20 Movie Bollywood Bertemakan Ejen Perisik

Tuesday 17 May 2022


Tengok upcoming list movie Hindi ada banyak genre yang bertemakan ejen perisik dan ejen penyiasat sama ada dalam negara India mahupun beraksi di luar negara. Antaranya movie dari franchise popular di bawah produksi YRF, Tiger 3 kemudian movie Pathan lakonan Shah Rukh Khan, Deepika Padukone dan juga John Abraham. Sid Malhotra juga akan muncul dengan Mission Majnu sementara Kangana dan Arjun Rampal bakal beraksi dalam movie Dhakaad. 

Sebelum kesemua movie ni ditayaangkan, jom tengok senarai movie Bollywood yang pernah ditayangkan saama ada fiksyen ataupun diinspirasikan dari kisah benar yang berlaku di negara India. Untuk review, klik pada tajuk movie. 

1. Baadshah (1999)


Director : Abbas-Mustan
Writer : Neeraj Vora, Shyam Goel
Stars : Shah Rukh Khan, Twinkle Khanna, Rakhee Gulzar, Amrish Puri, Johnny Lever

Movie Baadshah mungkin bukan pilihan semua bila dibikin dalam template komedi musikal tapi plot dan misteri yang diketengahkan masih lagi besar sehingga menggugat ketenteraman Perdana Menteri. Cara penyiasatan dan cool stuff yang dimiliki Baadshah antara kekuatan naskhah yang pernah popular di penghujung zaman 90-an ni. 

2. Agent Vinod (2012)


Director : Sriram Raghavan
Writer : Sriram Raghavan, Arijit Biswas
Stars : Saif Ali Khan, Kareena Kapoor, Prem Chopra, Adil Hussain, Ram Kapoor

Ejen Vinod merupakan ejen RAW yang ditugaskan untuk mencari kod 242 setelah rakan setugas dia dibunuh oleh puak Taliban di Afghanistan. Di Morocco dia berjumpa dengan Dr. Ruby, doktor peribadi salah seorang target dalam operasi tersebut. Identiti Ejen Vinod terbongkar kerana truth serum yang dihasilkan oleh Dr. Ruby. 

3. Kahaani (2012)


Director : Sujoy Ghosh
Writer : Sujoy Ghosh
Cast : Vidya Balan, Parambrata Chatterjee, Nawazuddin Siddiqui, Indraneil Sengupta, Saswata Chatterjee, Colleen Blanche

Mengisahkan Vidya yang pergi ke Kolkata untuk mencari suaminya yang hilang setelah insiden gas beracun meletup dalam gerabak metro. Vidya dibantu oleh seorang konstabel biasa kerana bimbang dengan keselamatannya. Makin banyak Vidya gali, semakin dekat diri dia dengan bahaya. 

4. Ek Tha Tiger (2012)


Director : Kabir Khan
Writer : Kabir Khan, Neelesh Misra
Cast : Salman Khan, Katrina Kaif, Ranvir Shorey, Girish Karnad, Roshan Seth, Gavie Chahal

Tiger merupakan perisik terbaik India di bawah Research and Analysis Wing (RAW) diarahkan untuk mengintip profesor universiti yang disyaki menjual formula bom nuklear kepada Pakistan. Dalam misi tersebut dia jatuh cinta dengan Zoya, perisik Inter-Services Intelligence (ISI) untuk negara Pakistan.

5. D-Day (2013)


Director : Nikkhil Advani
Writer : Nikkhil Advani (screenplay), Ritesh Shah (dialogue), Suresh Nair
Stars : Irrfan Khan, Rishi Kapoor, Arjun Rampal, Huma Qureshi, Shruti Hassan

Movie yang mengisahkan tentang sekumpulan ejen RAW dan Indian Armed Forces ditugaskan untuk menangkap penjenayah paling dikehendaki di India setelah menjadi dalang utama dalam beberapa kes serangan pengganas. Semuanya dirancang dengan rapi dalam Operation Goldman. Movie D-Day antara naskhah spy thriller yang menarik pernah dihasilkan. 

