Layangan Putus | Berbaloikah Memendam Rasa Demi Rasa Sayang Pada Yang Curang?
Tuesday, 25 January 2022
Pengarah : Benni
Setiawan
Penulis Skrip : Oka
Aurora
Pelakon : Reza
Rahadian, Putri Marino, Anya Geraldine, Frederika Cull, Graciella Abigail, Reyhan
Vandennoort, Marthino Lio, Raquel Katie, Michelle Wanda
Genre : Drama
Jumlah Episod : 10 Episod
(25 – 42 minit per episod)
Tarikh Tayangan : 26
November 2021 – 22 Januari 2022
Syarikat Produksi : MD
Entertainment
Penyiaran : WeTV,
iflix
Trailer :
Kisah benar hasil curhat Mommy
ASF di media sosial diangkat ke layar hasil sutradara Benni Setiawan yang
mengisahkan tentang kecurangan Aris Pratama Sugarda (Reza Rahadian) bersama Lydia
Permata Danira (Anya Geraldine). Isterinya Kinan Aripurnami (Putri Marino) mula
nampak perubahan Aris yang suka menipu, sukar untuk dihubungi dan selalu pulang
lambat atau sibuk dengan kerja.
‘Iya sekarang kamu kan punya
kebiasaan baru…. gak bisa dihubungi.’ – Kinan
Makin bertambah parah bila Kinan
terjumpa anting-anting dalam suit kepunyaan Aris dan kawan-kawan Kinan juga
mengetahui rahsia gelap keluarga kecil ni. Tak mampu lagi untuk disorok, Aris
berterus-terang tentang hubungan sulit. Kinan yang sedang hamil anak kedua mula
terkesan dengan berita kecurangan Aris sehingga keguguran.
Kalau sebelum ni pada tahun 2020, industri Korea Selatan terbitkan The World of the Married Couple yang bertemakan kecurangan si suami, Layangan Putus dari negara Indonesia juga menggunakan tema yang sama. Lagi menarik perhatian bila pelakon terkenal Reza Rahadian yang menjadi pelakon utama. Pertama kali Reza membawakan watak antagonis sebegini. Walaupun cerita yang sama tapi kualiti lakonan dan impaknya dirasakan berbeza.
Depan isteri bagus sangat berlakon jadi suami soleh, setia dengan isteri sampai rasa angau tengok sweet scenes Aris dengan Kinan. Tapi dekat belakang isteri, main cinta dengan perempuan lain. Jangankan Kinan, yang tengok ni pun sentiasa rasa curiga dengan perangai Aris. Sebal terus bila dengar ayat-ayat manipulatif yang keluar dari mulut Aris nak shift blame kepada Kinan.
Lagu tema drama Layangan Putus, "Sahabat
Dulu" dendangan Prinsa Mandagie pun tepat dengan situasi dan perasaan
Kinan bila lirik lagu pada bahagian intro ialah ‘Aku salah apa? Ku tak paham
cinta, boleh kau jelaskan dulu?’. Kalau suami curang memang pertanyaan tu lah
yang akan berlegar di kepala tapi tak kisah lah jawpaannya apa pun atau si
isteri sesempurna mana pun, tetap juga suami memilih untuk selingkuh. Sama lah
situasinya dengan Kinan.
Sejujurnya kekuatan drama Layangan Putus terbitan MD Entertainment adalah kerana tema kecurangan yang diangkat dari kisah benar dan juga kekuatan lakonan Reza Rahadian yang mempunyai perubahan karakter dari awal hingga habis. Lakonan Putri Marino sebagai si isteri juga banyak mempamerkan emosi dan mempunyai perkembangan karakter serta lengkungan emosi manambahkan lagi impak drama. Sampaikan klip ‘It’s my dream, not her!’ jadi viral di media sosial dan meme.
Selain mesej pengajaran yang
dipaparkan dari kisah kecurangan Aris yang menyakitkan hati Kinan juga Raya (Graciella
Abigail), belajar untuk melepaskan, belajar tentang harga diri, ada juga
diselitkan pengajaran dari keluarga Miranda (Frederika Cull) bila hubungan dia
dan suami memberi kesan kepada Brandon (Reyhan Vandennoort) sampai anaknya jadi
cranky.
‘Siapa sih bahagia terus-menerus Kinan? Menikah ataupun enggak, apakah ada orang yang bahagia terus? Ini bukan masalah aku nggak bahagia di rumah terus mau cari kebahagiaan di luar. Ini tentang kehilangan rasa percaya sama orang yang paling kamu percaya.’ – Miranda
Mungkin alur cerita dan plot drama Layangan Putus ada sedikit perbezaan dengan kisah asalnya supaya elemen dramatik dan emosi menjadi lebih kuat. Tak ada salahnya juga kan kerana drama ni tetap dipaparkan dengan baik dengan sinematografi dan music score yang menambahkan impak cerita.
Berbaloikah memendam rasa demi rasa sayang pada yang curang? Jangan terlepas untuk saksikan episod terakhir drama Layangan Putus di WeTV.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.6/10
| Klik banner untuk join :) |
Beli Pelbagai Benih Di Mango Garden
Monday, 24 January 2022
Selain dua benih tu adik tumpang sekali beli benih bayam dengan lettuce. Gamble je lettuce tu sebab dari dulu tanam tak pernah naik pun. Tapi tak tau lah kalau kena scam dengan kedai ECO. Hopefully naik lah sebab dah malas nak beli dekat NSK. Harga sekarang mampu nangis di bucu katil je. Slow slow je NSK buang satu jambak dalam pek salad tu. Harga sama tapi kuantiti kurang lepastu sekejap je dah layu. Hmmmm maghoh teman!
