DESTINASI TERAKHIR MEET & GREET YANG KE-40 MENANTI DI KUALA LUMPUR

Thursday, 30 July 2026

Peluang Terakhir Untuk Bertemu Barisan Finalis AJL40 Dari Dekat Sebelum Malam Kemuncak!

Dengan hanya tinggal dua minggu sebelum malam kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40), siri jelajah Meet & Greet Yang Ke-40 bakal melabuhkan tirainya di Outdoor Plaza, Central Market, Kuala Lumpur hujung minggu ini! 

Sebagai destinasi terakhir jelajah, acara ini menghimpunkan barisan finalis AJL40 untuk bertemu para peminat menerusi persembahan istimewa, sesi autograf, sesi bergambar serta pelbagai aktiviti menarik😍

Dibawakan oleh McDonald's Malaysia dan Ronald McDonald House Charities sebagai badan kebajikan pilihan, acara ini bakal dimeriahkan dengan kehadiran Aina Abdul, Amir Masdi, Marsha Milan, Aisha Retno, Wani Kayrie, K.O.I, Luca Sickta, Kmy Kmo & Salammusik serta Ryenald Guntabid, dengan penampilan khas Najwa Latif.

Jangan sekadar mengikuti AJL40 di kaca televisyen. Alami sendiri kehangatannya dan jadilah sebahagian daripada destinasi terakhir Meet & Greet Yang Ke-40 sebelum malam kemuncak! Jumpa anda di sana!

📅1 Ogos 2026 (Sabtu)

 🕓4.00 petang - 7.00 petang

 📍Outdoor Plaza, Central Market, Kuala Lumpur

#AJL40 #GENERASISELAMANYAJUARA #Mekdi #RMHCMalaysia

FILEM ‘TERBANG’ ANGKAT KISAH MALAYSIA DI PENTAS DUNIA | Treler Dan Poster Rasmi Dilancarkan, Bakal Gegar Pawagam Mulai 17 September 2026

Kuala Lumpur, 29 Julai 2026 – Malaysia bersedia menyaksikan sebuah kisah luar biasa yang meraikan keberanian melangkaui batas, semangat juang dan rasa bangga terhadap negara menerusi filem terbaharu, TERBANG. Filem ini akan berada di pawagam seluruh negara bermula 17 September hadapan. 

TERBANG diarahkan oleh pengarah tersohor, Chiu Keng Guan, nama yang cukup sinonim dengan karya-karya yang menyatukan rakyat dari semua latar dan membangkitkan rasa bangga terhadap Malaysia seperti filem pecah panggung ‘OlaBola’ dan ‘The Journey’. 

Hari ini turut menyaksikan pelancaran poster dan treler rasmi TERBANG. Poster menampilkan visual yang penuh tenaga dan dinamik, mencerminkan kelajuan, intensiti serta semangat Malaysia yang membara. Manakala treler rasmi memberi gambaran intensiti aksi serta perjalanan emosi penuh adrenalin.

Meneruskan identiti penceritaan Chiu Keng Guan dalam mengangkat kisah tempatan yang sarat dengan inspirasi dan nilai kemanuasian, beliau membawakan sebuah lagi naratif Malaysia yang dekat di hati. Diinspirasikan daripada perjalanan sebenar legenda rali negara, Karamjit Singh, TERBANG mengangkat kisah anak Malaysia yang berani mencabar batasan untuk mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “TERBANG adalah sebuah filem yang mengangkat kisah Malaysia di mata dunia dengan semangat pasukan tempatan melangkaui batas. Kami akan mempersembahkan filem ini pada 17 September di pawagam seluruh tanah air.  Pemilihan tarikh tayangan tersebut seiring dengan sambutan Hari Malaysia dan membawa makna yang istimewa kerana ia meraikan semangat perpaduan, kebanggaan dan identiti kita sebagai rakyat Malaysia. 

Menjelang tayangan, kami ingin mengajak penonton menjadi sebahagian daripada perjalanan TERBANG menerusi tema ‘Kita Terbang Sama-Sama’ bersama rakan strategik kami. Menerusi kempen ini, pelbagai pengalaman akan diadakan merentasi semua platform termasuk aktiviti on ground, kolaborasi radio, pertandingan, kandungan pelbagai inisiatif lain yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk lebih dekat dengan dunia TERBANG. Harapan kami adalah agar TERBANG menjadi lebih daripada sekadar sebuah filem dan menjadi sebuah pengalaman bersama yang menyatukan rakyat Malaysia serta mencetuskan rasa bangga terhadap kisah yang lahir dari negara kita sendiri.”

