DRAMA ADAPTASI POPULAR HOLLYWOOD, ‘GOSSIP GIRL’ VERSI INDONESIA KINI DI ASTRO

Friday 11 February 2022


XOXO | Drama siri popular Amerika Syarikat terbitan Warner Bros, Gossip Girl yang memaparkan kisah remaja dari keluarga sosialit di Manhattan telah diadaptasi dalam versi Indonesia dengan menggunakan tajuk ‘Gossip Girl Indonesia’ bakal temui penonton Malaysia buat pertama  kali  menerusi  platform  Astro. Drama  bersiri  9  episod  tersebut  telah  pun  memulakan tayangannya  pada  7 Februari lalu dan  boleh ditonton di  On Demand  serta Astro Citra, saluran 108 setiap hari Isnin, jam 9 malam. 

Versi asal Gossip Girl telah mendominasi 17 kemenangan sepanjang 4 tahun berturut-turut di Teen Choice  Awards.  Siri  tersebut  bukan  sahaja  berjaya  mencipta  fenomena  dan  menjadi  ikutan  trend dalam kalangan peminatnya, malah ia turut diadaptasi ke versi negara berbeza seperti di Turki (‘Kucuk Sirlar atau Little Secrets’, 2012), Tiongkok (‘China Girl’, 2012), Meksiko (‘Gossip Girl: Acapulco’, 2013), dan Thailand (‘Gossip Girl: Thailand’, 2015). 


Menariknya, versi Indonesia ini turut diselitkan dengan nilai dan budaya Nusantara, di samping dipadatkan lagi dengan elemen-elemen yang relevan untuk tontonan  masa  kini  seperti  gaya  fesyen  serta  teknologi,  yang  mana  versi  Hollywood  memaparkan penggunaan blog tetapi versi ini menggantikannya dengan platform Instagram.   

Gossip Girl Indonesia melibat gabungan bakat-bakat kreatif yang sering memberi sentuhan luar biasa pada karya-karya hebat. Menariknya, setiap 3 episod Gossip Girl Indonesia diarahkan oleh sutradara dan penulis berbeza. 


Antaranya pengarah filem ‘Berbagi Suami’ dan ‘Arisan!’, iaitu Nia Dinata yang bertindak sebagai showrunner, sutradara (episod 1, 2 dan 3) serta terlibat dalam penulisan skrip untuk semua episod. Lucky Kuswandi juga merupakan penulis skrip untuk episod 1, 2 dan 3.  Bagi episod 4, 5 dan 6 adalah di bawah arahan Pritagita Arianegara dan skrip oleh Melissa Karim dan Nia Dinata.  

Manakala episod 7, 8 dan 9 oleh pengarah Andri Cung dan skrip oleh Andri Cung sendiri bersama Nia Dinata.    Tidak lengkap Gossip Girl tanpa suara latar, jadi bagi versi ini pelakon dan penyanyi Ayushita Nugraha mengisi  peranan  ‘voice  over’  dalam  Gossip  Girl  Indonesia.  


Sementara  itu,  watak-watak  utama dibintangi  oleh  pelakon  muda  berbakat  besar,  seperti  Amanda  Rawles  (yang  sebelumnya membintangi filem Jailangkung) sebagai Serena Darsono, Baskara Mahendra (pelakon filem The Way I Love You) sebagai Denny Hakim, Jihane Almira (Ayat-Ayat Cinta 2) sebagai Blair Hadiningrat, Tatyana Akman (Ini Kisah Tiga Dara) sebagai Vanessa, Arya Vasco (Death Whisper) sebagai Nathaniel Siregar, Jerome Kurnia (Photocopier) sebagai Chicco Salim, Rayssa Dynta sebagai Jenny Hakim. 

Tidak lengkap Gossip Girl tanpa suara latar, jadi bagi versi ini pelakon dan penyanyi Ayushita Nugraha mengisi  peranan  ‘voice  over’  dalam  Gossip  Girl  Indonesia.  Sementara  itu,  watak-watak  utama dibintangi  oleh  pelakon  muda  berbakat  besar,  seperti  Amanda  Rawles  (yang  sebelumnya membintangi filem Jailangkung) sebagai Serena Darsono, Baskara Mahendra (pelakon filem The Way I Love You) sebagai Denny Hakim, Jihane Almira (Ayat-Ayat Cinta 2) sebagai Blair Hadiningrat, Tatyana Akman (Ini Kisah Tiga Dara) sebagai Vanessa, Arya Vasco (Death Whisper) sebagai Nathaniel Siregar, Jerome Kurnia (Photocopier) sebagai Chicco Salim, Rayssa Dynta sebagai Jenny Hakim.  

