Nasi Lemak Goreng Jungle Oasis Square Ara Damansara
Thursday, 23 February 2023

Radio ZAYAN dan Munsyid Malaysia pelawa semua hadir ke ‘ZAYAN Rehlah’ pada 24 Februari | Bermula 7 malam, di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur
Hadiri ‘ZAYAN Rehlah’ pada 24 Februari
• Radio ZAYAN dan Persatuan Munsyid Malaysia menjemput semua keluarga Muslim hadir menunaikan Solat Sunat Hajat dan bacaan Doa Selamat menerusi ‘ZAYAN Rehlah’, pada 24 Februari 2023, bermula jam 7 malam di perkarangan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
• Penganjuran ‘ZAYAN Rehlah’ adalah untuk memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT agar diberikan perlindungan dan kesejahteraan susulan bencana gempa bumi yang berlaku di bumi Turki, Syria dan negara berkaitan. Hadirin juga berkesempatan untuk mendengar tazkirah daripada Ustaz Ashraf Suarin, penceramah dan pendakwah, serta menunaikan solat fardu Maghrib dan Isyak secara berjemaah.
• Selain itu, ZAYAN Rehlah akan dihadiri oleh personaliti-personaliti ZAYAN termasuk Mawi, Anas dan FBI (ZAYAN Pagi), Hazwan dan Hadhari (H&H di ZAYAN), serta penyanyi-penyanyi lagu nasyid tempatan.
• Untuk maklumat lanjut, ikuti ZAYAN di platform media sosial.
‘KAU AKU SATU’ SINGLE OST PERTAMA ALIF SATAR & THE LOCOS | Saksikan Muzik Video ‘Kau Aku Satu’ Secara Eksklusif di Youtube WebTVAsia.
Selepas berjaya memenangi tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu 37, kumpulan penyanyi terkenal, Alif Satar & The Locos tampil dengan single terbaru yang bertajuk Kau Aku Satu. Lagu yang bergenre retro pop ini merupakan hasil nukilan sepenuhnya oleh komposer Iqie Hugh dan Firdaus Rahmat. Lagu ini juga turut menampilkan melodi dan lirik berbeza yang membakar semangat baharu buat Alif Satar & The Locos untuk menyajikan kepelbagaian dalam menghasilkan karya mereka.
“Kau Aku Satu” mengisahkan tentang sebuah kisah cinta di antara dua dunia yang berbeza dimana mereka di halang kerana perbezaan hidup. Namun, mereka tetap berjuang mengharungi setiap onak duri bersama dan membuktikan jelas bahawa cinta yang tulus menyatukan mereka berdua.
Mengekspresikan tempo yang rancak serta korus yang menarik, single terbaru daripada mereka ini bakal menjadi lagu hit di carta radio muzik tanah air. Mereka amat gembira dengan komitmen penerbit lagu kali ini dan mengutamakan semua aspek dalam penghasilan dan penerbitan lagu ini. Alif Satar & The Locos berharap agar Kau Aku Satu dapat mengetengahkan karya baharu industri muzik Malaysia.
Alif Satar dan The Locos merupakan sebuah band yang dianggotai oleh Alif Satar sebagai vokalis, Tam Cobain (gitar) , Efry Arwis (bass), Faliq Auri (saksofon) dan Rajwan Juni (dram). Mereka semua sangat gembira untuk terus membuat muzik dan meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian.
Para peminat Alif Satar & The Locos boleh mula mendengarkan single ini melalui platform streaming digital seperti Spotify, Apple Music, Deezer, Joox dan pelbagai lagi mulai 10 Februari ini. Selain itu, muzik video Kau Aku Satu bakal dilancarkan di saluran YouTube rasmi WebTVAsia dan Alif Satar pada 20 Februari ini pada jam 8 malam.
Single Kau Aku Satu nyanyian Alif Satar & The Locos ini juga merupakan Lagu OST filem Pulau yang bakal menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia bermula 9 Mac nanti. Filem Pulau turut menampilkan Alif Satar sebagai pelakon utama yang memegang watak sebagai Ben. Antara pelakon lain yang turut membintangi filem Pulau adalah, Amelia Henderson, Ikmal Amry, Namron dan ramai lagi.