Sementara itu, Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran Etika berkata “Kerjasama kami bersama Astro Shaw kini melangkaui penajaan semata-mata dengan mencipta pengalaman yang lebih bermakna buat para peminat. Menjelang tayangan TERBANG di pawagam, kami teruja untuk mendekatkan penonton dengan dunia filem ini menerusi pelbagai aktiviti yang mencerminkan semangat, keberanian dan kecekalan yang menjadi identiti TERBANG dan STING. Kami berharap inisiatif ini dapat membangkitkan keterujaan menjelang tayangan filem, sambil memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai sendiri pengalaman TERBANG.” 

Sementara itu, Bernand Lee, Ketua Pemasaran U Mobile berkata, “Sebagai syarikat yang sentiasa memacu inovasi digital, kami berbangga dapat bekerjasama dengan Astro Shaw untuk membawa peminat lebih dekat dengan perjalanan di sebalik pembikinan TERBANG. Melalui kandungan eksklusif The Making Of (TMO), penonton berpeluang melihat bagaimana teknologi generasi baharu dimanfaatkan dalam menghasilkan pengalaman sinematik yang lebih imersif dan berkualiti. Kami berharap kolaborasi ini bukan sahaja memberi akses istimewa kepada peminat, malah membuka perspektif baharu tentang bagaimana teknologi terus mengubah landskap industri kreatif tempatan.”

Terdahulu, TERBANG telah mencetus gelombang keterujaan menerusi pelbagai inisiatif kreatif merentas platform yang berjaya mencuri perhatian peminat dan khalayak ramai. Bermula dengan pelancaran video teaser berdurasi 35 saat, disusuli kolaborasi strategik bersama STING serta kemunculan semula kereta ikonik Proton PERT menerusi pameran khas di EON Auto Fest, kempen TERBANG terus mengukuhkan momentumnya. 

Pihak penerbit turut memperkenalkan pelbagai inisiatif menarik yang membuka peluang kepada orang ramai untuk masuk ke dalam dunia TERBANG, menjadikan pengalaman menonton lebih imersif dan bermakna. Antaranya:

Cabaran Rali Bersama TERBANG x STING 

Menerusi pertandingan ini, orang ramai dicabar untuk mencipta semula bunyi enjin rali paling kreatif di media sosial. 5 pemenang dengan jumlah ‘likes’ paling banyak berpeluang untuk sertai TERBANG x STING Cabaran Rali, di mana merasai sendiri pengalaman di litar rali bersama Karamjit Singh pada 8 Ogos 2026. Maklumat lanjut boleh dapatkan di platform media sosial Astro Shaw. Penyertaan kini bermula hingga 6 Ogos 2026.

Kembara EV Bersama TERBANG x STING:

Kembara road trip dari Kuala Lumpur ke Johor ini melibatkan kereta-kereta EV yang disertai oleh barisan pelakon dan peminat dengan pengalaman eksklusif bersama TERBANG dan STING. Trip istimewa ini mengalu-alukan peminat untuk turut serta kembara ini dengan kereta EV masing-masing, selain aktiviti interaktif dalam meraikan semangat TERBANG. Sesi kembara ini berlangsung pada 2 September 2026, flag off jam 8.00pagi. 

TERBANG x U Mobile

Melalui kolaborasi bersama U Mobile, peminat dibawa menyelami proses pembikinan filem melalui The Making Of (TMO), yang mengetengahkan penggunaan teknologi generasi baharu yang belum pernah diterapkan dalam filem tempatan sebelum ini. Selain itu, peminat berpeluang untuk dapatkan cerderahati eksklusif serta sertai sesi ramah mesra bersama barisan pelakon.

Reka Kereta Rali Impian Anda

Reka sebuah kereta rali dengan reka bentuk paling menarik. Peserta harus merakam video yang memaparkan proses mereka bentuk atau melukis kereta rali impian masing-masing. Peserta digalakkan menonjolkan kreativiti melalui konsep yang unik, pilihan warna, serta rekaan keseluruhan sepanjang video tersebut. Rekaan paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang dan menerima hadiah-hadiah menarik. Maklumat lanjut boleh dapatkan di platform Astro Gempak. Penyertaan bermula 29 Julai 2026.

