Blog Performance Januari 2022

Sunday 6 February 2022


Lama betul cari masa untuk update blog sejak masuk tahun baru ni sebab dah mula busy dengan department baru. Hari-hari balik lambat memang tak ada masa lah nak update blog. Weekend pulak banyak bersantai di rumah sebab badan dan otak dah rabak 5 hari bekerja. 

Bila nak update, internet dekat rumah pulak buat hal sampai seminggu. Baru hari ni dapat settle lepas entah berapa kali call Maxis Centre untuk tahu progress. Baru bulan Februari dah banyak betul dugaan, entah macam mana perjalanan tahun 2022 gamaknya. Stats dalam entry ni mungkin ada yang lari sikit sebab terlupa kena update report card setiap awal bulan haha.

1. PV


Masuk je bulan Januari, terus dapat achieve PV 2 juta walaupun tersasar banyak dari yang dijadualkan gara-gara Google ada masalah dari bulan 8 sampai bulan 10 tahun lepas. Masa tu PV merudum teruk sangat. Nasib baik bulan November, Disember dengan Januari dah beransur pulih. So untuk bulan Januari dapat achieve 135,987 PV. 

Kalau tak ada apa-apa masalah lagi mungkin boleh lah tu achieve 3 juta pulak sebab bulan Januari dah mula nampak peningkatan PV dari negara seberang. Bulan lepas paling tinggi mencecah sampai 8k sehari. Tapi bukan daily lah, ada hari-hari tertentu dia naik lah banyak macam tu. Harapnya bulan ni boleh mencecah lebih jauh lagi dan PV naik sampai 2.2 juta. 

2. Posts

Popular Post berbeza dengan bulan Disember 2021 and just like what I observed before this, kalau buat entry senarai movie Bollywood ni mesti masuk Popular Post. Bulan ni kena up satu entry sebab haritu ada kawan request. Kebetulan pulak tak pernah buat lagi genre movie tu so nak buat lah nanti bila tak busy. 

Bulan Januari boleh kata banyak review yang masuk popular post. Mungkin sebab ada banyak cuti so ramai yang tengah mencari movie atau drama yang best. Drama Layangan Putus haruslah sepantas kilat masuk Popular Post bulan Januari sebab ramai yang membara tengok cerita tu. 

3. Keywords


Hujung tahun lepas tengah kecoh pasal RFID (Reverse Forward Insya-Allah Detect) mula berkuatkuasa di kebanyakan tol. Masa up entry pasal RFID tu around tahun 2018 tak silap sebab masa tu tengah free installation. Senang guna RFID bila tol LATAR semuanya ada lorong RFID, mudah lah kitorang balik kampung tanpa perlu tercari-cari mana kad T&G. 

Sekarang ni dah kena bayar RM35 itupun tak detect sangat. So far, belum pernah lagi jadi kes tak detect ni. Yang pernah jadi sampai menggelupur bila baki dalam RFID kurang. Patutnya tol buat je semua tollgate boleh detect Smart Tag, T&G dan RFID. Tak lah orang lain tersangkut teruk dalam jam semata untuk bayar tol je. 

4. Audience
Bulan Januari ada perkembangan positif bila readers dari negara India dah masuk dalam top ten list. Malaysia pula jatuh di bawah Indonesia sejak Viu Indonesia menjengah ke mari. Jangan sampai I ikut jejak langkah Iedil Putra bawa diri ke negara jiran gittewww berangan nokkss!

5. Bilangan Entri

Tahun lepas asyik stress bila tak dapat achieve jumlah bilangan entri sebanyak 60 entry sebulan so tahun ni tak nak lah achieve tinggi sangat. Kalau dapat 30 pun dah bersyukur tapi bila tengok jumlah entri bulan Januari rasa nak marah pulak sebab sikit sangat padahal banyak je entry boleh update. 

Macam ni lah jadinya bila tak push diri untuk capai target. Even worst tak ada target bulanan, mula lah jadi lemau. Makanya I letak balik target bulanan sebanyak 50 entry. Biar lah menggelupur asalkan blog ni tak berhabuk. 

Biasanya kalau masuk awal tahun I akan keluarkan duit banyak sikit untuk perbelanjaan rumah, family dan renew domain. So give me a little more time supaya I boleh berkongsi rezeki dengan beberapa blogger yang I dah lama aim nak bagi hadiah. Till then please stay safe, take care of your health, clean yourself regulary and drink lottttts of watttahhhhh! 

9 comments

  1. Wahhh.. tahniah. Sy pun kalau nak cari movie best utk ditonton, mesti buka blog FJ baca review dulu.

    ReplyDelete
  2. tahniah. kita lagi lambat nak capai PV. huhu

    ReplyDelete
  3. Blog kita juga down lagi ni. Asyik taksempat je nak layan. Seronok tengok performance blog orang lain..

    ReplyDelete
  4. Takpa, bulan Feb ini lebih baik lagi.Semoga terus sukses yaaa

    ReplyDelete
  5. Tahniah capai hampir 136k pv sebulan

    ReplyDelete
  6. merundum pun tetap masyuk. In shaa Allah akan ada lagi banyak untuk masa akan datang. All the best Pana. //

    ReplyDelete
  7. Banyak beza jugak tuuu audience Indonesia dengan Malaysia. Tapi takpe, moga moga bulan Februari ni dapat capai apa yang dihajatkan :D

    ReplyDelete
  8. tahniah..tinggi gak pv tu..:)

    ReplyDelete
  9. Tahniah PV kembali naik. Ramai peminat bollywood rupanya. Semoga bulan Februari nanti berganda ganda naiknya.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.