SENTUHAN TERKAHIR ALLAHYARHAM MAMAT KHALID, KAMPONG PISANG BERBUAH DUA KALI BERSEDIA LUASKAN GELAK TAWA DI PAWAGAM TANAH AIR BERMULA 18 MAC 2022 | ‘Selepas 4 Tahun, Kampong Pisang Universe Kembali Di Layar Perak’

Filem sentuhan terakhir Allahyarham Mamat Khalid, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali mendominasi carta no 1 Astro First minggu ini. Kini filem komedi seram ini bukan sahaja terus menghiburkan penonton di Astro First, tetapi dalam masa yang sama bersedia temui peminat dan penonton di panggung wayang terpilih seluruh Malaysia bermula 18 Mac ini dalam tempoh terhad. Ini menyaksikan kali pertama setelah empat tahun Kampong Pisang Universe ditayangkan di panggung wayang menerusi filem komedi seram no 1 negara, Hantu Kak Limah. 

Filem arahan pengarah Amen Khalid ini telah menemui penonton di platform Astro First bermula 3 Mac lalu dan menariknya, ia telah menerima sambutan baik, sekali gus berjaya meraih kutipan RM 1 juta dalam tempoh 6 hari. 

“Selaku penerbit, kami merasakan karya sentuhan terakhir Allahyarham Mamat Khalid ini seharusnya dinikmati menerusi platform berbeza yang menawarkan perspektif tersendiri. Jadi Astro Shaw mengambil inisiatif dengan membawakan filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali ke pawagam. Ini memberikan peluang buat para penonton untuk merasai kelainan dari sudut pengalaman sinematik, di samping merasai keseronokan bergelak-tawa bersama seisi keluarga mahu pun rakan-rakan di layar perak. Kami mengharapkan usaha ini sedikit sebanyak dapat memastikan karya sentuhan terakhir ini terus dihargai dan tersemat di hati kita semua. Sementara itu, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat pemamper TGV Cinemas di atas kerjasama dan sokongan penuh buat Kampong Pisang Berbuah Dua Kali di pawagam. Rentetan daripada sambutan baik di Astro First, kami yakin perkhabaran filem komedi seram ini di panggung wayang tentu menambahkan lagi keterujaan penggemar filem serta mengubat rindu buat mereka yang sukakan ‘feel’ pawagam.” - Raja Jastina Raja Arshad, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw


Mewakili TGV Cinemas, Ketua Pegawai Pemasaran TGV Cinemas, Mohit Bhargava berkata, “Sutradara Allahyarham Mamat Khalid telah meninggalkan legasi besar buat industri perfileman dan filem-filem sentuhannya banyak memberi kesan serta meninggalkan gelak-tawa kepada penonton Malaysia yang meliputi semua peringkat umur dan bangsa. Sebagai tanda penghargaan buat legenda hebat ini, TGV Cinemas memainkan peranannya sebagai pemamer dengan menyediakan ruang buat filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali agar ia dapat dinikmati oleh peminat dan penonton bersama insan tersayang dengan sinematik berbeza.” 

Pawagam terpilih yang akan menayangkan Kampong Pisang Berbuah Dua Kali adalah TGV Bukit Tinggi, Klang; TGV Kinta City, Ipoh; TGV Bukit Mertajam, Penang; TGV Tebrau City, Johor; TGV Mesra Mall, Terengganu; dan TGV Wangsa Walk, Kuala Lumpur.

Filem komedi seram kesukaan ramai terbitan Astro Shaw dan kerjasama produksi Enjit-Enjit Semut ini membariskan pelakon Kazar Saisi (Pak Din), Bell Ngasri (Barkoba), Aziz M Osman (Pak Jabit), Mat London (Pak Karim), Datin Padukan Eina Azman (Cik Mek), Azman Mantra (Cik Gerhana), Dewa Sapri (Cik Purnama), Ahmad Yassin (Yassin), Rasydan Zakaria (Adan), Nizam Mok Ram (MA Mok), Joey Daud (Daud M), Yeop Hitler (Manap Sengau), Rashid Othman (Faguha Jabar), Anis Nisham (Yati). 


Kisah kekecohan Kampong Pisang Berbuah Dua Kali bermula dengan kemunculan Cik Mek dan perkara aneh di Kampong Pisang telah mengganggu seluruh penduduk Kampong Pisang. Kejadian misteri turut berlaku pada Gerhana, iaitu adik kepada Cik Purnama sehingga menarik perhatian seluruh penduduk kampung. Dalam pada itu, Pilihan Raya Kecil diadakan di Kampong Pisang setelah kerajaan bertukar regu untuk kali ke 18  dan penduduk kampung berbahas semasa sendiri untuk kebaikan kampung mereka.  

