Movie Review : Clickbait

Monday 22 July 2019


Director : Sophia Cacciola, Michael J. Epstein
Writer : Jeremy Long, Michael J. Epstein
Cast : Colby Stewart, Brandi Aguilar, Seth Chatfield, Jannica Olin
Production Company : Launch Over
Distributor : itn distributor
Genre : Comedy /Horror /Thriller
Running Time : 80 minutes
Release Date : 18 June 2019 (USA)
Trailer :



Tak tahu lah macam mana boleh tengok movie ni, mungkin tengah cari movie comedy and this one agak tinggi tau rating dia tapi entahlah I think I should stop randomly cari movie English sebab kebanyakannya tak best. Sama la macam tagline movie ni, think before you click. I tekan play dan I menyesal.


Movie tentang kegilaan college student dengan streaming apps, Str33ker macam Youtube lah untuk stay relevant. Setiap masa memang priority Bailey (Colby Stewart) ialah dapatkan flash tertinggi dengan bantuan Emma (Brandi Aguilar) sebagai cameraman dia.


Minggu tu rating dia jatuh sebab kawan dia, Laura (Jannica Olin) announce yang dia ada kanser and yes of course she got sympathy vote tapi Bailey tak rasa yang kawan dia betul-betul sakit pun. This scene actually relate dengan daily life kita sebab netizen tak kisah pun about your life, they’re just pretending to care until it was too late.


Kemuncak cerita ni bila Bailey dengan Emma diserang stalker yang bukan je ada access untuk masuk ke kawasan halaman rumah tapi boleh masuk ke dalam rumah sebab kunci Bailey terjatuh. Sakit hati tengok cerita ni bila ada iklan yang annoying dan Bailey is totally dumb!


Bila orang dah mampu masuk rumah kita, first thing kita buat ialah kita akan report polis sebab stalker dia upload video kawasan rumah Bailey & Emma masuk dalam Str33ker. Bailey taknak buat report sebab dia tak cederakan sesiapa and yes of course sebab dapat flash tinggi.


Makin lama makin melampau sampai Bailey kena culik. Detektif Frank Dobson (Seth Chatfield) yang ditugaskan untuk kes Bailey dan Emma pula sama level je annoying. Urgghhh!


Jalan cerita dia boleh pergi jauh tapi bila ada sesetengah scene memang try hard sangat nak jadi kelakar, dia jadi annoying tambah pula bila ada iklan bodoh sampai hilang mood. Tak tahu apa purpose atau motif iklan tu. Mungkin sebab nak highlight yang ramai akan promote iklan produk murahan as long you can get it for free.


But still ada beberapa scene yang I suka especially scene Bailey dengan Emma keluar makan pagi buta pastu sembang pasal friendship diorang. Bukan senang nak dapat kawan yang boleh terima buruk baik kita walaupun Bailey ni sejenis bimbo dan annoying habis.


For me Colby Stewart boleh pergi jauh sebab lakonan dia agak bagus tapi mungkin juga sebab watak dia senang. Though ada some scene yang best dan banyak menang award dekat film festival, I don’t recommend you guys to watch this pun sebab ada movie yang jauh lebih baik boleh present social message tentang social media addiction in daily life.

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 4.7/10

1 comment

  1. Memang ngeri kalau tersalah klik filem.. hehehe.. pernah juga jadi macam ini.. hehehe..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.