Berbeza dengan siri asal yang menormalkan isu percubaan gangguan seksual menerusi watak Chuck Bass  terhadap  watak  Serena  dan  Jenny. Versi  Indonesia pula  memberi  fokus  lebih  mendalam tentang  isu kesihatan mental serta  kesan  kepada  mangsa  gangguan seksual. Selain itu,  babak  Sambutan  Hari Kesyukuran  atau  'Thanksgiving'  di  versi  asal,  telah  digantikan  dengan  acara  berbuka  puasa.  Secara keseluruhan jalan cerita dan emosi cukup relevan dengan kehidupan sehari-hari.  

“Drama  siri  terkenal  Amerika Syarikat, Gossip Girl masih relevan dan menjadi salah satu siri yang diminati  sehingga  kini.  Pihak  kami  berasa  teruja  berpeluang membawakan  versi  adaptasinya  untuk  dipersembahkan  kepada penonton Malaysia buat pertama kali di platform Astro. Meskipun ia adalah adaptasi, namun beberapa elemen telah diubah bagi menyesuaikan dengan era terkini serta menyerapkan identiti lokal seperti nama dan isu sosial. Kami percaya, kehadiran drama siri Gossip Girl Indonesia di Astro mampu memberi keterujaan kepada peminat siri asal, di samping mampu menarik penonton baru terutamanya dari Gen Z. Ini  adalah  kali  pertama  kami  membawakan  karya  dari  platform  strim  di  Indonesia,  GoPlay.  Kami harap  ini  adalah  permulaan  yang  baik  buat  Astro  untuk  membawakan  karya-karya  Malaysia  pula menembusi platform strim di Indonesia kelak”- Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja  Jastina  Raja  Arshad  

“Kami rasa amat berbesar hati apabila  Top  Drama  Series  2020  di  platform  kami  temui  penonton global.  Kemunculan  GoPlay  Original  Series,  Gossip  Girl  Indonesia  di negara-negara  Asia  Tenggara  juga  membuktikan  filem  industri Indonesia  dan  tenaga  kreatif  kandungan  mampu  berada  setanding dengan  konten  berkualiti  antarabangsa.  Kami  percaya  dengan sokongan pemasaran oleh pihak Astro, Gossip Girl Indonesia dapat dipersembahkan kepada penonton sasaran dan sekali gus menarik peminat baru. Dalam pada itu, sejajar dengan misi Gojek dan GoPlay dalam mendominasi industri kreatif Indonesia di peringkat global, kerjasama ini turut membolehkan industri  seni  serantau  terus  berada  di  landasan  yang  tepat  dalam  memacu  cita-cita  ke  arah memberikan pengalaman berbeza kepada penonton serta memperluaskan lagi hasil karya seni dari negara Asia ke tahap lebih tinggi”. - Edy Sulistyo, CEO GoPlay 

Gossip  Girl  Indonesia  membawakan  cerita  tentang  remaja  dari  keluarga  golongan  sosialit,  Serena Darsono  yang  bersahabat  baik  dengan  Denny  Hakim,  Jenny  Hakim,  Blair  Hadiningrat,  Vanessa, Nathaniel  Siregar,  dan  Chicco  Salim.  Serena  merupakan  gadis  popular  di  sekolahnya  dan  telah menghilangkan  diri  tanpa  khabar  berita.  Sejak  itu,  sahabat  baik  Serena  iaitu  Blair  telah  mengambil tempat Serena. Apabila Serena kembali, kedua-dua mereka dilihat baik, namun hakikatnya tidak dan tercetus  persengketaan.  Dalam  pada  itu,  gerak-geri  mereka  telah  diawasi  oleh  akaun  Instagram terkenal @GossipGirl.Indo.  

Strim drama siri Gossip Girl Indonesia di On Demand atau Astro GO. Penonton juga boleh menonton di Astro Citra, saluran 108 setiap hari Isnin, jam 9 malam. Anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.  Ikuti  info  dan  klip-klip  menarik  tentang  drama  ini  menerusi  akaun  Instagram,  Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.  

3 comments

  1. Wahh..versi Indo pun ada. Boleh layan kalau ada masa free.

    ReplyDelete
  2. aida x pernah tonton both gossip girl.
    tq for reviewing.
    another idea on what to watch :)
    bila da naik keje, jarang dpt spent masa dgn series.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.