ASTRO ORIGINALS BAWAKAN KEMASYHURAN, KEKUASAAN & PERGELUTAN KELUARGA BERPENGARUH MENERUSI ‘KUASA’ | “Penerbit Filem Box Office, Astro Shaw & Skop Productions Terbitkan Drama Siri Premium Pertama Bersama”  

Astro  Originals  mempersembahkan  drama  siri  premium  terbaru, KUASA  dengan  mengetengahkan  buat  pertama  kali  kisah  fiksyen  sebuah  keluarga  berpengaruh dalam  dunia  hiburan  yang  hidup  penuh  dengan  glamor,  kemasyhuran,  kerakusan  kuasa  dan pengkhianatan.  KUASA  menceritakan  kehidupan  sebuah  keluarga  penerbit  terkemuka  yang  amat berpengaruh dan hidup dalam kemegahan, bersama tiga orang anak yang bakal mewarisi legasinya. Setiap ahli keluarga mempunyai agenda masing-masing demi menguasai empayar.  

Menariknya,  drama  siri  premium  ini  merupakan  hasil  kerjasama  dua  penerbit  filem  blockbuster dalam industri perfileman Malaysia, Astro Shaw dan Skop Productions. Kedua-dua penerbit ini acap kali bergabung dalam menghasilkan filem pecah panggung antaranya, Abang Long Fadil 2, KL Special Force,  Misteri  Dilaila.  Tidak  hanya  mendominasi  pentas  layar  perak,  keduanya  turut  meneroka platform Astro First dengan menerbitkan Penunggang Agama 1 & 2; dan bagi terus memperluaskan kuasa bersama, kini mempelopori drama siri premium. KUASA yang bakal menemui penonton mulai 11 April, setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 atau strim di platform Astro GO atau On Demand. 

“Pihak  kami  berasa  sangat  gembira  apabila  dapat  berpeluang  sekali  lagi  bekerjasama dengan  rakan  penerbit  Skop  Productions.  Bezanya  kali  ini  dalam  penerbitan  drama  siri  premium. Melihat sambutan drama premium Astro Originals terdahulu menerusi Kampong Pisang Bersiri-Siri, Projek: Anchor SPM, I-Tanggang dan Dukun Diva, kami percaya jalan cerita yang segar dan kualiti produksi  yang  tinggi,  mampu  memberi  kepuasan  berbeza  kepada  penonton.  Begitu  juga  dengan KUASA, yang mana tema utamanya adalah kekeluargaan yang merupakan subjek universal, tetapi isu yang dikupas berlegar tentang industri perfileman, kerakusan kuasa, sabotaj dan kemasyhuran. Jadi,  kami  harap  KUASA  dapat  mencipta  kejayaan  tersendiri  dan  sekali  gus  menjadi  sebahagian perubahan dalam industri hiburan Malaysia.”  - Naib  Presiden,  Perniagaan  Melayu  Nusantara  &  Ketua  Astro  Shaw,  Raja  Jastina  Raja  Arshad

Siri  genre  drama,  jenayah  dan  romantik  ini  telah  diarahkan  oleh  Kroll  Azry  yang  sebelum  ini mengarahkan  drama  bersiri  yang  tercalon  menerusi  Drama  Siri  Terbaik/Telefilem  Untuk  Pasaran Tempatan Asian di Content Asia Award 2020 iaitu ‘Black’, ‘KL Gangster Underworld 2’, filem Pekak dan banyak lagi. Manakala idea asal Kuasa adalah daripada Shamin Yusof.    

Mewakili Skop Productions & Idea Asal KUASA, Shamin Yusof melahirkan rasa terujanya apabila drama  siri  premium  KUASA  akan  menemui  penonton  tidak  lama  lagi.  “Saya  dibesarkan  dalam keluarga  seni  dan  sering  didedahkan  khususnya  dengan  industri  perfileman  melalui  papa.  Tidak dinafikan  sedikit  sebanyak  ia  telah  memupuk  minat  yang  mendalam  untuk  mengikut  jejak  papa. Mungkin berbeza dengan abang dan adik saya yang lebih cenderung kepada pengarahan, dan saya lebih  berminat  dalam  selok  belok  penerbitan.  KUASA  adalah  idea  asal  pertama  saya  yang  akan dipersembahkan kelak, dan ia tercetus apabila melihat tiada lagi naratif sebegini ditonjolkan, dan saya  yakin  ia  sesuatu  yang  menarik  untuk  dikongsikan  bersama  penonton.  Saya  juga  ingin mengucapkan terima kasih kepada Astro Shaw kerana meletakkan kepercayaan pada saya dalam merealisasikan idea ini ke dalam bentuk drama siri premium.”  