If you’re looking to save money while waiting for your salary to arrive, here are THREE WAYS to maximize savings before your next payday:
1. Make a Budget
Before you start shopping, make a budget for how much you can afford to spend. This can help you avoid overspending and ensure that you only buy items you actually need. If you’re ordering online, check out ShopeeFood’s amazing deals that can help you to save up extra ringgits!
2. Plan your Purchases
Look at the items that are on sale and make a list of the ones you want to buy. This way, it helps you to stay focused and avoid buying things on impulse.
3. Enjoy FREE delivery to the fullest
Surprise your best pals with something savory or something sweet! Let it be known that our free delivery vouchers are now up for grabs this ShopeeFood Day and PayDay!
ShopeeFood PayDay Amazing Deals Just You!
Order from a variety of restaurants like Lim Fried Chicken, Kenny Rogers Roasters, Sangkaya, Krispy Kreme and much much more:
From 25th - 28th Feb
● 50% OFF Vouchers
● Free Delivery min. spend RM0
For more information on ShopeeFood Day check out ShopeeFood Day Promos/ PayDay Sale PayDay Sales Promos , or visit or follow @shopeefood_my on Instagram.
Terms and conditions apply.
DIDI & FRIENDS THE MOVIE ANIMASI LUAR BIASA & PENUH DENGAN KESERONOKAN UNTUK TONTONAN SEISI KELUARGA | Filem Pertama Daripada Jenama Animasi Terkenal Malaysia, Didi & Friends Dengan Kualiti Hebat Dan Membanggakan
Animasi popular negara, Didi & Friends terus melangkah jauh mengukuhkan jenamanya sebagai animasi terbaik tempatan yang mempersembahkan nyanyian lagu kanak-kanak menghiburkan, menerusi filem terbaru Didi & Friends The Movie yang akan menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 23 Februari ini. Dengan durasi filem 104 minit, penonton bukan hanya dihidangkan dengan lagu-lagu menarik, namun buat julung kali animasi ini menampilkan pengembaraan aksi penuh hiburan dengan watak utamanya, Didi, Nana dan Jojo.
Lebih menarik, filem terbitan Astro Shaw, Warnakala Studios dan Digital Durian dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) ini turut memperkenalkan watak-watak baru seperti Torra, Nek Kura, Kapten Zee, Tok Chip. Bintang terkenal tanah air telah menyumbangkan suara bagi mengerakkan watak tersebut, seperti Dato’ Awie (Tok Chip), Amelia Henderson (Kapten Zee), Ruminah Sidek (Nek Kura) dan Waris (Torra). Penyanyi popular, Hael Husaini turut membuat penampilan istimewa yang mempertaruhkan suaranya untuk watak Pak Beruang dan menyanyikan lagu tema utama filem bertajuk ‘Luar Biasa’.
Dimuatkan juga lagu ‘Kembali Bersama’ yang dinyanyikan oleh kumpulan Modescape dan digubah oleh Shah, anggota kumpulan tersebut. Selain itu, watak baru yang lain juga dilihat dalam filem ini adalah Geng Torra - Sumbu, Spy-Ken, Geng Pangobots; Kesatria-Z – Ondok, Mitus, Galang, Zee, Hip, Tong, Blink dan Pod; Penduduk Muzika – Rakyat Muzika Lama, Orang Asal Manet, Rakyat Muzika Baharu. Uniknya, kesemua watak ini direka dalam bentuk haiwan terancam di Malaysia seperti harimau belang, cipan, enggang, badak sumbu dan banyak lagi.
