Harris. Dalam kesedihan, Amira kemudian mengetahui dirinya kini sudah hamil. Saat Amira merancang untuk membawa diri, satu masalah besar yang menimpa ayahnya membuatkan Amira terpaksa meminta bantuan kepada Mus untuk membantu ayahnya dengan syarat Amira bersetuju untuk terus kekal menjadi isteri Harris. Amira juga tahu yang Kirana tidak akan mengalah untuk merampas Harris daripada hidupnya.

Kirana dan Harris akhirnya merancang untuk membunuh Amira walaupun Amira hamil. Amira yang disangkakan mati dalam sebuah tragedi telah diselamatkan oleh seorang lelaki bernama Naufal. Dialah yang memberi Amira semangat baharu untuk bangkit semula dan membalas dendam terhadap mereka yang memusnahkan kehidupannya. Lantas Amira menjadi Neelisa!  

TV Show Review | Treasure Map Season 1 Episode 29 : Chuseok Special 🌕

Monday, 14 March 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account, vLive
Genre : Variety Show
Running Episodes : 1 Special episode (28.35 minutes for episode 29)
Release Date : 17 January 2020 – 24 July 2020
Video : 


Lepas 3 bulan Treasure Map Season 1 tamat bersiaran, YG staff buat special episod untuk perayaan Chuseok. Perayaan Chuseok ni macam Thanksgiving Day ataupun Hari Gawai di mana perayaan untuk meraikan musim menuai. Makanan yang dihidangkan masa perayaan ni selalunya songpyeon – rice cake berinti biji bijan, kacang merah, gula merah, kacang berangan ataupun kacang pain. 


Tapi untuk episod Chuseok Special ni Treasure tak dapat makan pun, dekat awal episod lagi dah kena suruh pilih partner masing-masing untuk main game macam dalam Episod 13. Menariknya semua ahli Treasure kena pakai Hanbok untuk episod ni. Semua nampak comel dalam Hanbok tambah pula Hanbok diorang berwarna pastel. Sesuai lah dengan kulit masing-masing yang melepak. 

Pilih pasangan pun boleh buat drama Maghrib TV3 diorang ni. Berdekah tengok Junkyu merajuk bila partner yang dia pilih reject dia. Tapi dia pun tiba-tiba pilih orang yang unexpected dah kenapa? Kesian Haruto kecewa tak kena pilih. Sudahnya Haruto juga yang ubatkan hati dia yang kecewa tu. 


Doyoung pun kecewa kena reject dengan Asahi, sama macam dalam Episod 13 dulu. Tapi sweet tengok Asahi dengan Yedam sebab dulu awkward teruk berubah kepada selesa main game sama-sama. Terkejut jugak Asahi keluar dari comfort zone dia, tak pilih Jaehyuk. No wonder lah MBTI test dia dah berkurang kepada 88% introvert. 


Game pertama ialah Telepathy OX di mana setiap pasangan kena pilih O ataupun X untuk tengok compatibility diorang. Geram Yoshi bila Doyoung tak serasi dengan dia sampai Yoshi tanya Doyoung tak boleh move on lagi ke dengan rejection Asahi? 

Doyoung : You need to eat fish-shaped bun from the tail to get the energy
Jihoon : The fish bun isn’t eel….


Game kedua ialah Jeon Flip di mana dua kumpulan kena flip jeon mengikut warna kumpulan sehingga tempoh masa tamat. Kumpulan yang berjaya flip jeon paling banyak akan menang. Permainan ni simple je tapi kena bijak guna strategi untuk menang macam Jeongwoo. Sebelum diorang start game, Yedam explain macam mana nak main sebab geng Jepun tak pernah main lagi. 


Masa game ni Treasure dah guna lagu dari album debut diorang selain lagu Going Crazy. Happy betul memasing menari koreografi sendiri, tak macam episod-episod sebelum ni kena sorok je depan kamera. 

Disebabkan cuaca panas berubah hujan, game yang lain tak dapat diadakan jadi Treasure terpaksa buat game dalam guest house. Tapi mati kutu lah sebab diorang pun tak sangka akan hujan since Korea memang refer meteorologi sebelum plan aktiviti. Asahi dah rimas nak balik rumah tapi baby cow aktif lagi nak main macam-macam game. 