6. Madras Cafe (2013)


Director : Shoojit Sircar
Writer : Somnath Dey, Shubendu Bhattacharya, Juhi Chaturvedi, Tushar Jain
Stars : John Abraham, Nargis Fakhri, Raashi Khanna, Siddharth Basu, Prakash Belawadi

Berlatarkan Sri Lankan Civil War pada tahun 2003, Major Vikram Singh dilantik oleh pihak RAW untuk mengetuai operasi khas di Jaffna. Di sana dia berjumpa dengan journalist Jaya Sahni yang ingin dedahkan kebenaran tentang civil war dan konspirasi jahat untuk bunuh Perdana Menteri. 

7. Bang Bang! (2014)
 

Director : Siddharth Anand
Writer : Siddharth Anand, Abbas Tyrewala
Stars : Hrithik Roshan, Katrina Kaif

Kohinoor, berlian berharga milik Kerajaan India hilang dicuri oleh Rajveer Nanda. Di Simla dia berjumpa dengan Harleen yang cantik dan tanpa sengaja jadikan dia sebagai partner in crime. Ejen kerajaan cuba untuk dapatkan maklumat mengenai Rajveer dan Kohinoor dari Harleen malangnya tak berjaya. Mereka berdua larikan diri ke Greece.

8. Baby (2015)


Director : Neeraj Pandey
Writer : Neeraj Pandey
Stars : Akshay Kumar, Anupam Kher, Danny Denzongpa, Rana Daggubati, Madhurima Tuli, Taapsee Pannu, Rasheed Naz

Rentetan dari serangan pengganas di Mumbai pada 26/11, Perdana Menteri tubuhkan task force sementara yang digelar sebagai Baby untuk memburu dalang dan gagalkan serangan pengganas susulan. Salah satu target mereka dedahkan letupan bom di pusat membeli-belah di bandar Delhi hanya salah satu dari letupan besar-besaran yang dirancang oleh Bilal Khan.

9. Phantom (2015)


Director : Kabir Khan
Writer : Kabir Khan, Kausar Munir
Star : Saif Ali Khan, Katrina Kaif

Kapten Daniyal Khan bekerjasama dengan Nawaz Mistry untuk menjejak dan balas dendam terhadap Hafiz Said, dalang kepada serangan 26/11 di Mumbai. Movie Phantom diadaptasikan dari sebuah novel yang bertemakan serangan pengganas berjudul Mumbai Avengers. Beberapa scenes diambil dari misi Assassination of Mahmoud Al-Mabhouh dan Boston Marathon bombing.

10. Force 2 (2016)


Director : Abhinay Deo
Writer : Parveez Shaikh, Jasmeet K. Reen
Star : John Abraham, Sonakshi Sinha, Tahir Raj Bhasin

ACP Yashwardhan Singh (John Abraham) bekerjasama dengan ejen RAW, KK untuk menjejak pembunuh misteri yang berada di Kedutaan India di Budapest. Pembunuh tersebut merupakan hacker yang merancang untuk buat satu serangan pengganas berskala besar di India. Bukan saja perlu menjejak keberadaan pembunuh tersebut, untuk bekerjaasama dengan KK juga dirasakan mustahil kerana cara kerja yang berbeza. 

11. Rocky Handsome (2016)


Director : Abhinay Deo
Writer : Parveez Shaikh, Jasmeet K. Reen
Star : John Abraham, Shruti Haasan, Nathalia Kaur, Diya Chalwad, Nishikant Kamat, Sharad Kelkar

Remake kepada movie Korea Selatan, The Man from Nowhere (2010) yang mengisahkan kehidupan bekas ejen RAW, Kabir Ahlawat yang bekerja di kedai pajak. Kabir terperangkap dalam pergelutan antara pihak polis dan penjual organ juga pengedar dadah. 