Dapatkan tiket Kampong Pisang Berbuah Dua Kali di pawagam terpilih TGV Cinemas bagi menikmati sinematik pawagam bermula 18 Mac ini. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak. 

Bloglist Giveaway by Nurin Irsalina

Breakfast Dengan Dunkin's Donut

Awal pagi lagi Ms Fisah dah call ingatkan sebab ada pending documents ke apa sebab suara dia macam scary je rupanya dia nak tanya I nak tak Iced Latte. Gila ke tak nak? Mestilah nakkkkk!


Ni first time I minum kopi dari Dunkin's Donut sebab dekat area rumah atau office tak ada Dunkin's Donut. Kalau jalan-jalan dekat luar pun malas nak menyinggah sebab selalunya ramai orang. Dekat area rumah Ms Fisah ada satu outlet dia so boleh kata dia selalu menyinggah beli breakfast dekat situ. 


Cuak jugak masa nak try Iced Latte dari Dunkin's Donut ni sebab takut tak ngam dengan tekak tapi kalau tak cuba tak tahu, ye dak? First sip dah happy sebab sedap hehe so maknanya apa kawan-kawan? Maknanya kena beli lagi lepas ni. 


Bab makan pulak dah biasa dah dengan donat dari Dunkin's Donut ni sebab setiap kali ada potluck mesti ada yang bawak Dunkin's Donut sampai memasing dah ada favorite donut. Yang ni I tak tahu pun Ms Fisah belikan donut filling chocolate pudding sekali. Jenis bomboloni cenggini Dunkin's Donut buat je sedap sebab tak melimpah sangat coklat dia. Just nice dengan amaun roti tu. Donut dia pun gebu. 

Happy betul bila breakfast dengan set makanan yang sedap. Thanks belanja Ms Fisah, semoga rezeki you makin bertambah-tambah hehe

YG Family | DK Station Z x Treasure

Tuesday, 15 March 2022

Excited bila DK upload poster tetamu jemputan dekat Station Z minggu tu sebab ada Treasure sekaligus nampak bond YG Family dekat situ. Tahun ni memang aktif YG Entertainment promote Treasure dan agenda YG Family. Ada gaya macam nak hidupkan balik YG Family lepas iKON stop interact dengan Blackpink. Tak faham kenapa YGE buat keputusan macam tu padahal family agenda ni datang dari YGE. But it’s their loss lah sebab Hybe dah successful dengan family agenda diorang. 

Back to Treasure datang ke Station Z dan berjumpa dengan DK adalah untuk promosikan lagu utama Jikjin dari album The Second Step: Chapter One. Konti Station Z – DK #iKONDay yang bersiaran setiap hari Selasa tu kecil je so bila Treasure datang habis penuh satu konti sebab Treasure ada 12 orang ahli. Memang meriah lah dekat konti Station Z walaupun masa tu dah lewat malam. 

‘Thank you to all who came to Station Z. I’ll do my best today too! – Junkyu

DK bagitahu Yoshi yang Yunhyeong impressed dengan dye rambut warna merah sebab Yoshi nampak menyerlah dan handsome sangat. Yunhyeong kata dia nak dye rambut warna merah jugak untuk comeback album iKON nanti. 

DK : Jihoon who finds the camera well on stage performances, do you have a tip on how to?

Jihoon : This is just a talent

Angguk kecil bila dengar talent Jihoon tu sebab dalam Treasure Map Season 1 pun dia memang sejenis yang alert bila kamera hala dekat dia. Nak pula bila dah jadi MC memang lagi bertambah senang untuk dia perasan camera dekat mana. 

Ada Teume request supaya Treasure nyanyi lagu Everyday live dekat Station Z so Jihoon nyanyi part dia walaupun segan. Penat pun suara dia tetap sedap dengan falsetto. Yedam pula nyanyi lagu Intentions – Justin Bieber lepas sekian lama. 

Q. why does Junkyu sometimes use 'teacher' to the fans?

🐨: (because) there are a lot of things to learn from Treasure Makers~

***********

Q: What are your thoughts of preparing for comeback after a year?

Haruto🦋: Since we are back after a year, we felt more responsibility. Our focus during practicing the choreography is getting better.

