ShopeeFood Kini di Johor Bahru

Friday 25 February 2022

Selepas pelancaran di Lembah Klang pada 2021, ShopeeFood Malaysia memperluaskan perkhidmatannya ke Johor Bahru. Pengguna Shopee kini boleh mula memesan makanan menerusi ShopeeFood pada aplikasi Shopee mulai 24 Februari. Penghantaran akan meliputi kawasan utama di Johor seperti Johor Bahru, Tampoi dan Setia Tropika.

Perkhidmatan baharu ini akan menampilkan pelbagai jenama makanan antarabangsa dan tempatan yang terdapat di Johor Bahru. Ini termasuklah Mcdonald’s, Shake Shake, Old Town White Coffee, ZUS Coffee, Johnnys, Kenny Rogers Roasters, Oven & Fried Chicken, Soon Cafe, Banafee Village, Gatao Fried Chicken dan Anmour Cafe.

“Kami gembira dengan sambutan menggalakkan yang diterima di Lembah Klang dan ingin membawa kemudahan yang sama kepada pengguna Shopee di Johor Bahru. Kami berharap perkhidmatan baharu ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna dengan menawarkan lebih banyak pilihan, tetapi juga menggalakkan lebih ramai peniaga makanan dan minuman untuk mendaftar kedai mereka ke atas talian untuk mencapai lebih ramai pelanggan, sekaligus memacu pertumbuhan jangka panjang dalam era digital.” - Wong Chee Mun, Ketua Pembangunan Perniagaan, ShopeeFood Malaysia

Bersempena dengan pelancaran ini, mulai hari ini sehingga 28 Februari, ShopeeFood akan menawarkan penghantaran percuma dan diskaun sehingga 40% untuk makanan dan minuman dengan perbelanjaan minimum RM5 apabila membayar dengan ShopeePay pada aplikasi.

Selain itu dari 24 sehingga 28 Februari, pengguna Johor boleh menyertai peraduan eksklusif Order & Win. Dengan hanya perbelanjaan minimum RM20 untuk pesanan makanan, pengguna berpeluang untuk memenangi produk eksklusif KitchenAid dan baucar ShopeeFood bernilai sehingga RM8,000.

ShopeeFood turut memberikan tawaran istimewa selama dua hari kepada pengguna Johor pada 24 dan 25 Februari dengan potongan 30% untuk barangan terpilih daripada peniaga seperti ZUS Coffee, Shake Shake dan Kenny Rogers.

Dari 26 hingga 28 Februari, ShopeeFood akan menawarkan diskaun 60% baucar masa terhad pada jam 3 petang dengan perbelanjaan minimum RM15 untuk makanan dan minuman.

Pengguna juga akan berpeluang untuk mendapat tawaran dan promosi bagi Jualan Hari Gaji 25 Februari Shopee, yang berlangsung dari 20 hingga 25 Februari 2022. Menerusi jualan bulanan ini, pengguna akan menerima penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM5, tawaran RM25 untuk item terpilih daripada peniaga dan Pulangan Tunai Syiling Shopee 25% apabila mereka menambah nilai prabayar, membayar bil serta membuat pembayaran PTPTN mereka menerusi ShopeePay.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.