TERBANG di Acara ART of Speed

Acara autoshow terbesar di Malaysia yang berlangsung di MAEPS, Serdang pada 1 dan 2 Ogos 2026. Peminat boleh bertemu dengan barisan pelakon TERBANG dan legenda rali negara, Karamjit Singh.

Let Your Creativity Fly STING Challenge

Dengan kerjasama jenama STING, peminat boleh hasilkan poster dan video TERBANG mengikut kreativiti. 20 pemenang akan dipilih dan hasil poster dan video akan dipaparkan dalam filem TERBANG dan tiket ke acara Malam Gala TERBANG. Penyertaan bermula 5 Ogos hingga 20 Ogos 2026. Untuk maklumat lanjut dapat di platform Astro Shaw. 

Koleksi Eksklusif TERBANG

Antara koleksi eksklusif yang harus dimiliki adalah kereta diecast PROTON PERT, t-shirt, topi edisi terhad, set pelekat bertemakan rali, keychain, serta origami kereta yang diinspirasikan daripada kereta rali di dalam filem. Setiap item direka dengan elemen autentik dan sentuhan visual yang meraikan semangat kelajuan, keberanian dan identiti Malaysia. Koleksi ini bukan sekadar koleksi peribadi, tetapi simbol sokongan dan kebanggaan terhadap kisah TERBANG yang mengangkat nama negara ke pentas dunia.

Pakej Tayangan Korporat

Seiring dengan semangat pasukan yang ditampilkan dalam filem ini, TERBANG beri peluang buat organisasi dan syarikat untuk dapatkan satu pakej tempahan khas untuk tayangan eksklusif TERBANG buat pekerja, rakan niaga atau pelanggan. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi pihak Astro Shaw. 

Siri Jelajah Filem

Barisan pelakon TERBANG akan hadir temui penonton dan peminat di lokasi-lokasi pawagam terpilih.  18, 19, 20 September di Pantai Timur, 25, 26, 27 September di Kedah, Pulau Pinang, Perak, 2, 3, 4 Oktober di Johor, Melaka, 9, 10, 11 Oktober di Lembah Klang.

Diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama EJJ Films, Enotech Pictures, Aventure Space, manakala, produksi oleh Woohoo Pictures, serta membabitkan rakan strategi STING, rakan Inovasi U Mobile, serta sokongan melalui kebenaran penggunaan elemen jenama oleh PROTON, PETRONAS, EON Berhad, Malaysia Aviation Group (MAG), dalam membawa kembali semangat era tersebut ke layar perak.

Nantikan filem TERBANG yang berada di pawagam seluruh tanah air bermula 17 September 2026. Filem TERBANG juga ditayangkan di pawagam dalam format 4DX yang menawarkan pengalaman sinematik yang menyeluruh melalui kerusi bergerak dan kesan persekitaran seperti angin, air dan bau.

Gunakan #TERBANG #FilemTERBANG di platform media sosial. Bagi mengetahui info terbaharu TERBANG, boleh ikuti di semua akaun digital Astro Shaw untuk maklumat lanjut.

Cannes 2026 Fashion Files | Tara Sutaria

Wednesday, 29 July 2026

 

Tahun ini merupakan debut year untuk pelakon wanita Bollywood, Tara Sutaria yang debut dalam filem Student of the Year 2 (2019) bersama Tiger Shroff dan Ananya Panday. Dia sepatutnya berlakon dalam filem Aladdin pada tahun yang sama tapi tolak tawaran tu sebab nak menceburi Bollywood. 

Selain berlakon, Tara juga ada bakat nyanyian tapi dia belum pernah lagi menyanyi untuk mana-mana lagu. 

1. Airport Look

Sama macam Aditi Rao Hydari dan Alia Bhatt, lapangan terbang Mumbai dah dijadikan titik pertama untuk Tara bergaya dalam sepasang suit hitam kelabu dengan jalur menegak berwarna putih dan coklat dari butik Helsa Studio. Blazer yang dipakai agak oversized dan dipadankan bersama blouse putih beropol besar di bahagian dada. 

Gaya klasik Tara menggabungkan sepasang strap heels hitam dan tas tangan Lady Dior bersama shade bujur hitam juga sepasang subang emas untuk konsep retro dan vintaj. Tara tampil ayu dan feminin dalam make-up yang tipis dan natural. 