‘How long do we have to play to win? Why are we playing this game?’ – Asahi


Patutnya staff buat back up activity lah untuk diorang sebab Chuseok Special. Banyak je boleh buat memandangkan Treasure ada geng Jepun. Buat aktiviti hidang makanan perayaan ataupun Treasure Hunt bertemakan Chuseok. Kesian diorang bosan sementara nak tunggu bulan naik untuk buat hajat. 

‘Guys, we can go home if we get succeed in this game? – Asahi


Nasib baik lah staff YG tunaikan hajat Treasure yang terakhir tu. Tempat diorang makan macam tempat yang sama iKON makan dalam Kingdom sebab Jinhwan kata G-Dragon Big Bang pernah belanja diorang makan dekat situ. Tak sia-sia Asahi bertahan hingga habis haha 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account, vLive
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episodes (25.38 minutes for episode 28)
Release Date : 17 January 2020 – 24 July 2020
Video : 


Treasure Map Season 1 dah sampai ke penghujung episod dan staff YG biarkan Treasure buat T-log terakhir sebelum diorang debut. Siapa yang tengok sebelum debut mesti sedih masa ni kan? Nasib baik I lambat stan Treasure, dapat la marathon terus ke Season 2. 

T-log pertama dari Doyoung yang bersiap untuk ke sekolah. Dia show off baju sekolah dia warna merah jambu cair dengan vest merah jambu pekat. Nampak cantik je lah dekat dia sebab Doyoung berkulit putih melepak. Lepastu bersambung pula ke T-log Yedam dengan Jeongwoo dekat sekolah bila diorang lunch sama-sama. 


‘Sleeping restores your energy, but I feel only 70% charged. That works, though. It’s tough, but you keep going.’ – Yedam

Sementara maknaes ke sekolah, member Treasure dekat dorm baru bangun pukul 10 pagi dan straight away pergi ke dapur mencari makanan. Memandangkan Treasure akan debut jadi diorang kena jaga diet. Untuk breakfast, Jihoon dengan Mashiho makan dua biji telur rebus, sebiji pisang, setengah biji tomato dan satu tiub air kacang soya. Cantik betul warna rambut Mashiho masa ni, kena dengan warna kulit dia. Dorm bawah, Hyunsuk, Jaehyuk dengan Junghwan pun makan pisang untuk debut concept photoshoot.


Belah petang Treasure pergi ke bangunan YG untuk English class since diorang akan berkomunikasi dengan international fans nanti. Setiap ahli Treasure ada nama English macam Yedam akan guna Kyle ataupun Jeongwoo guna nama Justin. Suka dengar Yedam, Jeongwoo dengan Hyunsuk bila converse dalam English sebab tak ada pelat Korea. 

Lepas habis kelas masuk pula kelas vokal ataupun practice sendiri dekat studio sementara tunggu turn. Yang rapper berlatih rap dengan guru rap. Masa ni Treasure masih lagi dekat bangunan YG yang lama sebab interior studio dia biasa je. Studio pun kebanyakannya bersaiz kecil tak macam bangunan YG yang baru. 


Habis test suara kena pergi gym pula untuk tone body supaya cantik masa debut nanti. Asahi dah lama tak pergi gym sampai merah menyala muka bila trainer suruh exercise. Suara dia je penuh satu gym tu. Sama lah jugak dengan Jeongwoo bila dia tak larat dengan alasan dia dah workout sampai otot dia lemah dua hari lepas. 

‘I regularly work hard but got shy in front of camera.’ -  Jeongwoo


Malam pula group dance practice untuk lagu debut Treasure. Masa ni tak nampak apa pun sebab editor blurkan koreografi sebab taknak lagu diorang leak. Junkyu guna duit hasil kerja part-time dekat Handsome Gimbap dalam Episod 27 untuk belanja members makan aiskrim. 

‘As we prepare for our debut, all the preparations we make will remind me of our trainee days.’ – Mashiho

I rasa extra footage dalam episod ni yang buatkan YG staff continue ke Season 2 sebab bukan senang nak dapat recognition dari Youtube. Boleh kata tu pencapaian pertama diorang semua sebagai Treasure. Semua kerja keras untuk Treasure Map memang berbaloi lah. Thanks to Asahi yang keluar dari comfort zone dia yang 3% tu untuk ceriakan hari Teume. Thanks to Hyunsuk yang buang rasa malu dan just have fun walaupun injured. Thanks to all Treasure yang bekerja keras selama 6 bulan untuk Treasure Map. 