Kuasa  membariskan  gabungan  pelakon  senior  dan  baru  seperti  Nazim  Othman,  Nadia  Brian, Ridzuan  Hashim,  Ning  Baizura,  Dazrin  Kamarudin,  Izzy  Reef,  Nia  Atasha,  Alicia  Amin,  Syanie Hisham dan Azri Iskandar.  Saksikan KUASA yang bakal ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam, bermula 11 April  ini.  Anda  juga  boleh  strim  di  platform  Astro  GO  atau  On  Demand.  Ikuti  info  dan  klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw. 

SINOPSIS KUASA 

Selama 35 tahun di dalam industri, Tan Sri Dhameer telah membina sebuah empayar terbesar  dalam industri hiburan  dengan syarikat Wira Entertainment. Bermula daripada menghasilkan filem-filem tempatan, musik kemudiannya platform pelaburan dan juga menubuhkan yayasan. Drama siri premium hasil kerjasama Astro Shaw dan Skop Productions ini menceritakan tentang  kisah  keluarganya  dan  tiga  anaknya,  Darius,  Delilah,  dan  Dharma yang  merebut  untuk  menjadi  waris tunggal syarikatnya. 

Tan Sri Dhameer cuba untuk mendidik anak-anaknya bahawa terdapat musuh yang jauh lebih besar yang perlu mereka atasi daripada keluarga mereka sendiri. Adakah dia akan berjaya? Adakah ketamakan yang akan menjadi punca kejatuhan empayar beliau? Adakah darah lebih bermakna daripada wang? 

TRAILER RASMI KUASA


Cinnamon Rolls Cinnabiscoff, SabbyIsBaking


Dah lama nampak Cinnamon Roll Cinnabiscoff dari SabbyIsBaking lalu dekat timeline Instagram sampai jadi teringin nak merasa. Kebetulan ada konsert percuma B.I untuk support warga Ukraine, I pun macam why not order something sweet sambil tengok masa konsert nanti kan?

Masa order ni memang stok cinnamon roll ada sebab Sabby tak busy dengan tempahan lain so yeayyy! Satu box ni RM20.00 untuk 4pcs cinnamon roll dan saiz dia sebesar tapak tangan. Nampak mcam kecil tapi bila makan rasa kenyang sebab bun dia mampat. Price-wise for me, I guess it's cheaper or maybe I can say affordable lah for a dessert. Sabby tambah RM5.00 untuk delivery charge sebab rumah dia dekat je dengan rumah I. Kalau guna Lalamove lagi mahal dari charge dia. 


Kalau close up nampak la melimpah milk frosting dekat bahagian atas tu. Presentation is everything and I love what Sabby did in here. Bila makan tu terasa gabungan roti yang lembut, salutan Lotus biscoff dengan milk frosting. Tapi memandangkan CinnaBiscoff ni adalah pencuci mulut, makan sebiji pun dah penuh perut. Nasib baik Sabby confirmkan nak berapa pcs sebab I punya lah tamak nak beli banyak masa tu. 

Anyway thanks Sabby for the buns! 

Pertama Kali Merasa Buah Kumquat

Wednesday, 30 March 2022

 

Minggu lepas masa tunggu lunch siap ditapau, I dengan Ms Fisah pergi mencari buah dekat Fruit Lab. Kalau dekat Citta Mall, dekat sini je lah pilihan yang ada untuk beli buah potong. Masa tu ingatkan nak beli buah strawberry tapi bila potong nampak macam tak syok untuk dimakan je so I ambik lah Mixed Fruit ni. Satu cup RM5.00 dengan potongan buah epal fuji, epal hijau, buah lai, kiwi, oren, buah naga dengan dua biji buah kumquat. 

Ms Fisah : Yang warna oren tu buah apa?
Seller : Buah Kumquat dari China.
Ms Fisah : Hah? Kumat?


Awal tu kitorang ingat buah kundang tapi bentuk tak macam kundang sebab buah tu tak lah bulat dan berkulit keras macam ni. Bila Google rupanya kumquat. Seller tu insist supaya kitorang beli sebab dia kata buah kumquat ni bagus. Ramai orang China suka makan sebab khasiat dia banyak. Buah dia boleh makan sekali kulit. Dia macam buah limau tapi dekat dalam tak ada limau. 