2. Old Hollywood


Menggunakan khidmat Tanya Ghavri sebagai stylist dibantu oleh Richa Mehta, Tara sutaria tampil menawan dalam konsep Old Hollywood glam. Aktress yang bakal muncul dalam filem Toxic bersama Yash mencuri perhatian dengan strapless dress monochrome dari Helsa Studio. 


Menambahkan dramatik pada penampilan tersebut ialah pada bahagian skirt yang mengembang seperti ball gown. Di bahagian kaki dress juga mempunyai renda bersaiz besar menaikkan lagi elemen vintaj yang dibawa. Tanpa terlihat berat malah mempunyai alunan tersendiri, Tara menjadikan penampilan pertama di Cannes sebagai ruang untuk dia bergaya dan bermain di French Riviera. 


Tara menggunakan pump heels berwarna hitam dari Jimmy Choo, shade hitam YSL dari IMAX Opticals & Watches dan beberapa perhiasan seperti cincin juga anting-anting mutiara berwarna emas dari STUDIO VIANGE. 


Kudos to Aamir Naveed juga untuk dandanan rambut yang menggabungkan belahan tepi dan wave curl di bahagian hujung, persis seperti aktres retro. Make-up dari Meera Sakhrani juga mengikut konsep yang sama dengan glam look vintaj era 1950 hingga 60-an. Meera tekankan pada bahagian mata tapi tak setebal smokey dan hadirkan cute winged eyeliner. Bahagian bibir ada lipliner shade coklat yang ketara dipadankan dengan lipstick berona lembut. 



Banyak kali tengok pun tak jemu sebab penampilan Tara ringkas tapi berjaya serlahkan aura dan gaya Old Hollywood yang elegan, timeless dan memukau. Tara looks cinematic and dreamy in all these photos.

3. Vintage Cinema


Hadirnya Tara Sutaria ke Filem Festival Cannes adalah untuk mempromosikan filem baru dia, Toxic: A Fairytale for Grown-Ups jadi kebanyakan penampilan Tara di sini seakan sama dengan wataknya, Rebecca. Hari kedua di Cannes bermula dengan temubual jadi Tara memilih midi dress dari butik Rhea Costa, AW|26-27 Runway Collection. 


Midi dress dengan drape seakan reben besar di bahagian dada dan bahu mempunyai korset bodycon dan skirt pendek separa lutut dan belahan di bahagian belakang. Sepasang sarung tangan panjang bermaterial kulit berwarna hitam dipadankan untuk menguatkan elemen retro dan Old Hollywood cinema. 


Kali ni make-up Tara lebih bold dengan contour tebal di kiri dan kanan pipi. Makeup bahagian mata pun lebih tebal dengan wing eyeliner yang lebih jelas. Shade hitam retro YSL, subang berwarna emas dengan logo klasik Channel dan sepasang pump heels dari Jimmy Choo melengkapkan gaya femme fatale Tara Sutaria di Cannes. 

Dalam gambar ni Tara nampak cantik tapi bila tengok video agak struggle juga dia nak berjalan dalam outfit ni. Nasib baik lah naik Maserati pergi sana sini. 

4. Mesmerizing 


Penampilan terakhir Tara Sutaria adalah di majlis utama, Red Sea Film Foundation’s Women In Cinema Gala dalam gaun putih mutiara dari Vivienne Westwood. Sama seperti sebelumnya, Tara selesa dengan off-shoulder corset untuk serlahkan tubuh langsingnya. Drape di bahagian dada dan pinggang sebagai details pada main outfit. 

Tanya Ghavri menggayakan Tara dengan mengambil inspirasi dari busana pengantin yang dipakai oleh Elizabeth Taylor ketika berkahwin dengan Nicky Hilton Jr. di gereja Beverly Hills. Gaun sutera ini ditemani dengan selendang sutera yang labuh lantas memberikan efek dramatik pada gaya Tara. 


Tara Sutaria dihiasi rantai leher High Jewelry Turaco dengan berlian 53-carat dipadankan bersama anting-anting berlian 16-carat dan batu Sannan Skarn berwarna hijau dari koleksi Terres d’Instinct oleh butik Messika. Sebentuk cincin dengan batu berlian Concorde berbentuk pear 18 karat emas putih dari butik yang sama. 

