Drama Review | The Royals (2025)

Saturday, 24 May 2025


Directors: Priyanka Ghose, Nupur Asthana
Writer: Neha Veena Sharma
Cast: Bhumi Pednekar, Ishaan Khatter, Zeenat Aman, Sakshi Tanwar, Nora Fatehi, Vihaan Samat, Dino Morea, Milind Soman
Production Company: Pritish Nandy Communications
Distributor: Netflix
Genre: Romantic / Comedy / Drama
Running Episodes: 8 episodes (39–49 minutes per episode)
Release Date: 09 May 2025 
Trailer:


Sophia Kanmani Shekhar (Bhumi Pednekar) merupakan CEO kepada Work Potato merangkap usahawanita muda di Mumbai. Rakan kongsinya, Kunal Mehta (Udit Arora) menyandang jawatan sebagai Chief Financial Officer. Mereka berdua pernah bercinta tapi memilih untuk kekal sebagai rakan sekerja kerana mempunyai idea dan visi yang sama. 

Work Potato tampil dengan idea baru – Royal B&B di mana istana lama kepunyaan keluarga diraja diubahsuai menjadi hotel. Menariknya, pengunjung hotel dapat merasai pengalaman keluarga diraja bersama keluarga raja. Makan sarapan pagi seperti raja dengan makanan yang dimasak sendiri oleh private chef ataupun bermain polo dengan Putera Raja. 

Idea yang tampak menarik ini tidaklah begitu meyakinkan Zubin Daruwala (Adinath Kothare) sebagai salah seorang investor kepada Work Potato. Namun Sophia yakinkan Zubin dengan tempoh masa yang singkat, iaitu selama 6 bulan, projek mereka akan berjaya. Kalau Work Potato gagal, Zubin boleh ambil alih syarikat tersebut. 

Pertaruhan yang besar dalam hidup Sophea kerana Work Potato adalah hasil titik peluh dia tapi Sophia yakin Royal B&B akan bertukar menjadi keuntungan. Dari awal lagi, kedudukan Sophia tidak mudah kerana saingan dia, Sameera Kashyap (Shweta Salve) juga mempunyai projek yang lebih kurang sama dengan dana yang lebih kukuh. 

Ketika menghadiri award event di Sri Lanka, Sophia secara tidak sengaja bertemu dengan Fizzy (Ishaan Khatter), model yang kacak dan sasa. Mereka berdua tertarik antara satu sama lain tapi dengan mudahnya menyampah terhadap pendirian masing-masing. Tanpa disangka, Fizzy adalah bakal Raja Morpur setelah beberapa bulan kematian ayahnya (Milind Soman). Istana kepunyaan keluarga Fizzy juga bakal menjadi istana pilihan untuk projek Royal B&B. Susah untuk Royal B&B terlaksana seperti yang dirancang kerana Sophia dan Fizzy susah untuk capai kata sepakat. Sophia dengan projeknya manakala Fizzy tertekan dengan trauma lama.

The Royals antara web series yang dinanti-nantikan ramai kerana mempunyai kisah cinta rakyat kebanyakan dan Putera Raja. Tema yang senang untuk buatkan penonton terbuai sepanjang 8 episod. Pertama kali juga Ishaan Khatter tampil dalam avatar yang cool, sexy dan masculine. Sebelum ni Ishaan lebih banyak berlakon sebagai orang kebanyakan macam dalam filem Dhadak (2018)Beyond the Clouds (2018), atau Phone Bhoot (2022)

Dah memang sedia maklum dia ada bakat lakonan yang besar sama macam abang dia, Shahid Kapoor tapi dia hidupkan watak Maharaj Aviraaj Singh dengan cemerlang. Gaya dia bercakap, menari, berjalan, berbual semuanya on point. Ada masa ternampak bayangan Shahid tapi dah nama pun adik-beradik, memang genetik tak lari jauh. Awwdorable teruk bila dia panggil Soph sebab lembut je. Masa dia tenangkan Ayesha (Nora Fatehi) pun gentleman teruk. Ishaan easily blends in dengan Vihaan Samat yang lakonkan watak adik dia, Diggy. 



Kali ketiga layan lakonan Vihaan selepas series Call Me Bae (2024) dan CTRL (2024). Dalam The Royals, Vihaan ada banyak peluang untuk show off talent dia walaupun bukan sebagai pelakon utama. Dia ada gaya putera tapi lebih berjiwa rakyat berbanding Fizzy yang lebih gemar habiskan masa di New York. Watak Diggy ada moment tersendiri bila dia lebih banyak mengalah dan terabai dari keluarga. Comel masa Diggy menyamar jadi orang kebanyakan sebab nak join pertandingan memasak. Since penulis tak fokus pada tanggungjawab Diggy terhadap istana, tak pasti sama ada Diggy atau Fizzy lebih layak. Tapi kedua-duanya ada potential tersendiri sebagai Raja.