Menyentuh mengenai kualiti filem, penonton dapat menikmati hasil produksi dan visual filem yang mengagumkan. Kesemua 11 buah lagu baru yang dihidangkan juga mampu membuat penonton menyanyi bersama (‘sing along’). Istimewanya, lagu-lagu itu diiringi Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) dan Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dengan diketuai oleh muzik direktor yang sama dengan OlaBola The Musical dan Puteri Gunung Ledang The Musical, iaitu Saiful Ridzuan Sharafuddin atau lebih dikenali sebagai Duan. Jalan ceritanya pula lengkap dengan elemen mendebarkan, gembira, lucu, sedih dan mengejutkan. Justeru, filem ini bukan hanya sesuai untuk tontonan kanak-kanak tetapi pasti memikat semua lapisan umur dan latar.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Warnakala Studios, Hairul Sofian, “Didi & Friends The Movie adalah sebuah filem unik dengan penceritaan penuh teladan serta cabaran aksi pengembaraan di luar Pekan Horey yang sesuai ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat dan umur. Filem ini amat berbeza sekali dengan siri televisyen yang pernah diterbitkan dari sudut ‘texturing’, ‘rigging’, ‘modelling’, animasi, warna tema dan lain-lain lagi. Selain unsur teknikal, Didi & Friends The
Movie juga menampilkan lagu-lagu baharu yang dikarang oleh pengarah muzik terkenal, diiringi pula oleh pemuzik Malaysia Philharmonic Orchestra (MPO), menjadikan lagu-lagu segar dan mudah dinikmati. Filem ini tidak ketinggalan dalam mengangkat hidupan liar yang hampir pupus di Malaysia dan memasyhurkan alat muzik tradisional sebagai tanda sokongan kami dalam pelestarian hidupan liar dan seni budaya. Kami harap filem ini mampu mencipta fenomena tersendiri dan diterima baik oleh penonton.”
Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara , Raja Jastina Raja Arshad, Raja Jastina Raja Arshad rasa amat teruja filem Didi & Friends The Movie akan menemui penonton tidak lama lagi. “Astro membesar bersama dalam menyaksikan revolusi jenama Didi & Friends dari awal kemunculan sehingga menjadi sebuah animasi terkenal di Malaysia. Apabila animasi ini bakal diterbitkan dalam versi filem, Astro Shaw rasa berbesar hati diberi peluang untuk terlibat sebagai penerbit, berkongsi idea dari sudut pembikinan, pemasaran dan pengedaran. Filem Didi & Friends The Movie membuktikan kemampuan industri animasi negara mampu bersaing setanding dengan luar negara.
Di samping itu, filem ini juga berjaya memperlihatkan jenama Didi & Friends bukan sekadar hiburan untuk golongan umur tertentu sahaja, tetapi ia boleh dinikmati seisi keluarga dan semua latar. Kami yakin, Didi & Friends The Movie bakal membuat penonton dewasa juga akan menjadikan filem ini sebahagian daripada koleksi filem animasi kesukaan mereka dengan adegan-adegan mencuit hati. Kami mengharapkan karya ini dapat menjadi penanda aras buat animasi-animasi tempatan untuk terus menghasilkan karya luar biasa.”
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Digital Durian, Sinan Ismail, "Sejak bermulanya Didi & Friends pada tahun 2012, memang menjadi impian kami di Digital Durian untuk menghasilkan Didi & Friends The Movie. Dari lagu kanak-kanak di YouTube, ke cerita berepisod di Astro Ceria, kemudian Konsert Hora Horey Live yang ‘sold out’, dan kini akhirnya - Didi & Friends The Movie. Ini hadiah daripada kami untuk jutaan peminat Didi & Friends yang menyokong kami sejak 11 tahun yang lepas."
Istimewa buat peminat, tiket filem Didi & Friends The Movie boleh mula dibeli pada 15 Februari 2023 di 155 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bagi tayangan rasminya pada 23 Februari kelak. Bersempena cuti sekolah akan datang, pihak pawagam-pawagam turut memberi sokongan dengan mengadakan kempen dan aktiviti menarik untuk seisi keluarga.
Selain itu, temui maskot Didi & Friends serta sertai aktiviti menarik menerusi siri jelajah Didi & Friends The Movie pada 24, 25, 26 Februari di pawagam terpilih Utara dan Selatan, 3, 4, 5 Mac di negeri Pantai Timur dan Lembah Klang, serta sekali lagi di Lembah Klang pada 10, 11, 12 Mac. Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw, Astro Gempak mahupun Didi & Friends.
