Showing posts with label Interview. Show all posts
Showing posts with label Interview. Show all posts

Project High Council Adalah Suara Untuk Melawan Penindasan - Naim Daniel

Thursday 16 March 2023

Mencapai 1 billion hashtag di platform TikTok, Naim Daniel menyifatkan drama Project High Council sebagai satu fenomena yang positif buat industri tempatan. Naim bersyukur dapat bekerja dalam karya yang membariskan nama-nama yang hebat. 

"Harapannya agar semua penonton dapat merasakan semua emosi dari Episod 1 hingga Episod 9. Pengajarannya tidak terhenti di High Council sahaja, tapi bawa segala moral dan siri teladan itu dalam kehidupan kita sepanjang zaman. Naluri kita sebagai manusia adalah untuk melindungi jadi kita cuba sedaya-upaya untuk ceritakan apa realiti yang terjadi namun tak dibincangkan. Buli dalam bentuk buli fizikal atau buli siber banyak terjadi tapi suara itu tak didengari."

"Saya so far, alhamdulillah tidak pernah mengalami sebarang bentuk buli dan macam watak Ayam juga, saya buat hal sendiri sahaja sampai habis sekolah. 

Pelakon juga penyanyi terkenal, Naim Daniel tidak keberatan sekiranya para peminat memanggil dengan nama watak Ayam yang dijayakan dalam drama Projek: High Council (PHC).

Menurut Naim panggilan tersebut adalah tanda penghargaan selain membuktikan watak tersebut meninggalkan impak kepada penonton. Naim juga berterima kasih kepada peminat yang mengangkat naskhah Project High Council ke tahap ini. 

“Mungkin selepas ini boleh tukar nama dalam kad pengenalan kepada Ayam sebab ketika ini itulah nama panggilan saya. Semua itu perkara baik sebenarnya sebab saya percaya itu tanda apresiasi peminat terhadap hasil kerja kita. Sebagai anak seni, saya akhirnya melihat orang di luar sana terkesan dengan gerak kerja kita. Jadi, saya bangga untuk katakan, tidak kisah orang nak panggil nama Ayam sampai bila-bila,” ujarnya.

Drama terbitan Astro, Projek High Council membariskan pelakon-pelakon muda seperti Nadhir Nasar, Naim Daniel, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Yusof Hashim, Daiyan Trisha,Fadhli Masoot, Fazziq Muqris dan ramai lagi.