Lepas sesi interview, Treasure perform lagu Jikjin secara live dekat konti Station Z tapi kesian dekat Junkyu sebab tak dapat tarik high note. DK comfort cakap tak apa sebab dah malam, Teumes dengan pendengar lain mesti faham. Dah lewat malam satu hal, Treasure pun dah penat sebab diorang tak berhenti promote hari tu. Sebelum datang ke Station Z, Treasure pergi KBS radio lepas tu rakam video ucapan terima kasih untuk Teumes dan non-fans yang mengundi lagu Jikjin. 

Actually tak perasan pun suara dia tak sampai sebab sedap je diorang nyanyi live macam telan CD. Happy tengok Jeongwoo tenangkan Junkyu sebab both of them sama-sama vocalist so they know the pressure. Jeongwoo kalau depan kamera, rajin la dia membahan orang tapi off camera, dia paling sweet sekali. 

iKON memang supportive betul dengan dongsaeng diorang sebab Bobby tolong Hyunsuk untuk rap part dalam Jikjin, Jinhwan monitor koreografi diorang, malam tu DK pulak take part jaga Treasure. Masa dia rakam Treasure nyanyi lagu Jikjin tu comel sangat macam proud eomma pergi talent show anak-anak. 

Lastly, sebelum balik Treasure bergambar dengan DK dan hadiahkan album The Second Step: Chapter One penuh dengan tandatangan Treasure. Sempat jugak diorang up satu video Jikjin Challenge dengan DK untuk content TikTok. Comel! 

Sebelum keluar konti Jihoon dengan Yoshi bersihkan konti Station Z. Bagus betul perangai appa dengan anak sulung ni haha. Video penuh Treasure di Station Z dengan DK boleh tengok dekat sini 😊


‘Station Z’s Donghyukie-hyung was so kind, we wrapped up the (schedule) well!!! A happy schedule 😊 Hyung, you did really really well and our Treasure Makers! Thank you for being with us even in this late hour.’ – Jihoon

‘This selcas I took yesterday at Station Z. Yesterday was a pretty hectic schedule, but I enjoyed those days’ – Doyoung 

‘Teume! Thanks for the precious questions I’m always love you and you need to be healthy!!’ – Hyunsuk

‘Teume, thank you always! Please continue to support our promotion activities. Love you.’ – Mashiho

‘Treasure Makers~! Was it fun? Enjoy watching until the end~!’ – Jaehyuk

‘Thank you so much for watching Station Z!! Please stay supportive for Jikjin!’ – Asahi

Delighted to announce that we have been invited to be guests Station Z, where we'll be able to sing our primary track, JIKJIN, on a station run by our most revered senior, Donghyuk. Prepare to be deceived by Treasure's charismatic enchanting voice, which may fascinate you 😉😉😉 - Yoshi

Have fun watching iKON Day with Treasure at Station Z with lotsssss of cute moments and crumbs. Congrats Treasure for the 1st win! 

Need more reasons to sign-up or use your ShopeeFood app? Here’s our top pick for why: 


1. Jaw-dropping promo for NEW USERS to ShopeeFood! 

Sign-up and make your first order on ShopeeFood ‘cause we have a truly special deal just for you. Every new user sign-up to ShopeeFood will be entitled to receive RM25 off with a minimum spend of RM0 on 15,18 and 25 March and get RM18 off with a minimum spend of RM0 on other days in the month of March. March doesn’t get better than this!


2. Variety of merchants with exclusive promo!

Mcdonald’s is on ShopeeFood and there’s a special promo happening from 14 to 31 March 2022. Existing ShopeeFood users are eligible for RM3 off with a minimum spend of RM 10 with free delivery. New ShopeeFood users are in for a bigger discount with RM7 off with a minimum spend of RM0 and free delivery.


3. Easily available on your Shopee app. 

Available from 6 am - 12 am you can now order with ShopeeFood by clicking on the ShopeeFood icon available on the home page. 

4. Order your meal and get rewarded with prizes!

Exciting prizes to be won when you order your meals. ShopeeFood is not just about mouth-watering dishes and deals but there are also weekly and monthly contests. Follow @shopeefood_MY Instagram account so you won’t miss these exciting prizes! 

ShopeeFood Day Order & Win Contest taking place now until 14 March 2022

5. Awesome discounts and promotions. Did we say AWESOME yet….

For the bargain hunters, there are always ongoing deals, promotions and discount vouchers available for you. Other than free deliveries, users can browse discounts that are available and refreshed daily.




There is definitely a lot to explore on ShopeeFood mouth-watering offers. With expansion to other states in the pipeline, ShopeeFood hopes to service more Malaysians in the near future. So the next time you are hungry, head over to ShopeeFood to order your favorite meals!

Terms and conditions apply.