12. A Gentleman (2017)


Director : Raj & D.K.
Writer : Raj & D.K., Sita Menon, Sumit Batheja
Star : Sidharth Malhotra, Jacqueline Fernandez, Darshan Kumaar, Suniel Shetty, Hussain Dalal

Gaurav Kapoor ingin bersara awal dari menjadi ejen perisik namun Kolonel Vijay Kumar Saxena hantar dia untuk satu tugas terakhir di Miami untuk dapatkan data tentang menteri. Data tersebut penting untuk Unit X jadi Kolonel kena hantar ejen terbaik dia untuk misi ni. 

13. Naam Shabana (2017)


Director : Shivam Nair
Writer : Neeraj Pandey
Star : Taapsee Pannu, Akshay Kumar, Prithviraj Sukumaran, Manoj Bajpayee, Anupam Kher, Taher Shabbir

Prekuel kepada movie Baby (2015) memaparkan kisah ejen Shabana yang direkrut dalam organisasi Baby sebagai pertukaran untuk balas dendam atas kematian kekasih dia, Jai setelah pihak polis sengaja lambatkan kes tersebut kerana dalangnya adalah anak menteri. Movie Naam Shabanaa menggunakan Malaysia sebagai salah satu shooting location. 

14. Tiger Zinda Hai (2017)


Director : Ali Abbas Zafar
Writer : Neelesh Misra, Ali Abbas Zafar
Star : Salman Khan, Katrina Kaif

Sekuel kepada movie Ek Tha Tiger (2012) di mana Tiger dan Zoya ditugaskan untuk misi menyelamatkan sekumpulan jururawat India dan Pakistan yang dijadikan tebusan di Ikrit. Di sana Tiger dan Zoya lantik sendiri ejen-ejen lain baik RAW mahupun ISI untuk tumpaskan misi Abu Usman.



Director : Abhishek Sharma
Writer : Saiwyn Quadras, Abhishek Sharma, Sanyuktha Chawla Shaikh
Star : John Abraham, Diana Penty, Boman Irani

Pada tahun 1995, Ashwat Raina dari RAW ditugaskan untuk mengetuai sepasukan intelek yang diambil dari BARC (Bhabha Atomic Research Centre), DRDO (Defence Research and Development Organisation), Indian Army, ISA (Indian Space Agency) dan IB (Intelligence Bureau (India) untuk Operation Shakti. Mereka semua menyamar sebagai pihak arkeologi yang menetap sementara di Kubu Pokhran untuk kerja-kerja membaikpulih bangunan bersejarah di sana.



Director : Meghna Gulzar
Writer :  Bhavani Iyer‎, Meghna Gulzar
Star : Alia Bhatt, Vicky Kaushal, Rajit Kapur, Shishir Sharma, Jaideep Ahlawat

Movie yang bertemakan patriotism ni diambil dari karya Harinder Sikka, Calling Sehmat yang berlatarkan perang India-Pakistan pada tahun 1971. Sebelum ni dah tengok movie The Ghazi Attack dimana mengisahkan bagaimana tentera India menyelamatkan negara dari serangan tentera dalam kapal selam Pakistan. Sebelum Ghazi Attack, kisah perisik India dalam Raazi bongkarkan bagaimana India mematahkan serangan Pakistan dan terpaksa berundur dari India.



Director : Robbie Grewal
Writer : Robbie Grewal, Ishraq Eba, Shreyansh Pandey
Star : John Abraham, Mouni Roy, Jackie Shroff

Berlatarbelakangkan Indo-Pakistani War pada tahun 1971, Romeo Akbar Walter adalah nama kepada seorang RAW agent yang dihantar oleh Chief Srikanth Rai ke Pakistan untuk mengintip nama-nama besar dan plan mereka. Movie ni diinspirasikan dari kisah benar perisik India, Ravinder Kaushik. 