Makeup dari Meera Sakhrani membawa kembali old school beauty dengan Cool toned eyes berwarna biru kelabu di bahagian kelopak mata dan tona cerah di bahagian bawah mata.  Bibir pula menggunakan lip liner klasik dengan warna lipstick yang cerah untuk penampilan yang ayu, elegan, klasik dan timeless. 


Hairstyle dari Ameer Naveed a minus for me sebab I tak gemar dengan tight bun macam ni. Lagi cantik kalau Tara teruskan konsep Old Hollywood dengan vintage curl dengan sculpted hair di bahagian tepi. 

Tara Sutaria dan Lucas Bravo 

Keseluruhannya Tara Sutaria tampil cemerlang untuk fashion debut di Cannes walaupun cuma kekal dengan warna monochrome selama dua hari berturut-turut. Tak pasti kalau tahun depan dia akan diundang ke Cannes tapi harapnya ada lah sebab teringin nak tengok dia berjalan di karpet merah pula. 

Dalam dunia perfileman hari ini, penggunaan Computer-Generated Imagery (CGI) sering menjadi pilihan untuk menghasilkan babak aksi berskala besar. Namun bagi filem aksi thriller CHELOT, produksi memilih pendekatan berbeza dengan menggunakan letupan sebenar dalam sebanyak mungkin babak aksi bagi menghadirkan visual yang lebih autentik dan meyakinkan di layar perak. 

Menerusi perkongsian di media sosial, pihak produksi mendedahkan bahawa letupan yang dipaparkan dalam bahan promosi CHELOT bukanlah hasil suntingan CGI, sebaliknya dilaksanakan secara nyata dengan perancangan yang teliti sepanjang penggambaran. Pendekatan ini membolehkan setiap babak aksi tampil dengan impak yang lebih kuat, sekali gus menghidangkan debaran yang dapat dirasai sendiri oleh penonton. 

Pendekatan tersebut turut mencerminkan amalan yang masih menjadi pilihan sebahagian pembikin filem antarabangsa, yang mengutamakan penggunaan letupan dan kesan khas sebenar bagi menghasilkan aksi yang lebih autentik serta meyakinkan. 

Bagi merealisasikan skala aksi yang diinginkan, CHELOT menjalani penggambaran di beberapa lokasi yang menawarkan latar berbeza, termasuk Makmal MARDI Terbiar di Semenyih, Campbell Shopping Complex dan Kampung Bukit Manchong, Rawang. Setiap lokasi dipilih bagi menyokong penceritaan serta memperkukuhkan suasana yang ingin dibawa dalam filem ini. 

Produksi turut mendapat sokongan penuh daripada Unit Tindak Khas (UTK) sepanjang penggambaran, khususnya bagi menjayakan babak-babak aksi yang memerlukan koordinasi rapi serta pematuhan aspek keselamatan. 

Komitmen tinggi seluruh pasukan produksi turut terserlah menerusi salah satu babak aksi yang dirakam dalam satu pengambilan (one-take). Babak yang menggabungkan aksi dan letupan sebenar itu menuntut ketelitian, koordinasi serta ketahanan fizikal yang tinggi daripada pelakon dan kru. Akibat intensiti penggambaran, beberapa daripada mereka dilaporkan mengalami kecederaan ringan ketika menjayakan babak berkenaan, sekali gus membuktikan kesungguhan pasukan produksi dalam menghasilkan aksi yang benar-benar meyakinkan di layar perak. 

Primeworks Studios, selaku Rakan Pemasaran bagi CHELOT, membawakan karya aksi terbaharu arahan Adrian Teh yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 27 Ogos 2026. Menampilkan barisan pelakon ternama termasuk Beto Kusyairy, Shukri Yahaya, Shaheizy Sam, Nadhir Nasar, Alicia Amin, Azhan Rani dan Theeban G, filem ini mengangkat kisah penuh mendebarkan tentang keberanian, pengorbanan serta pertarungan sengit antara keadilan dan dunia jenayah yang dipenuhi muslihat. 

Kongsikan keterujaan anda menggunakan tanda pagar #CHELOT dan ikuti kami di Facebook, Instagram, X serta YouTube Primeworks Studios untuk mendapatkan perkembangan terkini, kandungan eksklusif dan pelbagai aktiviti menarik berkaitan CHELOT. 

