Nasib Malang Berbau Kopi

Monday 23 May 2022

Khamis lepas order breakfast guna Grab sebab dah jelak makan sandwich dekat Family Mart. Lagipun perut masa tu macam sebu jadi nak makan yang sup je lah. Teringin nak makan croissant Starbucks tapi semalamnya baru je makan. 

Belek punya belek dekat Grab tu order lah Hor Funn dekat Old Town dengan iced white coffee sekali. Sementara tunggu tu check email dengan siapkan kerja yang tergendala semalamnya. Bila Grab rider sampai, dia sebut nama Farhana which is me so I ambil je lah tapi macam pelik kenapa dekat bungkusan tu ada logo San Francisco. 


Bila tengok resit, nama dia Ray lengkap details menu yang dia order dekat San Francisco Coffee. Nak kata chambering student Ray yang belanja I macam pelik jugak sebab I tak ada tolong dia buat kerja langsung. Last I contact dia dua minggu lepas. Kalau dia belanja I pun kenapa details sangat apa yang dia order ni kan?

I call rider tanya dia kenapa order I San Francisco bukan Old Town lepastu dia baru tersedar yang dia salah hantar. Sepatutnya makanan Ray ni dekat unit sebelah. Then okay lah, tukar je lah kan? No big deal lah sebab benda boleh settle. 

Tapiiiiii haihhhh rider Grab tu datang jumpa I balik lepastu bagitahu si Ray ni dah makan makanan I and I was like whyyyyy??? Dah la restoran berbeza, makanan pun berbeza then kenapa dia makan ek? Lapar sangat ke sampai tak boleh tunggu isu ni settle dulu? Selekeh gila perangai dia. Dah la tak call minta maaf ke apa. 


Jadi nak marah sebab I tak suka kopi dari San Francisco Coffee, dah la dia order Vanilla Latte double shot espresso. Dah la kopi pekat lepastu dia request extra shot pulak. Sakit kepala lepas minum kopi ni padahal dah tambah secawan air masak. Walaupun I dapat croissant tapi SFC ni memang bukan franchise yang digemari lah. Macam merepek je buat croissant egg mayo tapi bila makan scrambled eggs dia berterabur. Siapa la yang cerdik sangat masukkan scrambled egg bukannya telur goreng biasa. 

Muhasabah diri betul bila makan tu sebab I memang nak croissant at the first place tapi I order yang lain sesuai dengan maslahah dan keadaan diri masa tu tapi takdir pertemukan jugak dengan croissant dari tempat yang I tak suka dan datang dalam keadaan yang I tak suka. Macam tu ke jodoh I nanti like yewww hmmm noooo :'(

7 comments

  1. yg orang sebelah tu kenapa.. dah tahu food salah, why nak makan pulak..kite pulak jd panas

    ReplyDelete
  2. Eh, melampau la Ray tu.. jauh no beza hor fun dengan croissant tu.

    ReplyDelete
  3. Ray dah lapar sangatlah tu
    Salahkan budak grab tulah

    ReplyDelete
  4. Jika salah order, better jangan makan dahulu , huhu. jeng kreng

    ReplyDelete
  5. mmg betul la tu si ray kelaparan.. mkn pon xtgk kiri kanan dh..
    sabar jela! huhu..

    ReplyDelete
  6. uish jiran farhana tu pun.. laju aje dia makan makanan tu ye. takkan tak tahu hak org lain adehh

    ReplyDelete
  7. Aduh.. Selalunya bila tgk order salah, kita akan check ini boleh pula dia pergi bedal.. Kelaparan sangat si Ray tu..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.