Kitorang macam eh? jugak lah masa tu sebab tak faham. Sebab kitorang blur kemain lah dia suruh beli jugak untuk rasa. I makan satu, Ms Fisah makan satu. Bau dia macam buah limau tapi boleh makan dengan kulit lepastu dekat dalam tak ada pulp limau pun. Kalau ada pun sikit dan tersangat kecil. Rasa dia okay lah tapi kalau makan banyak mungkin macam kelat sikit kot. 

Khasiat buah kumquat ni lebih kurang macam buah oren lah sebab dia pun tergolong dalam buah citrus jugak. Tapi kalau makan sebiji je kekdahnya nak dapat benefit sama level macam orang lain ye dak? Lepas ni kalau jumpa boleh beli lagi. 


Bila scroll Twitter rajin betul aiskrim perisa baru dari La Cremeria ni lalu-lalang sampai I hilang pedoman. Tengah musim panas macam sekarang ni memang menggelupur lah tekak nak rasa. Nak pulak perisa baru ni perisa chocolate brownies sebab brownies antara fav desserts lah. Turun pergi 7E tak ada lagi. Hampa betul rasa. Lepas tu kawan bagitau ada dekat Family Mart terus pecut pergi sana. 



Masa tengok perkataan seasalt tu macam dah boleh agak akan kecewa sikit sebab I tak suka kemasinan yang dibawa tu tapi siapa tahu kombinasi ni akan jadi sedap kan? Tak cuba, tak tahu ye dak? Harga untuk sebatang aiskrim cantik dalam packaging berwarna ungu ni around RM4.00 macam tu tapi depends dekat mana dijual lah. Kalau mini mart have have naik lah sikit harga dia. Kalau beli dekat stesen minyak pun melebur lah sikit duitnya. 

Sembang pasal packaging dia, dah lah cantik warna ungu which is my favorite color haha so a bit bias lah ek, packaging dia pun mesra alam sebab diperbuat dari kertas. Coating luar aiskrim ni agak tebal which obviously you guys can see from the picture below. Lepastu dia ada benjolan brownies dengan taburan seasalt. Dekat bahagian dalam ada aiskrim coklat. Tu je lah nak cerita. 


Rasa dia mengecewakan, bukan sebab seasalt tapi sebab brownies fudge tu tak banyak. Sebelum ni I memang selalu beli aiskrim Wall's Selection Choco Almond Fudge sebab brownies dia terasa benar bila makan. Mahal pun tak kisah sebab sedap. Bila makan tu terasa aiskrim coklat, kacang dengan brownies dekat dalam mulut. Tapi bila makan Chocolate Brownies Fudge With Seasalt La Cremeria rasa macam makan coklat yang masin. 

Tak berbaloi masa, tenaga dan wang I untuk beli lagi lepas ni. First and last lah merasa perisa baru La Cremeria and I will stick with Wall's Selection Choco Almond Fudge until further notice. Dangggg!

Balinese Duck Indo Mee, Halaroastduck by Duckout @ kEATchen

Tuesday, 29 March 2022

Sebelum ni dah pernah makan menu Balinese Duck Rice so kali ni nak merasa Balinese Duck Indo Mee pulak sebab tak nak makan berat sangat. Indo Mee just nice lah kan. Harga untuk satu set Balinese Duck Indo Mee dalam RM22.90 tak termasuk delivery charge. 


Lebih kurang sama dengan set nasi itik Bali, dalam set ni pun ada tauhu bergedil itik, tempe goreng pedas, itik BBQ, Indo Mee, sambal terasi, sambal kicap dengan sup lobak putih. Beza dekat bahan utama, sup dengan sambal je lah kot. Yang lain sama je. Beria lah cakap tak nak makan berat sangat padahal makan dua tauhu bergedil tu pun dah boleh kenyang. 

Terseksa lah jugak nak habiskan Indo Mee sebab mi dia dah terendam dalam kicap. Macam makan mee bodo pun ada. Tak syok betul takde sayur ni. Terasa benar kosongnya. Makan set ni kena hati-hati sebab tempe dia pedaas betul tapi yang sedapnya kali ni tak goreng garing sangat macam sebelum ni. 

Overall I happy lah dapat rasa menu ni tapi kalau lepas ni dah tak nak order dah sebab mi segera dia terasa kosong sebab tak ada sayur. Lepas ni nak try beli set tauhu bergedil itik dia pulak hehehe