Bayangkan ribuan peminat menyanyi sekuat hati tatkala lampu pentas mula menyala dan petikan gitar pertama bergema, sebelum seluruh arena hanyut dalam lautan melodi dan kenangan. Itulah yang menanti di SOUNDSTAGE, konsert yang bakal menyatukan lima band kegemaran ramai dalam satu malam dengan lebih 40 buah lagu yang pernah mengisi pelbagai fasa kehidupan pendengar.


Pada 16 Ogos 2026 nanti, Unifi Arena bakal menjadi medan pertemuan peminat muzik alternatif dan indie apabila NIDJI, Hujan, Midnight Fusic, Dukes dan Empty Page berkongsi satu pentas dalam sebuah konsert selama lima jam yang penuh dengan nostalgia, energi dan momen yang pasti mahu dirakam dari lagu pertama sehinggalah encore terakhir.

Daripada lagu-lagu yang pernah menjadi soundtrack zaman sekolah dan universiti sehinggalah karya-karya baharu yang kini menguasai playlist harian ramai, setiap persembahan tampil dengan identiti dan tarikannya yang tersendiri. Lebih mengujakan, Empty Page bakal mempersembahkan lagu terbaharu mereka berjudul Berdosa, memberikan peminat peluang antara yang terawal menyaksikan persembahan lagu tersebut secara langsung.

Antara lagu yang bakal menggegarkan pentas SOUNDSTAGE ialah:

1. NIDJI

  • Hapus Aku
  • Laskar Pelangi
  • Sumpah dan Cinta Matiku

2. Hujan

  • Pagi Yang Gelap
  • Aku Scandal
  • Kotak Hati

3. Midnight Fusic

  • Caramel Cream
  • Under The Weather
  • One More Time

4. Dukes

  • Surat
  • Melangkahi Aku
  • Kisah Kita

5. Empty Page

  • Menyesal
  • Mata(hari)
  • Berdosa

Ini hanyalah sebahagian daripada barisan lagu yang bakal dipersembahkan. Setlist penuh yang merangkumi lebih 40 buah lagu akan diumumkan dalam masa terdekat, jadi nantikan pengumuman rasmi untuk mengetahui keseluruhan pengalaman yang menanti di SOUNDSTAGE!

SOUNDSTAGE bukan sekadar menghimpunkan lima band dalam satu acara, tetapi meraikan perjalanan muzik yang terus berkembang merentasi generasi. Daripada anthem yang mengundang lautan nyanyian beramai-ramai hinggalah balada yang mengembalikan memori lama, setiap set menawarkan warna muzik dan pengalamannya sendiri.

Sama ada anda membesar dengan Hapus Aku, Laskar Pelangi dan Pagi Yang Gelap, ataupun lebih dekat dengan Caramel Cream, Menyesal dan Kisah Kita, SOUNDSTAGE menghimpunkan semuanya dalam satu pengalaman yang meraikan muzik tanpa sempadan usia. Lima band, satu pentas dan lebih 40 lagu menjadikan konsert ini sebuah pertemuan istimewa buat peminat muzik alternatif dan indie dari pelbagai latar belakang.

Jika selama ini lagu-lagu tersebut hanya bergema di dalam kereta atau memenuhi playlist harian, kini tiba masanya untuk mengalaminya secara langsung bersama ribuan peminat lain dalam suasana yang jauh lebih luar biasa.

Tiket SOUNDSTAGE kini boleh didapati dalam empat kategori iaitu Rock Zone (RM139), Mosh Pit Standing (RM169), Indie Zone (RM179) dan HIP Zone (RM369). 

Apa tunggu lagi? Dapatkan tiket anda sekarang di www.wowtix.com.my dan jadilah sebahagian daripada malam yang bakal menyatukan ribuan suara, lima band dan lebih 40 lagu dalam sebuah pengalaman muzik yang tidak wajar dilepaskan.

Kuala Lumpur, 29 Julai 2026 – Berbaki satu pusingan sebelum melabuhkan tirai, kempen Tonton Non Stop, On Top! kini memasuki Lap 4, pusingan terakhir yang berlangsung dari 27 Julai hingga 9 Ogos 2026. Pelanggan TontonUp masih berpeluang mengumpul mata, melonjakkan kedudukan dalam carta sambil memburu hadiah utama berupa GAC Emkoo 1.5L Turbo, selain pelbagai ganjaran menarik. 