Kisah Didi & Friends The Movie bermula apabila keterujaan Didi bertukar menjadi kekecewaan apabila Pak Atan melarangnya mengikuti pengembaraannya dan tinggal di Pekan Horey bersama rakan- rakannya yang lain. Pak Atan & Pak Beruang terpaksa pergi ke Dunia Muzika untuk mencari penawar ajaib bagi mengubati Pak Beruang yang tiba-tiba sakit. Didi berdegil dan akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke Dunia Muzika seorang diri. Tetapi Nana dan Jojo mempersoalkan keputusan
Didi untuk pergi sendiri dan kemudian mereka juga menyertainya. Berbagai cabaran menanti mereka di dalam dunia Muzika, termasuk bahaya besar berdepan dengan lanun langit yang menakutkan bernama Torra.
Dapatkan tiket dan saksikan filem animasi genre animasi, pengembaraan, muzikal ini di pawagam- pawagam berhampiran mulai 23 Februari 2023. Gunakan #DidiAndFriends #DidiAndFriendsTheMovie #DidiBerbulu bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw, Astro Gempak dan Didi & Friends.
KARNIVAL MERIAH MENANTI KANAK-KANAK DI ALAMANDA PUTRAJAYA | Musim cuti sekolah bakal dimeriahkan dengan Karnival VIKids
Bersempena dengan musim cuti persekolahan, Pusat Beli-Belah Alamanda Putrajaya akan menganjurkan Karnival VIKids yang bakal berlangsung mulai 18 Februari sehingga 12 Mac 2023. Karnival ini bakal membawakan pelbagai aktiviti menarik yang menampilkan permainan yang menyeronokkan selain dari aktiviti fizikal untuk kesemua ahli VIKids.
Ahli VIKids layak menerima sekeping pas karnival yang boleh digunakan untuk meneroka kepelbagaian aktiviti yang mempunya tema yang berlainan di perkarangan ruang legar utama Alamanda. Ruang legar utama tersebut bakal menjalani transformasi yang menjanjikan kemeriahan dan kegembiraan suasana yang selaras dengan tema sesi cuti persekolahan.
Melalui Pas Karnival VIKIDs, kanak-kanak berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki karusel, “kiddie rides” selain dari peluang untuk bermain permainan arked dan taman tema seperti bola keranjang dan juga aktiviti cat muka dan tangan.
Selain daripada kepelbagaian aktiviti menarik, kanak-kanak juga akan mendapat gula-gula kapas yang akan diedarkan secara percuma. Setiap ahli VIKids akan menerima satu Pas Karnival yang boleh ditebus untuk setiap hari, selagi stok masih ada. Tebusan pas juga adalah terhad untuk dua ahli VIKids untuk setiap keluarga sehari.
Setiap Pas Karnival akan di label setelah ahli VIKids melengkapkan aktiviti-aktiviti di karnival dan Pas Karnival tersebut perlu diserahkan kepada kaunter servis untuk mendapatkan peluang memenangi hadiah di “Wheel of Prizes”.
Terdapat banyak hadiah yang sedia untuk dibawa pulang. Pengunjung kanak-kanak juga berpeluang untuk memenangi hadiah yang berbentuk set alat seni, mainan lembut dan Pas “Superkidz Day” juga gula-gula kapas.
Melalui pembelian minima yang bernilai RM300 ke atas yang boleh dibuat di mana-mana kedai terpilih, ibu bapa boleh membuat tebusan hadiah kejutan untuk anak-anak mereka. Tebusan adalah terhad untuk satu pembeli setiap hari, selagi stok masih ada.
Karnival VIKids juga akan dimeriahkan dan disambut dengan keriangan berganda apabila persembahan yang menghiburkan akan dipertontonkan kepada para pengunjung pada hujung minggu. Para pengunjung kecil akan dihiburkan dengan persembahan akrobatik, pertunjukkan silap mata, selain dari aktiviti ukiran belon yang bakal di bentuk kepada pelbagai jenis objek dan haiwan.
Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, “Alamanda yang sinonim sebagai Pusat Beli-Belah keluarga akan sentiasa mendukung kesejahteraan dalam kelompok komuniti. Pertubuhan Kelab VIKids membawa objektif untuk memberi ruang kepada anak kecil untuk menjalankan aktiviti sihat sambil menimba ilmu.
“Ekoran sekatan yang disebabkan oleh Covid-19, pihak kami terpaksa menamatkan tempoh karnival VIKids yang terakhir dijalankan pada 2020 yang lalu selepas 5 hari. Karnival yang sememangnya ditunggu-tunggu ini akan diadakan dengan sambutan meriah yang berganda yang mana kesemua pengunjung kanak-kanak akan menjalankan aktiviti yang disediakan dalam suasana sebuah karnival. Karnival kali ini dilihat sebagai hari yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga memandangkan kehadiran musim cuti persekolahan. Simbolik dengan suasana ini, saya yakin para pengunjung boleh menjadikan detik bersama keluarga di karnival ini akan menjadi satu detik yang tidak akan dilupakan,” tambah Brien.
Keahlian VIKids percuma untuk setiap perbelanjaan serendah RM50 Kanak-kanak yang belum mempunyai keahlian VIKids boleh membuat pendaftaran melalui perbelanjaan yang dilakukan dengan nilai serendah RM50 melalui mana-mana dua resit di kedai-kedai terpilih di Pusat Beli Belah Alamanda Putrajaya.
Selain daripada menjadi satu medium khusus untuk menggalakkan aktiviti fizikal yang sihat dikalangan kanak-kanak, Kelab VIKids juga komited untuk meningkatkan tahap pencapaian ilmu pengetahuan disamping menjadi ruang untuk kanak-kanak menunjukkan bakat dan kreativiti masing-masing. Keahlian VIKids terbuka untuk kanak-kanak yang berusia 5 sehingga 12 tahun.
Sebarang informasi terkini yang akan dijalankan di Pusat Beli-Belah Alamanda, hadiah alu aluan serta hadiah promosi hari jadi selain dari promosi eksklusif pusat beli belah akan diwartakan kepada setiap ahli yang berdaftar.
Dengan ini pihak pengurusan Alamanda menjemput kesemua pengunjung untuk berkunjung ke pusat beli belah sewaktu tempoh Karnival VIKids! Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kaunter pertanyaan di talian 03-8888 8882 atau layari laman sesawang www.alamanda.com.my.
******************************
Mengenai Pusat Membeli Belah Alamanda
Alamanda Putrajaya dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan diuruskan oleh Suria KLCC Sdn. Bhd. dengan keluasan yang merangkumi kawasan membeli-belah sebanyak 653,235 kaki persegi. Bagi keselesaan kira-kira 12 juta orang yang datang untuk membeli-belah setiap tahun, pusat membeli-belah ini dilengkapi dengan dua bangunan tempat letak kereta yang terdiri daripada 3,000 tempat meletak kereta, kemudahan bagi golongan kurang upaya, dua bilik salinan bayi serta bilik sembahyang. Konsep di sebalik Alamanda adalah ‘syurga pengunjung membeli-belah’, yang terletak di pusat Putrajaya.
Ruang tengah Alamanda dihiasi cahaya menawan yang mengindahkan lagi suasana pusat membeli-belah ini dan menarik baik pengunjung mahupun rakan niaga dan penyewa kedai, lebih-lebih lagi apabila pelbagai acara dijalankan setiap tahun.
Pusat membeli-belah ini terdiri daripada pelbagai jenis kedai, restoran, medan selera dan pawagam. Alamanda juga mempunyai ‘travelator’ yang menghubungkan kedai-kedai serta laluan terus ke tempat letak kereta. Selain itu, reka bentuk istimewa bangunan dua tingkat ini membolehkan para pengunjung menikmati pengalaman membeli-belah yang mudah.