Drama Villa Kristal | Memang Panas, Penuh Skandal!
Sunday, 6 March 2022
Pengarah: Kabir Bhatia, Jason Chong
Penulis Skrip: Hadi M. Nor, Honey Ahmad, Maizura Ederis, Zuli Ismail, Faten Syamimie, Siti Jasmina Ibrahim
Pelakon : Mimi Lana, Mawar Rashid, Jasmine Suraya, Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Alvin Wong, Nazrief Nazri, Fadlan Hazim, Maria Farida, Sherry Ibrahim
Genre : Komedi
Rangkaian: WeTV
Episod: 12 episod
Tarikh Tayangan: 4 Mac 2022
Minggu lepas I tertarik untuk layan drama baru terbitan WeTV Originals, Villa Kristal. Baru episod 1 dah tak sabar nak tengok next episode! Konsep drama yang berkisar kekasih gelap ni tampil dengan tema yang segar, fun dan panas dengan skandal dari setiap watak utama. Boleh kata naskhah komedi ni berbeza dengan drama-drama yang ditayangkan sebelum ni. Jarang pengarah nak paparkan kisah dari perspektif madu atau kekasih gelap tanpa beri elemen simpati yang mendalam pada isteri pertama. Barisan pelakon yang mantap dengan sinematografi cemerlang antara penarik utama drama Villa Kristal.
Episod pertama drama Villa Kristal bermula dengan monolog Hani (Mimi Lana) memperkenalkan diri sebagai novelis dan misi dia membongkar sarang elit. Hani menyamar sebagai menantu seorang ahli politik untuk mencungkil kehidupan peribadi Rose (Mawar Rashid), isteri kedua Ustaz Adib (Nazrief Nazri) yang disorok di Villa Kristal.
Demi mencari bahan sensasi untuk novelnya, Hani beli seunit rumah dari Azhar (Ucop) dan berbaik dengan semua penghuni di situ untuk mencungkil cerita tentang Rose bagi plot utama dan isteri kedua ataupun perempuan simpanan sebagai plot tambahan. Kelas yoga kelolaan Angel (Jasmine Suraya) menjadi titik permulaan kepada dia untuk bertemu dengan Rose. Tak semudah yang disangka, Rose cuba mengelak untuk bermesra dengan Hani.
‘That’s Rose. Dulu dia famous berlakon dalam drama 300 episod rasanya. Suamiku Dot Dot kot. Lepastu dia kahwin dengan ustaz reality show terus sendu, ke laut dalam.’ - Azhar
Hani juga berjumpa dengan Diana, wanita bekerjaya yang berjaya tapi hauskan cinta sejati. Katanya bukan salah dia kalau lelaki tersebut berstatus suami orang. Rupa paras yang cantik memudahkan dia untuk tawan hati Idris. Jackpot kepada Hani dapat berjumpa dengan orang yang tepat dalam masa yang singkat. Memang pilihan yang tepat untuk santai dengan drama Villa Kristal sebab jalan cerita Episod 1 dah panas dengan adegan skandal terutamanya dari watak Angel dan Bin Bin. Tak sangka Jasmine Suraya berani keluar dari zon selesa dan watak klise.
Pertama kali Kabir Bhatia tampil dengan naskhah yang santai hasil kerjasama pengarah Jason Chong dan barisan penulis untuk wujudkan drama Villa Kristal. Tak mudah untuk layan cerita golongan yang tanpa segan silu mengganggu rumahtangga orang tanpa rasa geram. Tambah pula zaman sekarang makin ramai yang pilih untuk hidup mewah dengan cara yang singkat. Tengok perangai watak Diana dengan Rose cuba justify diri masing-masing ataupun mengeluh dengan nasib pun dah berpusing biji mata.
Semua orang pun sedia maklum tentang wanita yang disorok di apartment mewah tapi tak ramai yang tahu bagaimana kehidupan peribadi mereka. Luar nampak bahagia tayang dekat social media walaupun dilabel sebagai perampas tapi dilema yang ditanggung semuanya disorok dari orang luar. Penceritaan yang santai dan menghiburkan adalah pilihan yang tepat untuk menarik penonton menyelam kehidupan mereka yang memilih jalan tersebut.