Sejak dilancarkan, kempen ganjaran terbesar pernah dianjurkan oleh Tonton ini telah menarik penyertaan lebih 16,000 peserta, dengan ratusan pemenang berjaya membawa pulang pelbagai hadiah sepanjang 3 lap terdahulu. Kini, persaingan kembali memuncak menerusi Lap 4, apabila semua pelanggan kembali bermula di garisan yang sama untuk menentukan siapa yang bakal muncul sebagai pemenang seterusnya.

Sepanjang tempoh Lap 4, pelanggan boleh menikmati pelbagai kandungan pilihan sambil meneruskan saingan dalam kempen ini. Antara judul yang terlibat ialah:


Turboost kembali pada Lap 4 dengan menawarkan mata berganda kepada pelanggan yang menstrim kandungan terpilih pada setiap hujung minggu. Bagi Turboost Minggu 7 (1 & 2 Ogos 2026) dan Turboost Minggu 8 (8 & 9 Ogos 2026), kandungan yang menawarkan mata berganda adalah seperti berikut:

Bagi mereka yang masih belum menyertai Tonton Non Stop, On Top!, inilah masa terbaik untuk turut serta. Pelanggan hanya perlu melanggan pelan TontonUp selama 3 atau 12 bulan sebelum mula menstrim kandungan terpilih sepanjang tempoh kempen.

Selain memperoleh mata menerusi tontonan, mereka juga boleh meningkatkan kutipan mata melalui pembelian Tonton Subscription Gift untuk keluarga dan rakan-rakan. Setiap langganan hadiah selama 3 bulan memberikan 100 mata bonus, manakala langganan 12 bulan menawarkan 400 mata bonus tanpa had pembelian, sekali gus memberi kelebihan dalam saingan Lap 4.

Dengan kempen bakal melabuhkan tirainya pada 9 Ogos 2026, inilah masa untuk memberikan saingan terakhir. Jangan lepaskan peluang untuk muncul sebagai antara pemenang dan membawa pulang GAC Emkoo 1.5L Turbo, selain pelbagai lagi hadiah lumayan menerusi Tonton Non Stop, On Top!

Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram di @tontonmy. 

Tonton Trailer Rasmi CHELOT Sekarang!

Tuesday, 28 July 2026

Primeworks Studios, selaku Rakan Pemasaran bagi CHELOT, membawakan karya aksi thriller terbaharu arahan Adrian Teh yang menjanjikan pengalaman sinematik penuh intensiti dan debaran. CHELOT bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 27 Ogos 2026. 


Dibintangi barisan pelakon hebat Shukri Yahaya, Beto Kusyairy, Shaheizy Sam, Azhan Rani, Nadhir Nasar dan Alicia Amin, CHELOT membawakan kisah tentang keberanian, pengorbanan dan pertarungan antara keadilan dengan dunia jenayah yang penuh muslihat.

Apa sebenarnya CHELOT?

Jawapannya hanya menanti anda di pawagam seluruh negara bermula 27 Ogos 2026 ini.


Saksikan Trailer Rasmi CHELOT sekarang dan bersedia untuk merungkai misteri yang bakal menggegarkan pawagam.

#CHELOT #GSCMovies


Sepanjang update segmen Fashion Files ni tak pernah lagi update pasal Jacqueline Fernandez padahal dia antara Bollywood actress yang menyerlah dengan penampilan yang menawan. Jacqueline adalah bekas Miss Sri Lanka jadi tak hairan lah kalau dia sentiasa menjaga penampilan. 

Jacqueline hadir di Filem Festival Cannes 2026 sebagai duta Chopard, salah satu penaja rasmi untuk Cannes dan juga untuk jadi co-host malam gala bersama Eva Longoria dan tak ada jadual padat macam selebriti Bollywood yang lain. Tahun ni dia tak jalan dekat karpet merah langsung dan ada dekat Cannes selama dua hari sahaja. 

1. Airport Look


Sama seperti Huma Qureshi, Jacqueline memilih untuk tampil dalam persalinan yang santai dan kasual. Selesa dengan sleveless knitted top berwarna merah jambu pucat dan dipadankan bersama seluar ekstra lebar berwarna burgundy. 


Jacqueline mengenakan sepasang pump heels berwarna nude dan juga sebuah handbag Hermès Birkin dalam rona taupe dengan kemasan perkakasan emas. Rambutnya diikat separa lalu selebihnya dibiarkan lepas bebas. Jacqueline terlihat bergaya dengan shade frameless berwarna ash blue. 