Berbaloi team production Treasure Map lepas penat bekerja dan editor-nim yang kelakar dengan caption dan suntingan meme dia. Dari tak cam beberapa ahli Treasure especially Jihoon, Junkyu dan Doyoung, Hyunsuk dengan Mashiho dan Asahi dengan Yoshi terus jadi kenal siap cam suara masing-masing bila menyanyi. Kreatif lah YG buat rancangan ni sebelum Treasure debut so fans rasa lebih dekat dengan kesemua 12 orang ahli Treasure. I dah tengok 4 kali tapi gelak sama level macam tengok pertama kali. Recommended to watch kalau rasa stress dengan hidup. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account, vLive
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episodes (19.48 minutes for episode 27)
Release Date : 17 January 2020 – 24 July 2020
Video : 


Bersambung dari Episod 26 di mana staff YG Entertainment buat Penalty compilation untuk Treasure dan penalti kali ni adalah penalty gara-gara gagal dalam Episod 24. Memandangkan ramai yang tak berjaya selesaikan misi rumah hantu tu, Treasure dibahagikan kepada dua kumpulan. Jihoon, Junkyu dan Jaehyuk pergi buat part-time di Handsome Gimbap manakala Hyunsuk, Jeongwoo, Haruto, Junghwan dan Yedam naik bermeditasi di tokong atas bukit. 


Terkejut masa editor bagitahu staff YG guna kamera bernilai $500 ribu untuk shoot Treasure Map. No wonder lah remuk hati director bila Treasure member terjatuhkan kamera. Mahal betul equipment yang diorang pakai untuk rakam aktiviti Treasure. Kalau bukan sebab sayang entah nak cakap apa lagi entah. Thanks to their sunbaenims yang bawa balik keuntungan besar kepada syarikat sampai Treasure boleh bersuka-ria buat content. Thanks to Treasure jugak sebab tak pernah gagal hiburkan fans and non-fans dalam setiap episod. Tibehhh panjang perenggan ni sebab sembang pasal kamera mahal. 


Penalti yang Treasure shoot ni bukan pada hari yang sama sebab Treasure member datang makan gimbap dengan ramen dekat restoran Handsome Gimbap sebagai tanda support. 3 J yang buat part-time bukan setakat buat kerja di dapur, kopek ikan bilis dan sediakan gimbap tapi layan customer dan buat delivery. Jihoon memang bagus betul sebagai leader sebab dia promote lagu Treasure dekat gym sambil hantar makanan. Nasib masa ni Treasure dah ada lagu Going Crazy. No wonder lah Jihoon dapat jadi MC Inkigayo. 


Masa tengok episod 27 ni dah nampak Treasure nak debut dah sebab rambut Junghwan dengan Haruto dah ada style baru. Tapi kesian Haruto sebab tangan dia cedera masa practice untuk lagu debut Boy. Hyunsuk memang jaga betul Haruto masa mendaki sebab tak nak dia terjatuh tapi dalam dia dok jaga Haruto, Jeongwoo pulak terjatuh sebab tanah licin dan tangga pun curam. 


Sebaik saja sampai ke tokong, ketua sami suruh Treasure salin baju lepastu makan tengahari. Beria Treasure makan sampai tambah dua kali sebab sedap. Hyunsuk happy dapat makan makanan dekat tokong tu sebab dia kata lagi sedap dari semua makanan yang ada dalam Treasure Map. Ye lah, dah diorang banyak masak sendiri memang lah kurang sedap. 

Lepas selesai makan tengahari Treasure kena mendaki sikit lagi untuk naik ke puncak gunung. Dekat situ baru diorang bermeditasi. Ketua sami tu kelakar jugak lah orangnya sebab dia bagi teka-teki binatang apa yang exercise paling banyak sekali. Nak mencari inner peace pun tak mampu setiap kali binatang tu berbunyi. 


‘It feels strange…. Now I feel small before nature.’ - Jeongwoo

Lepas habis meditasi ketua sami ajak Treasure minum teh sambil dengar dia bercerita. 

Sami: Is there more water in the sea or the sky?
Jeongwoo : There is more water in the sky. Before there is rainfall, there is water vapor in the air.
Sami : You guys have the smartest member. 

Walaupun faktanya lebih banyak air di lautan tapi jawapan Jeongwoo tu keluar dari kebiasaan lah sebab siapa terfikir pasal wap air yang dikandung awan. Lama juga lah Treasure dengar sami tu menyembang tapi editor edit part tu sebab takut terlebih dari durasi biasa padahal boleh je masukkan sikit lagi footage sebab episod ni pendek je, 19 minit. Extra footage staff letak harapan Treasure untuk future.


