Sarapan Pagi Di Warong Nasi Lemak Klasik, Kampung Subang Baru

Thursday, 16 July 2026


Bulan lepas ternampak dekat Threads owner restoran ni update pasal kedai dia menggantikan Nasi Lemak Teh Tarik. Interior dia masih sama cuma bertukar owner jadi menu makin bertambah lah dari sebelum ni yang fokus dengan nasi lemak semata. 

Tertarik nak makan dekat sini sebab ada Roti Titab. Seumur hidup belum pernah cuba lagi Roti Titab, kenal menu ni pun dari video Jason makan roti titab dekat mana entah. I tak letak expectation tinggi pun sebab ada kaya dan I tak gemar sangat dengan kaya. Kalau ada roti inti kaya dengan roti kosong, I akan makan roti kosong. 

Nak order dekat sini renyah sikit sebab kena pakai QR so kalau tak ada internet atau mobile data macam I memang kena menumpang family punya. Kalau gerak solo memang I start enjin kereta pergi makan tempat lain. Lagi moody bila tak boleh remove item sebab dah add to cart nak makan nasi lemak lepastu rasa nak makan mee kari. Tapi reda je lah sebab tak boleh tukar menu. 


Kitorang order Nasi Lemak Sambal Paru, Nasi Lemak Rendang Kerang, Nasi Lemak Sambal Sotong dengan Roti Titab. Banyak kan nasi lemak? Sebab tu nak tukar menu kepada mee kari tapi dah terlajak order memang tak boleh undur dah 😐


Roti Titab dia warna kuning sebab dia sapu marjerin dan bakar. Rasa roti dia rangup, makan dengan telur separuh masak terasa sedap dia cuma I buang 2 sudut kaya sebab tak nak banyak sangat. Kaya dia kaya dalam tin bukan homemade. Not a fan of kaya so jangan tanya okay ke tak. 

Yang pastinya marjerin dia banyak sampai rasa tu mengganggu. I lagi suka kalau dia sapu butter. Lagi wangi dari marjerin. Mungkin I boleh buat sendiri lah kot ek menu ni dekat rumah. 


Nasi lemak dia biasa je untuk harga belas ringgit. Sambal dia not bad, tak pedas sangat, tak manis sangat. Sambal paru dia a big no sebab dia goreng lepas rebus. Ada yang rasa macam keropok, ada yang liat. Tak pasti lah kalau dia goreng balik paru yang tak habis hari sebelumnya. 


Sambal sotong dia okay lah, tak masin. Rendang kerang pun okay je. I memang takkan datang sini dah sebab teh tarik dan teh ais dia pakai teh thailand so warna je lebih, rasa ceroi. Kenapa eh restoran sekarang suka guna teh tu? 

Makanan dia okay je, not bad lah tapi untuk harga belas-belas ringgit sepinggan, I would rather bungkus nasi lemak tepi jalan dekat area rumah sebab lagi sedap. Kalau yang belum try, boleh singgah makan breakfast dekat sini, parking pun senang dapat, service okay jugak. 


Warong Nasi Lemak Klasik ni ada juga jual menu makan tengahari selain breakfast. Menarik kari kelapa salmon tu tapi sebab gambar dia guna AI, tak jadi lah nak try makan. 

6 comments

  1. Nampak menarik nasi lemak dia punya nasi.. nampak moist lemak-lemak gituhh.. tapi biasa tu sebab takde rasa lemak ke? Sis suka yang rasa lemak dan kalau ada halba lagi sedap

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap dan menyelerakan.

    ReplyDelete
  3. Paru dengan kerang tu nampak sedap ya.

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap, menu johor tu banyakknya. Kari kepala salmon la pana akak dok baca... kari kepala salmon ke kelapa salmon hehehhe

    ReplyDelete
  5. sebab tu kadang2 ammi tak suka makan di restoran yang hype sangat...harga melangit tapi taste wise hmmm gitu2 je

    ReplyDelete
  6. Macam mana tak boleh remove yaaa. Selagi belum confirm BUY, harusnya masih biss tukar menu kan. Mereka harus fix lah system nya.

    Tp sayang juga rasa makanan masih banyak kekurangan. Saya suka sebenarnya nasi lemak sambal paru. Tp kalau paru tak konsisten ada yg liat ada yg rangup, makannya pun agak malas 😅😅.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.