Movie Review | Phantom Detective (2016)

Saturday 19 February 2022


Director : Jo Sung-hee
Writer : Jo Sung-hee
Cast : Lee Je-hoon, Kim Sung-kyun, Park Geun-Hyung, Go Ara, Roh Jeong-Eui, Kim Ha-Na
Production Company : Bidangil Pictures
Distributor : CJ Entertainment, Netflix
Genre : Mystery / Thriller
Running Time : 125 minutes
Release Date : 4 May 2016 (South Korea)
Trailer :


Berlatarkan suasana 80-an, penyiasat Hong Gil-Dong (Lee Je-Hoon) mencari lelaki tua buta sebelah matanya bernama Kim Byeong-Duk (Park Geun-Hyung). Ada dendam yang perlu dilunaskan selepas 20 tahun dia mencari pembunuh ibunya. 

Pencariannya tak lama namun malangnya Byeong-duk diculik dan tinggalkan dua orang cucu di rumah. Gil-dong buat keputusan untuk bawa kedua-dua Dong-i (Roh Jeong-Eui) dan Man-sul (Kim Ha-Na) bersama supaya senang untuk dia ugut lelaki tua tersebut. 


Sangkanya kerja dia akan jadi lebih mudah sebab dia cuma perlukan masa hanya satu jam sahaja untuk menjejak di mana Byeong-duk tapi banyak strateginya gagal gara-gara mereka berdua. Gil-dong kemudiannya berjumpa dengan Kang Sung-Il (Kim Sung-Kyun) yang tahu identiti dan kisah silam dia sedangkan itu kali pertama mereka berdua bertemu mata. 

‘If you make it out of here alive, ask yourself. Where the old man is. And who you really are.’ – Kang Sul-Il


Phantom Detective yang ditulis dan diarahkan oleh Jo Sung-hee ni diinspirasikan dari kisah dongeng terkenal di Korea Selatan - “The Story of Hong Gil-dong”. Hong Gil-dong seakan sama dengan Robin Hood di mana dia akan mencuri dari si kaya korup dan agihkan harta tersebut kepada orang miskin. 

“I wanted to create a Korean version of an idiosyncratic hero, like James Bond,” - Jo Sung-hee

Watak utama Phantom Detective mungkin mempunyai nama yang sama dengan kisah dongeng tersebut tapi karakternya lebih kepada Sherlock Holmes. Dah nama pun detektif kan. Kebanyakan masanya dia menggunakan monolog untuk semua tebakan atau teori mengenai kes tersebut sebab dia bergerak solo walaupun dana dia datang dari Presiden Hwang (Go Ara). 


Misteri kisah silam Hong Gil-dong dan Kim Byeong-Duk hanya sub-plot yang dijadikan sebagai penghubung antara beberapa watak namun misteri terbesar adalah organisasi rahsia yang diuruskan oleh Kang Sung-Il. Organisasi ni agak besar juga sebab ramai menteri, pegawai atasan dan beberapa orang penting terlibat. Ada rencana mereka tersendiri dan motif penculikan Kim Byeong-Duk juga dijelaskan pada second half. Kesemua misteri ni yang buatkan kita rasa nak tahu jawapannya dan semuanya hanya dijelaskan pada hujung cerita. 

Penceritaan Phantom Detective pada first half agak laju sebab watak Gil-dong juga bergerak laju dan minda dia aktif berfikir itu dan ini. Bila masuk second half dah mula perlahan dan sarat dengan emosi sama ada dari Gil-dong mahupun kedua orang cucu Kim Byeong-Duk. Kim Ha-Na comel sebagai Man-sul yang petah bercakap walaupun dia dipaparkan sebagai comot kerana hidup dalam keluarga yang daif. 


Sinematografi dari Byun Bong-sun banyak bergantung pada VFX dan ada kalanya gagal buatkan kampung tersebut nampak hidup. Boleh nampak lah kebanyakan babak dalam movie Phantom Detective hanya dilakonkan dalam set. Movie ni lebih kurang sama vibe dengan movie Detective Byomkesh Bakshy! (2015) tapi sentuhan Dibakar lebih menarik berbanding movie Korea. Mungkin sebab guna actual location di Kolkata. 


Nevertheless, I still enjoy layan movie yang bertemakan penyiasatan dan kagum dengan kebolehan Gil-dong menyelesaikan semua misteri. Plot twist movie ni pun tak dijangka sampai kita persoalkan balik di mana titik permulaan yang sebenarnya. Action stunt dipaparkan dengan kemas dan tangkas. Director just add another reason to love Hong Gil-Dong from scenes to scenes. 

Movie terbitan Bidangil Pictures selayaknya dapat sekuel atau prekuel sebab organisasi tersebut masih belum dibongkar sepenuhnya dan Gil-dong masih lagi mempunyai musuh. Curious juga nak tahu siapa Presiden Hwang dan macam mana Gil-dong boleh bekerja dengan dia padahal masing-masing ada love-hate relationship. 


Nama Lee Je-hoon pun tengah naik sekarang gara-gara franchise drama Taxi Driver (2021) jadi tak salah kalau hidupkan balik karakter Hong Gil-Dong yang bijak ni. Boleh lah Je-hoon pegang imej antihero yang kacak. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.5, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.