Director : Raj Kumar Gupta
Writer : Raj Kumar Gupta
Star : Arjun Kapoor, Sudev Nair, Rajesh Sharma

Inspired by true events bila banyak letupan berlaku di tempat awam dan mengorbankan ramai orang. Dalang dalam letupan ni ialah Ghost dan semua unit khas anti-terrorist tak ada klu siapa yang terlibat. Prabhat Kumar diberi tanggungjawab untuk mencari Ghost bersama pasukan dia dan juga informer di Pakistan. 



Third installments di bawah YRF Spy Universe menampilkan ejen Kabir yang bertukar status sebagai pengkhianat setelah ingkar dengan arahan Menteri Pertahanan. Kabir adalah ejen terbaik RAW maka RAW arahkan ejen terbaik mereka, Khalid yang merupakan protege Kabir untuk mengetuai misi tangkapan tersebut. 

20. Bell Bottom (2021)


Director : Ranjit M Tewari
Writer : Aseem Arrora, Parveez Shaikh
Star: Akshay Kumar, Lara Dutta, Vaani Kapoor, Adil Hussain, Huma Qureshi

Diinspirasikan dari kes hijack yang berlaku pada 24 Ogos 1984 bila pesawat IC 691, Indian Airlines dengan 210 orang penumpang termasuk juruterbang dan pramugari dijadikan tebusan untuk 4 orang pengganas dari kumpulan Azaadi supaya Perdana Menteri Indira Gandhi bebaskan 7 orang yang telah ditahan di penjara negara India. 

Founder RAW propose supaya Perdana Menteri berhenti ikut kehendak Presiden Ke-6 Pakistan, Muhammad Zia-ul-Haq setelah 4 kali hijack berlaku semasa pemerintahannya. Ini cuma taktik kotor negara Pakistan menerusi Operasi Topaz untuk tawan beberapa kawasan di negara India. 

Okay done with the list! Kalau perasan kebanyakannya pelakon yang sama je sebab pegang watak spy ni kena undergo intensive training. For those yang berminat dengan movie yang bertemakan spy tapi tak tahu nak cari movie apa boleh lah belek dekat sini. Have fun watching!

11 comments

  1. Ada a few je saya pernah tengok. Kahaani tu one of my favourite

    ReplyDelete
  2. pernah tengok baadsha tu je...yang lain masuk je dlm list kot-kot tv "free" utk ditonton

    ReplyDelete
  3. Banyak juga movie genre ejen ni yang Katrina Kaif berlakon. Lawa sangat Katrina ni. Suka tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. patutnya movie WAR tu dia jugak berlakon tapi dia tolak sebab screentime sikit sangat. Stunt action dia power sebab tu director dengan audience suka

      Delete
  4. Interesting list ya! Wahh rupanya ada banyak filem menarik from Bollywood yang Nell tak tengok lagi... good list to kick start kan..

    ReplyDelete
  5. alamak cerita2 ni semua belum tengok lagi.. suka juga citer aksi macam ni hehehe

    ReplyDelete
  6. Makk aii kemain banyakkkk.. bolehlah masuk list nanti kot takde idea nak nengok cite apa..

    ReplyDelete
  7. Banyak benor filem ni akak takleh recall selain Baadshah tu. Hahaha. Filem Bollywood yang ejen ejen akak tengok last SRK berlakon tu lah. Nanti nak buka Netflix cari filem fana rekemen ni. Hehehe.

    ReplyDelete
  8. Perghh kena star entri pana ni. Semua genre cerita ni favourite kot... Syok oo sesekali melayan cerita ejen macam ni.. thanks pana share..

    ReplyDelete
  9. Besides romance, I also like movies in espionage genre. But I haven't watch any Bollywood espionage movies yet. reading your post makes me want to watch some of these awesome movies. I'll check them out. Thank you for sharing, Farhana.

    ReplyDelete
  10. Wah best! thanks for sharing this list, i memang minat filem bollywood and some i dah tengok juga.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.