PROMOSI HARI GAJI GSC, NIKMATI RM5 OFF UNTUK TIKET CHELOT! | Dapatkan Sekarang Dan Saksikan Chelot Di Pawagam Sebelum Terlepas!
Bersempena Promosi Hari Gaji GSC, GSC menawarkan RM5 OFF untuk tiket CHELOT menerusi pembelian di Aplikasi GSC dari 25 hingga 27 September 2026.
Bagi yang ingin kembali menikmati aksi dan debaran CHELOT, inilah peluang untuk mengajak keluarga serta rakan-rakan menonton bersama dan menyaksikan filem arahan Adrian Teh di layar perak pada harga lebih istimewa.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket CHELOT dan terus menyokong filem tempatan yang masih ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia
Primeworks Studios, selaku Rakan Pemasaran bagi CHELOT, mengajak anda untuk terus mengikuti perkembangan terkini filem ini dan berkongsi keterujaan menerusi tanda pagar #CHELOT.
Menarik juga promosi payday GSC ni, dapat jimat RM5 untuk tiket CHELOT 😊 Bolehlah ajak keluarga atau kawan-kawan sambil beri sokongan kepada filem tempatan.
ReplyDelete