Movie Review | No One Gets Out Alive (2021)

Sunday 13 February 2022


Director : Santiago Menghini
Writer : Jon Croker
Cast : Cristina Rodlo, Marc Menchaca, David Barrera, David Figlioli
Production Company : The Imaginarium
Distributor : Netflix
Genre : Horror
Running Time : 87 minutes
Release Date : 29 September 2021
Trailer :


Diadapatasikan dari novel No One Gets Out Alive yang dikarang oleh Adam Nevill dan diterbitkan pada tahun 2014, mengisahkan tentang imigran dari Mexico bernama Ambar (Cristina Rodlo). Bekerja di kilang pakaian sementara menunggu dokumen peribadi dia siap. Bekerja di situ menyeksakan bila dia sering buat silap tapi dia perlu bertahan sebab hidup sebagai imigran tanpa dokumen bukan sesuatu yang mudah. 

Dia minta bantuan kawan sekerja untuk buatkan dokumen sah di US tapi harganya agak tinggi. Dia perlu dapatkan semua okumen tu sebelum Beto (David Barrera) datang untuk bawa dia bekerja di syarikat kawan dia. Ambar tipu Beto bahawa dia lahir di Texas tapi penipuan tu menjerat dia bila tuan rumah sewa, Red (Marc Menchaca) taknak pulangkan duit deposit. 


Selain hal dokumen, dia selalu diganggu dengan benda pelik di rumah sewa tersebut. Dia pernah nampak lelaki botak hantuk kepala di dinding apartment. Dia selalu nampak kelibat perempuan tua ataupun penghuni lain sedangkan di rumah sewa tersebut cuma ada dia dan seorang lagi penyewa lain. 

Setiap malam juga dia akan mimpi buruk tentang sebuah kotak yang mempunyai makhluk pelik di dalamnya. Bila gangguan makin teruk Ambar tekad untuk keluar dari rumah tersebut tapi berjayakah dia untuk keluar? 


Filem No One Gets Out Alive ni tak lah seram sangat sebab dia bukan tentang hantu tapi lebih kepada makhluk mistik yang makan kepala perempuan. Amalan dari zaman kuno di mana mereka mengorbankan wanita dalam upacara pemujaan supaya masyarakat tersebut hidup abadi. 

Red susah nak percaya pada awalnya tapi lepas dia tengok tumor dalam kepala abang dia, Becker (David Figlioli) mula hilang selepas upacara tersebut, dia tak ada pilihan lain selain umpan penyewa perempuan menetap di rumah dia. Mudah bagi dia untuk hapuskan mayat semua mangsa kerana mereka imigran. Tak ada siapa yang akan cari. 


Harga sewa yang murah memang menjadi faktor penarik untuk semua imigran yang perlukan tempat tinggal di negara tersebut. Sama juga lah kes dengan Ambar dan mangsa-mangsa lainnya. Bukan ambar tak tahu ada sesuatu yang tak kena dengan rumah tu bila harga sewa dia murah tapi keterdesakan dia sebagai imigran tak bagi dia banyak pilihan pun. 

I personally enjoy the struggle rather than the horror part. Seram tu tak seram sangat pun sebab pengarah tak letak jumpscare scenes pun. Hantu pun tak seram mana even mahkluk mistik tu pun kelakar. Dengan khidmat CGI yang berbajet rendah, memang patut pun screentime makhluk tu sikit. Pengarah tahu kelemahan dia dekat mana jadi dia tambah kekuatan dekat kehidupan watak-watak dalam movie ni. Kebanyakan scenes disetkan warna biru gelap untuk hadirkan rasa seram dan misteri rumah sewa tersebut. 


Mungkin penceritaan akan jadi lebih menarik kalau penulis tambahkan lagi watak sampingan dalam hidup Ambar supaya kita lebih kenal dengan watak utama naskhah seram ni. Supaya tindakan dia boleh dijustifikasikan dengan lebih rasional walaupun kejam. Tapi susah jugak sebab dekat second half tu pengarah dah kacau watak Beto. Masa Ambar nampak Beto tu macam excited lah jugak sebab ada yang datang tolong tapi kenapa Ambar tak keluar sendiri je dari tingkap bilik dia? Saja nak buat saspen. 


Masa tengok movie ni tak lah ambil serius dengan mahkluk mistik ni tapi semalam nampak ada barang zaman purba muncul di perairan Turki. Boleh jadi kot kotak ni wujud juga sebenarnya sebab footage dekat scenes awal tu nampak real. Kita bukan tahu masa kurun awal dulu keturunan awal memuja apa untuk terus hidup. Dekat Malaysia pun bersepah dengan kisah tentang saka yang terpaksa diwariskan turun-temurun, apatah lagi negara luar ye dak? Anyway, kalau you guys nak tengok movie ni just search je dekat Netflix. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 5.2/10

5 comments

  1. Mana2 negara pun mesti ada mereka yg amalkan ilmu hitam kan, ok, masuk list!

    ReplyDelete
  2. Aduh.. Baca pun dah boleh buat menggigau, kalau tengok tak tahulah.. hehehe

    ReplyDelete
  3. citer seram ni selalu watak dia tak boleh fikir logik. kalau dah xboleh keluar kenapa xlompat tingkap je kan..haha tapi kesian juga kena tipu dengan tuan rumah..

    ReplyDelete
  4. yes. aida da tgk citer ni.
    betul sgt, makhluk yg makan kepala tu tak seram langsung :( ha ha ah ha...
    jalan cerita nyer scary.
    terperangkap di situ tak boleh keluar.
    then dihantui. tense!

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.