Anyway thank you Mango Garden sebab fast delivery, wrap cantik, packaging untuk setiap benih pun cantik siap bagi free gift lagi. Tak try tanam lagi but once dah naik, I share dekat sini.
Movie Review | Malaal (2019)
Saturday, 22 January 2022
Director : Mangesh Hadawale
Writer : Mangesh Hadawale, Sanjeev, Sanjay Leela Bhansali
Cast : Meezaan Jafri, Sharmin Segal
Production Company : Bhansali Productions, T-Series
Distributor : Yash Raj Films
Genre : Romantic / Drama
Running Time : 136 minutes
Release Date : 5 July 2019
Trailer :
Remake kepada movie Telugu-Tamil berjudul 7G Rainbow Colony arahan Selvaraghavan, Malaal mengisahkan tentang Shiva (Meezaan Jafri), penganggur baran yang jatuh cinta dengan Astha (Sharmin Segal). Keluarga Astha baru saja berpindah ke kawasan perumahan tersebut dan berjiran sebelah rumah dengan keluarga Shiva.
Kedua-dua keluarga mempunyai cara hidup yang berbeza di mana keluarga Astha lebih berpelajaran dan beradab. Sebab utama mereka terpaksa berpindah ke kawasan tersebut bila ayah Astha rugi dalam pelaburan. Tinggi mana pelajaran keluarga Astha pun tetap juga berpegang dengan tradisi kahwin atur dan anak perempuan perlu berkahwin awal.
Astha dijodohkan dengan Aditya (Ishwak Singh) yang kacak tapi kasanova. Dia menurut kemahuan ibunya saja sebab dia masih bebas menggatal dengan perempuan lain. Shiva yang nampak perkara tu cuba untuk bagitahu Astha tapi disebabkan karakter dia yang tak semenggah, seharusnya lah dia gagal untuk meyakinkan.
Sebenarnya Astha dah lama suka dengan Shiva tapi terpaksa akur dengan kehendak keluarga bila ayah dia ada sakit jantung. Boleh saja dia pentingkan diri tapi apa nasib keluarga dia kalau ayah dia diserang sakit jantung kali ketiga? Lagipun Shiva jauh berbeza nak dibandingkan dengan Aditya. Seluruh kejiranan tahu Shiva kaki mabuk, perokok tegar, pemeras ugut dan penganggur. Berhutang sana sini untuk berseronok.
First half memang menyampah dengan watak Shiva ni sebab perangai dia memang tak layak dibuat suami. Aditya pun sama juga. Kalau movie ni berlatarkan zaman sekarang mungkin Astha dah jadi businesswoman yang mandiri tanpa perlukan life partner. Tapi disebabkan latar masanya hujung 90-an terpaksa lah Astha jadi watak yang sentiasa meraba dalam kegelapan.
Walaupun movie Malaal diterbitkan pada tahun 2019 namun Mangesh Hadawale masih menggunakan formula di mana watak heroin bertanggungjawab untuk ubah si hero. Dalam movie yang bersifat fantasi semestinya perkara ni nampak mudah tambah pula bila si hero obsess teramat dengan kecantikan heroin. Hakikatnya nak ubah perangai manusia bukannya mudah, baik lelaki mahupun perempuan.
Leading stars adalah produk nepotism yang menebal di Bollywood bila Meezan Jafri adalah anak kepada pelakon Jaaved Jaferi manakala Sharmin Segal pula anak saudara kepada pengarah terkenal, Sanjay Leela Bhansali. Tengok pada lakonan mereka berdua dah nampak masuk sebab kabel semata dan bukan kerana bakat.
Watak Astha mempunyai dialog yang minimal tapi tak pula ekspresif. Chemistry dengan Meezan pula kelihatan hambar sedangkan berlakon dalam naskhah romance drama. Tak romantik, tak juga dramatik. Menyampah setiap kali teringat scene Shiva nak hadiahkan rantai untuk Astha sebab rantai tu terjatuh dekat jalan. Rasa lagi bermakna kot kalau rantai tu hasil titik peluh dia bekerja.
Movie Malaal keluar dari konsep penceritaan yang terarah pada keindahan sinematografi seperti himpunan karya Bhansali yang sebelumnya untuk beri laluan kepada pengarah Mangesh berkarya. Ada tribute kepada Bhansali bila poster movie Hum Dil De Chuke Sanam dipasang di billboard. Ada kaitan jugak lah movie cinta terhalang tu dengan movie Malaal.
Music album yang dihasilkan oleh Sanjay Leela Bhansali menggunakan melodi yang bersifat 90-an untuk menghidupkan suasana juga penceritaan. Lagu Nadh Khula dan Udhal Ho not bad juga lah untuk dilayan. Sayangnya koreografi dalam lagu Udhal Ho tak mempamerkan bakat tarian Meezan Jafri bila steps agak mudah.
Tak faham apa perlunya launch Meezan di Bollywood bila lakonan hambar dan visual pula terhad. Tengok gaya penerimaan yang hambar untuk movie Malaal ni mungkin Meezan dan Sharmin boleh hentikan impian sebagai pelakon.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.5/10