Jac nampak stylish dan bersahaja tapi lagi cantik kalau dia pakai jacket untuk tutup tangan athletic dia, somehow dari tepi nampak macam lelaki. Maybe ada yang suka athletic arm macam ni. 

2. Miracle Muse


Penampilan pertama di Cannes adalah untuk photoshoot dan juga hadir ke Chopard "Miracle" Gala yang dihadiri oleh bintang ternama Hollywood seperti Demi Moore, Bella Hadid bertemakan Circus. Jacqueline tampil dalam mini dress dari koleksi Caroline's Couture oleh butik Chopard. Strapless mini dress berona hitam ini dihiasi dengan manik dan labuci halus untuk memberikan efek berkilau yang memukau dan elegan. 


Jacqueline menghiasi pakaian utama dengan pelbagai jenis perhiasan dari koleksi Haute Joaillerie oleh butik Chopard. antaranya ialah sepasang anting-anting gelungan spiral yang mengikut tema Circus. Rantai leher juga bangle berlian menambahkan penampilan glamor yang setara dengan Bollywood. 


Tak pasti Jacqueline pakai strap heels transparent dari butik mana tapi tak sesuai dengan penampilan di bahagian atas. I prefer kalau dia pakai pump heels atau strap heels yang ada diamond strap di bahagian atas macam koleksi Saeda 100 Jimmy Choo atau yang seangkatan dengannya lah. 

3. Sparkling Pearl


Pertama kali tengok penampilan ketiga Jacqueline di Filem Festival Cannes untuk Global Gift Gala ni rasa macam tak berkenan sangat tapi makin lama tengok rasa cantik pulak. Mungkin gabungan ni agak kontra tapi terletak elok je padanan strapless korset dan gaun berwarna kuning tu. 

Mungkin bunga putih dengan reben hitam besar tu yang mengganggu. Mungkin kalau bunga dia warna kuning, tak lah nampak hiasan tu tenggelam. 


Dress unik ni dari koleksi Summer Spring 2026 oleh butik Richard Quinn. Gaun dari material satin yang dihimpunkan di bahagian tengah hasilkan alunan yang dramatik. Main outfit dipadankan dengan sarung tangan hitam yang panjang untuk suntikan vintaj dan elegan. 

Berkenan sungguh tengok rantai leher dan set subang mutiara dari butik Mahesh Notandass. Sesuai sangat dengan tema pakaian yang dibawakan oleh Jacqueline, elegan dan timeless. 


I rasa outfit ni sesuai dengan tubuh langsing dan lampai Jacqueline. Kalau tak, dengan mudahnya akan tenggelam. Jac pulak cantik macam mana pulak kan. Make-up dia agak tebal dan berseri walaupun muka Jac nampak lain dalam gambar dekat majlis ni. Hairstyle dia pun sesuai dengan tema dan konsep yang dibawa. 


Ada banyak gambar Jacqueline Fernandez dalam outfit ni dan kalau I jadi dia pun memang melaram di setiap pelusuk French Riviera ni. 

4. Sand and Stone


Sebelum pulang ke Mumbai, Jacqueline melaram dalam couture dress Citrine Terrain dari koleksi Spring 2026 oleh butik Rahul Misra. Bertemakan pesisir pantai yang menggabungkan pasir dan ombak, ribuan kristal, manik dan labuci serta kilauan batu permata citrine disulam tangan membentuk corak beralun untuk mendukung ilham tersebut.


Walaupun couture dress ni mengikut bentuk badan tapi bahagian belakang mempunyai belahan yang tinggi dari kaki dress hingga ke bahagian lutut. Material yang digunakan untuk menampung semua sulaman juga kain lutsinar yang lembut sekaligus memberi keselesaan untuk dipakai pada musim panas dan bunga. 

Penampilan yang memukau ini disuntik gaya feminin dan elegan dengan perhiasan kalung berlian dari butik Hassanzadeh Jewellery. Love it 💙

Kalau Jacqueline diberikan lebih banyak masa dekat Cannes mungkin dia akan melaram lagi tapi ada komitmen dengan tayangan filem terbaru bersama Akshay Kumar, Disha Patani dan ramai lagi untuk filem Welcome to the Jungle.