Formula senang untuk naskhah romantic comedy berjaya haruslah terletak pada chemistry lead pairing dan Ishaan dengan Bhumi berjaya wujudkan suasana romantis dalam kebanyakan babak bersama. Bergaduh pun nampak comel sebab lakonan masing-masing convincing teruk. Masa Fizzy temankan Sophia dekat kandang kuda sementara tunggu hujan berhenti ataupun masa Fizzy tenangkan Sophia dalam bilik hotel, all just screams love. Need that.

Jarang lah nak puji lakonan Nora Fatehi tapi sejak tahun lepas, lakonan dia bertambah baik. Dalam naskhah The Royals pun kemunculan dia mencuri tumpuan. Mungkin screen presence dia kuat atau mungkin sebab chemistry dia dengan Ishaan, yang pastinya happy bila watak Ayesha Dondi muncul. Dancing scene di Masquerade Party antara highlight The Royals. 

Selain dari kisah cinta Sophia dengan Fizzy, terpesona dengan keindahan aesthetic keluarga diraja Morpur. Istana Rambagh, Rajashtan adalah penyumbang utama keindahan seni India. Masa tengok trailer pun dah boleh agak diorang shooting dekat kawasan Rajashtan sebab dekat sana je yang ada banyak istana lama dan diubahsuai menjadi hotel. Seronok cuci mata tengok handpainted wall dekat ruang kamar Maharaj Yuvanath Singh. 8 episod tu tak puas tengok wardrobe, props dan senibina beberapa istana yang dipaparkan dalam The Royals. Nasib baik ada Season 2. 

Penceritaan The Royals mungkin agak dangkal sebab sentuh surface tapi benda tu predictable sebab genre utama adalah rom-com. Nak pula bila naskhah The Royals adalah tayangan rasmi Netflix, makin susah untuk produser hasilkan naskhah berkualiti. Brain-rot is the answer supaya rating tinggi dan boleh dapat peluang untuk kekal lama. But this is just me justifying a stupid script because why not kan?

Kalau ikutkan boleh sangat Pritish Nandy Communications come up with a good script sebab ada material yang bagus. Apa benda kira jumlah kutipan secara manual padahal Excel ada auto sum formula? Merepek sangat masukkan babak Fizzy, Diggy dan Jinnie (Kavya Trehan) happy bila tahu ayah diorang gay. Jinnie pursue Niki Kaushik (Lisa Mishra) sebagai lesbian partner dia pun mehhh. Tak perlu ada pun sebenarnya sebab I lebih tertarik dengan hubungan Maharani Padmaja Singh (Sakshi Tanwar) dan Ranjit Shroff (Chunky Panday). 

Ramai yang bash filler lips Bhumi dalam The Royals tapi benda tu tak mengganggu pun. Mungkin sebab dah biasa tengok bibir dia tapi yang menjadi persoalan kenapa buruk sangat postur badan Bhumi masa berlari, masa berjalan atau lebih teruk lagi, masa menari? Ataupun pengarah nak paparkan hard life CEO, banyak sangat membongkok depan laptop atau meja kerja sampai develop shrimp posture? If that’s the case, it works. Justified. 

Tak pasti siapa in charge untuk music album The Royals sebab tak ada credit tapi yang pastinya, it comes out great for The Royals. Lagu intro, Who Rules The World sesuai dengan vibe Sophia dan Fizzy. Lagu Tu Tu Hai Wahi remake kepada lagu Yeh Vaada Raha pun remix yang  berjaya. Sebelum ni layan rendition dari SANAM, sekarang dah ada versi baru yang boleh masuk dalam playlist. 

For me, it’s a good brain-rot chill type of series. I habiskan dalam masa sehari layan The Royals dan mungkin akan layan lagi sebab moment Fizzy dengan Sophia. Sambil tengok sambil manifest hshshs

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.7 = 7.2/10

3 comments

  1. Mcm best je ni. Kena try tengoklah.

    ReplyDelete
  2. Kak ayu abis dah tgk cita..ok la. Layan jugak

    ReplyDelete
  3. Saya jarang nak nonton, kalo serial india. Tp the royals, langsung buat saya teringin nonton. Cara kakak mereview semuanya, sampai ke filler lips, memang buat tertarik lah 😄😄👍👍👍. Sesekali lah, saya nak lihat juga serial india

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.