Pengalaman Naik Tren LRT Hangit

Tuesday, 8 September 2026


Lepas dah update entry KL Fashion Week 2026 baru perasan ada lagi satu benda nak cerita. Masa hari kejadian I pergi KLCC naik pengangkutan awam je sebab tak nak bersesak atas jalan. Tapi memang kebiasaannya kalau pergi apa-apa event akan naik tren sebab takut nak drive dekat Lembah Klang ni. 

Hari kejadian tu I naik LRT dari Ara Damansara menuju ke KLCC guna laluan Gombak. Everything was fine sampai lah dekat stesen Asia Jaya. Masa tu LRT berhenti mengejut tapi tak teruk sangat. Dah mula cuak lah sebab sebelum ni pernah juga ada pengalaman tren berhenti mengejut dekat stesen KLCC. Nasib baik masa tu grip kuat dekat tiang tren. Ada yang duduk tergolek ke bawah, ada yang terjatuh juga. 

Berbalik pada tren di Asia Jaya ni, keluar pengumuman dari RapidKL yang tren mengalami masalah teknikal dan akan mulakan perjalanan sebentar lagi. So I chill sedikit kemudian tren bergerak ke stesen seterusnya. Setiap stesen dia berhenti mengejut especially dekat Kerinchi. Pengumuman yang sama juga keluar. 

Dekat stesen Dang Wangi dah mula bau hangit kuat sangat sebab dah banyak kali brek mengejut agaknya. Masa tu dah ramai yang keluar. I tak berganjak lah sebab tinggal lagi dua stesen je nak sampai KLCC. Tak lama lepas tu ada polis bantuan minta kosongkan tren sebab dah kena hantar ke hub. 

Hence the picture on the above lah. Sebab I lambat keluar maka berdiri paling belakang lah. Bila tren seterusnya sampai, I tak dapat naik sebab dah penuh. Of course lah penuh sebab tengah peak hour padahal tren yang asal tu dah cun dah dapat tempat duduk tapi dia pula buat hal. 

Tren kedua sampai baru dapat naik dan sampai ke KLCC dengan selamat. Nasib baik masa pulang tu tren tak buat hal sebab ada je pernah merasa tren buat hal dan kena turun dekat stesen Kelana Jaya kemudian naik tren seterusnya padahal masa tu dah pukul 11 lebih dah.  


Dua kali naik tren yang bermasalah macam ni memang rasa seram sebab takut cedera satu hal, takut kena sidai lama macam orang selalu update dekat social media satu hal lagi. Masalah tren rosak ni dah masuk setahun tapi tak ada perubahan pun dari Kerajaan padahal diorang yang beria suruh kita naik pengangkutan awam. I yang jarang naik pun dah cuak, tak boleh bayang yang memang pengguna tren setiap hari ni. 

Tapi nasib orang kebanyakan memang macam ni lah, takut pun kena hadap juga sebab tak ada pilihan lain 😌

10 comments

  1. Seram jugak kalau asyik brek mengejut.

    ReplyDelete
  2. LRT kelana jaya memang selalu ada masalah. Dulu pernah kena juga , lepastu pegang grip tak kuat, terkapai kapai cari apa boleh kapai sebab hampir nak jatuh terlentang tu,

    ReplyDelete
  3. Lately mmg gini la tren. Kdg dr Tmn Melati ke Ampang park ni pun selalu jgk buat hal. Dr Ampang park ke KL Sentral pun selalu.Senang cite setiap laluan ade je halnya.

    ReplyDelete
  4. Seram juga dengar ceritanya, kalau keperluan tetap perlu hadap juga..

    ReplyDelete
  5. Nasib baik Farhana selamat sampai KLCC walaupun kena tunggu tren kedua. Pengangkutan awam patut kena sentiasa diselenggara dengan baik untuk keselamatan penumpang, lebih-lebih lagi waktu peak hours

    ReplyDelete
  6. Train dah berusia kan... kalau akak mau la tergolek dog agaknya. Tapi kalau akak sejenis kalau pegang tu pegang kuat2 sbb takut la jadi apa2 hehehe. Sampai bau hangit memang seram gak kan mujur pastu takde apa-apa jadi kan.

    ReplyDelete
  7. mujur takde kejadian yang tak diingini. bukan naik free.. ada tambang, patut buat la penyelenggaraan dengan baik

    ReplyDelete
  8. huhu teringat zaman keje kl dulu. 2010-2017 ulang alik naik train..mmg dah biasa sgt dah kejadian train buat hal ni. pernah gak break mengejut sampai tergolek semua org.. dengan pintu terbukanya..

    ReplyDelete
  9. Eh kalau LRT ini yg tak ada driver kan? Saya pas June kemarin lebih banyak pakai LRT selama di KL, nasib baik tak mengalami gangguan 😅. Sejak dah diajarkan oleh blogger Karni, memang lebih suka naik LRT dan MRT jadinya. Harap2 pas Desember, saya akan lama di KL, jadi pasti akan lebih sering pakai LRT, tak ada masalah lagi.

    ReplyDelete
  10. Pernah ada pengalaman juga naik LRT masa belajar di Banting dulu. Terkial-kial nak faham map huhu

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.