Sinematografi yang dipaparkan dengan cantik, props yang bersesuaian dengan citarasa dan identiti setiap watak, ditambah pula dengan music score yang flirty dan nakal menaikkan mood dan impak pada penceritaan drama Villa Kristal. Montaj untuk intro setiap episode sesuai dengan vibe drama komedi ni. Boleh kata macam filem chick flicks Pisau Cukur. Vibe yang sama dan mengangkat mesej yang sama.
Selain dari nama pengarah yang tersohor di dunia perfileman, barisan pelakon pun mantap. Pertama kali tengok Jasmine Suraya berlakon watak kepochi, nampak dia selesa dengan watak Angel sebab dia pun macam tu in real life (Jasmine yang beritahu sendiri dalam Cast ID). Fresh haircut, sexy, mood swing, kepochi antara karakter Angel so no wonder lah kalau senang sangat terhibur bila dia muncul. Facial expression dia on point masa scene Hani bagitau FIL dia boleh tutup villa ni kalau Idris tak nak bekerjasama. Mawar Rashid sesuai sebagai Rose, selebriti cantik dan mudah dimanipulasi oleh suami dan Diana yang cuba mencari cinta pada Idris yang sudah berpunya.
Dekat intro scene Hani ada sebut yang dia mempunyai mak tiri jadi perspektif Hani pun sama macam orang kebanyakan yang menganggap wanita simpanan sebagai perampas dan perosak rumahtangga. Tapi bagaimana rasa benci yang mendalam tu bertukar kepada persahabatan lantas beri makna baru kepada kesemua wanita ni, kena tengok sendiri lah secara percuma setiap Khamis dan Jumaat jam 8 malam! PERCUMA & eksklusif di apps WeTV ataupun di laman web WeTV, wetv.vip!
Istimewa untuk pengguna WeTV VIP, anda boleh menonton drama komedi Villa Kristal 2 episod lebih awal dari pengguna biasa. Jangan terlepas perkembangan terbaru drama Villa Kristal di semua media sosial WeTV:
Facebook : WeTV Malaysia
Twitter : @wetvmalaysia
Instagram : @wetvmalaysia
Drama Review | The Fame Game (2022)
Saturday, 5 March 2022
Siri terbaru dari Dharmatic Entertainment bertemakan kehidupan glamor seorang superstar, Anamika Anand (Madhuri Dixit) yang berada dalam Bollywood selama 20 tahun. Yang orang nampak adalah kehidupan glamor seorang superstar, kemewahan dan kehidupan yang sentiasa dipuja dan disayangi peminatnya. Namun tak semua tahu berapa banyak kisah duka terpaksa ditutup dengan senyuman. Tak semua nampak kesan dipukul suami ditutup dengan makeup tebal. Hidup diatur oleh keluarga, produser, investor malah peminat sendiri.
Dalam drama sebanyak 8 episod ni diceritakan dengan jelas penderitaan yang ditanggung oleh Anamika sejak kecil lagi. Dipaksa berlakon untuk sara keluarga dan perkara ni memang berlaku dalam realiti macam mendiang Sridevi, Rekha, Jayalalitha, Madhubala. Masa tengok babak Vijju kena paksa berlakon tu rasa sedih sebab umur tu dia patutnya pergi belajar atau main dengan kawan-kawan dia. Lata cakap bila Vijju dah besar dia boleh buat ikut suka dia tapi cakap mulut je lah. Hakikatnya dia tetap kena control.
Bila Anamika hilang baru semua orang buka mata dan nampak macam mana kehidupan dia yang sebenar. Sedikit demi sedikit rahsia keluarga bahagia ni terbongkar. Inspektor Shoba Trivedi (Rajshri Deshpande) yang awalnya menyampah dengan Anamika akibat status dan populariti mula rasa simpati bila tahu kehidupan glamor tu.
