BBQ Town mula beroperasi dekat Citta Mall sejak tahun lepas dan pertama kali jejak kaki dekat BBQ Town lepas entah berapa tahun Kak Siti recommend pergi. Sebelum ni ada dekat MyTown dengan Bukit Jelutong je yang terdekat tapi setiap kali pergi mesti beratur panjang. Memang tak lah nak join beratur sekali. Sekarang tak payah beratur dah, BBQ Town yang datang dekat kitorang.
Sebagai penghargaan kepada Sofia yang intern dekat LPJE, Ms Junny belanja lah makan dekat BBQ Town, Citta Mall bulan September tahun lepas. Dua minggu selepas
Family Day LPJE dekat Nahara Resort, Kalumpang. I terjebak sekali sebab I anak angkat LPJE 😝 Lepas office hour terus redah traffic jam depan Citta Mall untuk melantak dekat sini.
Pilihan bahan dekat BBQ Town tak banyak macam Nabe atau Seoul Garden, dia sikit macam Sukiya sebab satu syarikat. I suka BBQ Town sebab ada grill dan steamboat. Sos dia banyak tapi I tak pandai pun buat bancuhan sos yang viral but no worries lah sebab ada Kak Siti yang dah berpengalaman.
Kitorang order beef, lamb dengan udang. Ayam is a big no lah walau makan dekat mana pun tapi ayam goreng BBQ Town is a yes. Nasib baik dia bagi 1 mangkuk untuk satu meja sebab tak lah nak makan beria pun walaupun sedap. Ambil udon sebab tak ada maggi. Sedap lah juga makan dengan kuah spicy.
Since I duduk dekat bahagian dalam, memang tak payah bangun untuk ambil bahan. Sepanjang masa sembang dengan meja kiri dan kanan. Masing-masing riuh bila makan free.
Makanan ready-to-eat (RTE) dekat sini tak banyak pun. Ada sushi dengan nasi goreng je. Berbeza lah dengan Seoul Garden sebab kalau luck cantik dapat lah kari kepala ikan tak pun ketam masak buttermilk. I tak makan banyak pun sushi dia sebab nak jimat ruang.
Tak lama pun kitorang makan dekat sini sebab perut semuanya kapasiti kecik. Sejam makan je dah penuh dah so lagi sejam kitorang menyembang je lah sebab tak ramai orang pun. Sambil menyembang sambil makan aiskrim seasalt chocolate matcha dia.
I mungkin tak repeat lah seasalt dia tapi matcha dia sedap sebab pekat. Sebelum balik tu Sofia hadiahkan brownies seorang sekotak kecuali I sebab impromptu kan. Okay je sebab boleh ambil brownies Fariha sebab dia tak makan pun brownies. Thank you Sofia! Thank you jugak dekat Ms Junny yang ajak join farewell dan belanja kitorang makan dekat sini 💜
Sy suka aiskrim sea salt + coklat =D
ReplyDeleteSamaaa kita kak, saya kalau buffet grill and shabu, memang tak akan ambil ayam. Pasti lebih memilih daging ntah sapi atau lamb.
ReplyDeleteDan tak pernah pandai racik sos nya sendiri hahahahah. Kalau ada mama, memang minta mama yg buatkan 😄.
Dah lamaaa tak makan grill begini. Kalau makan begini memang bagusnya ramai... Kalau cuma makan berdua saja, tak seru lah 😅