"Rather than be the best, I hope we become Treasure who does their best" - Bang Yedam

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account, vLive
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episodes (25.56 minutes for episode 26)
Release Date : 17 January 2020 – 24 July 2020
Video : 


Episod kali ni unik sikit sebab staff YG kumpulkan semua penalti yang Treasure dapat dekat beberapa episod awal. Penalti pertama adalah chaperon kepada Treasure member yang masih bersekolah gara-gara kalah dalam Episod 12 – Escape House. Junkyu kena hantar Junghwan ke sekolah manakala Jihoon pula hantar Jeongwoo ke sekolah dia. Sebelum ke sekolah masing-masing kena pastikan maknaes diorang dah bersarapan. 

‘I get how our parents feel. No matter how late you are, they want you fed well.’ – Junkyu


Baik betul Junkyu jaga Baby Cow sampai hantar depan gate walaupun dia tak suka bangun awal pagi tapi jadi semangat sebab nak pastikan Junghwan happy dan selamat ke sekolah. Jihoon pula macam bapak tipikal, kejut anak dalam kiraan 10 lepastu menyembang sampai tersalah naik tren. Nasib baik berjaya sampai jugak ke sekolah. 


Mesti Yedam cuak Jeongwoo tak sampai lagi ke sekolah sampai tunggu depan gate. Gara-gara penalty je Jeongwoo pergi sekolah dengan Jihoon sebab setiap pagi ayah Yedam yang hantar diorang berdua ke sekolah. 

Penalti kedua pula dari episod yang sama di mana Yedam dengan Jeongwoo kena buat funny dress-up. Jeongwoo pilih Peongsoo manakala Yedam pilih kartun kegemaran dia, Pink Panther.  Masa Jeongwoo apply make-up dekat muka Yedam kira okay lagi sebab muka Jeongwoo bersih lagi. Masa turn Yedam, seksa Jeongwoo nak tahan gelak. 


Lepas habis penalti kedua, Yedam dengan Jeongwoo join baby Junghwan dengan Jaehyuk cuci kereta untuk penalty dalam Episod 19 – Mission Impossible. Sepetang tu diorang berjaya basuh dua biji kereta je sebab memasing pun pertama kali cuci kereta. Tak tahu lah macam mana Junghwan dengan Jaehyuk tahan gelak tengok Jeongwoo dengan Yedam.  

Penalti seterusnya ialah bungee jumping untuk Haruto dan Mashiho tapi Yoshi, Asahi, Jihoon, Junghwan dengan Jeongwoo volunteer nak buat jugak sebab ada dalam wishlist diorang. Japan line memang sejenis berani kecuali Haruto haha nampak sangat J-line manjakan Haruto dari kecik. 3 jam jugak Haruto ambil masa nak terjun walaupun Mashiho, Yoshi dengan Asahi cheers dekat bawah. 

‘Bungee jumping isn’t fun. You guys should be careful.’ - Haruto


Penalti terakhir untuk Episod 26 ialah hiking di Gunung Bugak setinggi 3420 meter sebab kalah masa Treasure Hunt dalam Episod 23. Penalti tu untuk Junkyu dengan Jaehyuk tapi Doyoung dengan Junghwan nak join sekali sebab diorang suka hiking. Kelakar tengok part hiking ni sebab Junkyu merungut tak sudah dari tangga pertama sampai ke puncak. Nasib baik lah dia hiking dengan Junghwan dan Jaehyuk, tak putus bagi kata semangat. Kalau hiking dengan Jihoon setiap minit kena bahan je.

‘I can’t believe how weak I am.’ – Junkyu


Junkyu je mengada penat nak mendaki padahal trek dekat Gunung Bugak ni paling senang sebab tempat dia bersih dan trek bertangga. Kalau Junkyu panjat Bukit Saga mau menangis dia sebab trek tanah merah lepastu ada part kena guna tali untuk panjat. Kalau trek bertangga macam ni siap ada resting area yang cantik, I pun nak join hiking jugak. View dekat puncak memang cantik sangat. 


Dalam episod ni boleh nampak baby Junghwan paling aktif dalam Treasure sebab semua aktiviti dia join. Tak tahu lah dia memang suka outdoor activities ataupun dia saja nak cipta kenangan dengan hyungs dia but whichever it is, Junghwan memang certified extrovert. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10