Penceritaan The Fame Game pun menarik dengan elemen misteri yang dimasukkan sampai kita jadi syak dengan semua orang yang rapat dengan Anamika. Menangis jugak lah bila dapat tahu semua orang dalam hidup dia tak boleh dipercayai. Masa Anamika menangis bila tahu rencana kotor suami (Sanjay Kapoor) dan mak dia (Suhasini Mulay) ataupun masa Billy (Kashyap Shangari) minta kamera. Screenplay bagus tonjolkan kekuatan lakonan Madhuri sebagai Anamika. Dari awal sampai habis invested teruk dengan watak Anamika ni.
Ada juga part yang macam susah nak hadam bila Anamika buat keputusan untuk keluar dari hidup Manish (Manav Kaul) sedangkan dia dah yakin nak hidup bersama di London. Kalau jadi dia dah buang semua, hantar Avi (Lakshvir Saran) ke New York then hidup bahagia dengan Manish. 20 tahun terseksa sebab ketamakan orang lain.
Selain kisah hidup Anamika, ada juga penulis masukkan dissing scenes kepada Bollywood sebagai subplot. Masa Nikhil mentioned Bollywood sekarang nak heroin muda pair dengan hero berumur, masa Anamika perli Jaslyn dekat red carpet, kes casting couch dan Amara meroyan tak dapat berlakon lepas ujibakat. Mungkin Karan Johar nak bagitahu yang dia bukan flag bearer of nepotism macam Kangana labelkan tu haha
Manoj Kumar Khatoi did a great job as cinematographer for this drama. Ada scenes digambarkan dengan penuh emosi melalui camera angle dan lighting yang bertepatan dengan kehendak scenario tersebut. Peralihan antara flashbacks dan babak sekarang pun dipaparkan dengan cemerlang. Kebanyakan masanya terpukau dengan kecantikan Madhuri dalam persalinan yang disediakan oleh wardrobe team. Perasan ada dress atau lehenga dari designer Anamika Khanna, Manish Malhotra, Falguni Shane and Peacock, semua cantik-cantik!
Walaupun drama The Fame Game ada beberapa kelemahan pada plot dan beberapa watak yang perlu dikembangkan atau pace yang sengaja diperlahankan untuk elemen drama namun banyak mesej yang boleh kita dapat. Yang paling kuat sekali adalah mental health bila ada babak Avi juga Anamika sendiri perlu keluar dari dilemma hidup mereka sendiri. Selagi diorang berdua tak kawal dan sayang diri sendiri, selagi tu lah orang luar akan memanipulasi keadaan.
Ada yang menyampah part LGBTQ yang dimasukkan but personally for me, plot tu bagus untuk munculkan konflik yang berkait rapat dengan taboo dalam masyarakat Asia. Boleh nampak kenapa Nikhil mengamuk sakan bila tahu. Lebih menarik juga kalau penulis masukkan lebih banyak manipulative scenes dari Aai biar mendalam sikit rasa kesian pada Anamika. Bertubi masalah datang sampai meletus gunung berapi.
Madhuri Dixit buat yang terbaik untuk web debut dia sebagai Anamika sampaikan I terlupa yang I nampak depan mata masa tu adalah kisah hidup Anamika Anand dan bukannya Madhuri Dixit. Chemistry dia dengan Manav Kaul pun menarik untuk ditonton padahal fresh pairing, tak rasa kekok langsung walaupun ada seniority gap. Happy bila tengok Anamika bersinar mata bila tengok Manish. Orang buta je tak nampak diorang bercinta.
Masa Madhuri dengan Sanjay pulak boleh nampak kecanggungan tu sedangkan dulu antara best onscreen jodi. Bukan sebab both tak selesa tapi sebab watak diorang yang perlukan rasa canggung dan dingin dalam beberapa babak bersama. Bonding Madhuri dengan Lakshvir sebagai ibu dengan anak pun nampak meyakinkan. Bila dah tahu rahsia diorang berdua baru tahu kenapa Anamika sayang lebih dengan Avi. Sampai tahap dia sanggup korbankan sesuatu supaya Avi bahagia.
Ending dia buka possibility untuk Season 2 and I really hope Karan Johar setuju untuk sekuel sebab nak tengok Anamika nak lempang Amara tak haha