Guna Dialek Kelatan, Filem Seram Komedi ‘Hantu Mok Joh’ Gabungan Unsur Moden Dan Tradisional Dengan Gaya Kreatif

Wednesday 16 February 2022


Guna Dialek Kelatan, Filem Seram Komedi ‘Hantu Mok Joh’ Gabungan Unsur Moden Dan Tradisional Dengan Gaya Kreatif | "Amerul Affendi Cabar Diri Bawa Watak Menari Mak Yong” 

Filem  mahupun  drama  yang  mengetengahkan  dialek  Kelantan dilihat sering berjaya menarik perhatian penonton Malaysia, seperti filem No.1 terlaris Di Astro First, ‘Mael Totey The Movie’, telefilem yang pernah tular tahun 2018, ‘Pok Ya Cong Codei’, filem terbaik di Festival Filem Malaysia ke-25, ‘Bunohan’ dan banyak lagi. Terbaru, sebuah lagi filem dengan dialek Kelantan yang mengetengahkan genre seram komedi, HANTU MOK JOH bakal menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 17 Februari ini. 


Filem ini merupakan terbitan produksi Kentang Hijau Universal Production dan diarahkan oleh Asri Baq’U.  Filem yang menjalani sesi penggambaran di Kota Bharu, Kelantan ini menampilkan pelakon berbakat besar tanah air seperti Amerul Affendi (sebagai Yem), Fauziah Nawi (Mok Joh)  dan Aloy Paradoks (Heri)  sebagai  teraju  utama.  Menariknya,  Amerul  Affendi  sekali  lagi  mempertaruhkan  bakatnya dengan membawa watak yang memerlukan bertutur dalam loghat Kelantan dan menjadi penari Mak Yong. Malah, video klip sudutan dari filem yang memaparkan Amerul Affendi menari Mak Yong telah menerima reaksi positif daripada penonton.


Selain  itu,  filem  ini  turut  dibintangi  oleh  pelakon-pelakon  kelahiran  negeri  Cik  Siti  Wan  Kembang tersebut,  seperti  Aprena  Manrose,  Kamarool  Hj.  Yusoff,  Amir  Raja  Lawak,  Hushairi  Husain, Asrulfaizal Kamaruzaman, Mek Yun (Wee Yun Nee) wanita Cina tular fasih berbahasa Melayu, Kuna Munzani, Bea Rameshan serta pelakon Kodi Rasheed.  

Tidak hanya memfokuskan elemen seram dan komedi semata-mata, Hantu Mok Jah juga menyelitkan mesej-mesej pengajaran umum yang boleh dijadikan iktibar kepada penonton. Antaranya, menerusi watak-watak  masyarakat  komuniti  yang  mudah  percaya  pada  sesuatu  berita  tanpa  memeriksa kesahihan sumber; warisan seni tradisional yang harus diwarisi oleh generasi muda; sikap skeptikal terhadap seseorang mengikut negeri asalnya; suka melepak serta membuang masa; dan banyak lagi. 


“Hantu Mok Joh merupakan  filem  pertama  terbitan  Kentang  Hijau  Universal  Production  dan idea  asal  oleh  pengarah  filem  ini  sendiri,  Asri  Baq’U.  Pihak  kami  cuba menampilkan  kelainan  dengan  menggabungkan  elemen  seni  moden  dan tradisional.  Tambah  menarik,  dialog  filem  ini  mengangkat  budaya  Kelantan dan  memaparkan  kisah  kehidupan  masyarakat  setempat  yang  amat  dekat dengan  kita.  Menerusi  filem  ini  juga,  kami  cuba  membariskan  gabungan  pelakon  berbakat  dan ‘influencer’ (pempengaruh) media sosial bagi menjayakannya. Manakala skrip yang ditulis oleh Engku Seri  Kelantan  dan  Aloy  Paradoks  bukanlah  dialog  semata-mata,  tetapi  turut  menyelit  mesej-mesej tersirat dengan unsur pengajaran. Dengan kehadiran Hantu Mok Joh ini, kami mengharapkan filem ini bukan sahaja dapat menarik penonton di pantai timur sahaja, tetapi seluruh penonton Malaysia, dan terutamanya pencinta seni.” - Penerbit Eksekutif Filem Hantu Mok Joh, Udin Sham berkata, 


pula  menyatakan,  “Sebagai  sebuah  platform  yang mempersembahkan filem-filem tempatan kepada penonton Malaysia, kami bukan sahaja bertanggungjawab mengetengahkan karya yang mempunyai nilai hiburan dan jalan cerita yang baik, malah turut mengutamakan nilai budaya  dan  estetika.  Kelainan  Hantu  Mok  Joh  berbanding  filem  seram komedi  yang  lain  adalah  ia  diwarnai  dengan  unsur  seni  tradisional  seperti  Mak  Yong,  dikir  barat, patung  wayang  kulit,  dan  ini  sekali  gus  membuktikan  seni  warisan  boleh  dimartabatkan  menerusi filem  moden  dengan  gaya  kreatif.  Kami  harap  kehadiran  naskhah  ini  mampu  memperkasakan  lagi filem-filem yang menonjolkan  budaya lokal, di samping dapat menghiburkan penonton.”- Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw,  Raja Jastina  Raja  Arshad  


Kisah Hantu Mok Joh bermula apabila pelbagai andaian mula muncul rentetan dari kehilangan Mok Joh yang dikatakan mati kerana melanggar sumpah Saka Mak Yong yang dipeliharanya. Namun yang menjadi misteri ialah, sehingga kini jenazah Mok Joh masih belum ditemui. Penduduk kampung mula diganggu  makhluk  yang  dikatakan  sebagai  hantu  Mok  Joh.  Kedai  Kopi  Pok  Heng  yang  selama  ini kekurangan pelanggan, kini menjadi ruang para penduduk membincangkan isu panas tersebut.  


Saksikan filem seram komedi, Hantu Mok Joh yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 17 Februari 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go  atau  On  Demand.  Dengan  hanya  RM15,  anda  boleh  menonton  selama  48  jam  (2  hari)  secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw. 

1 comment

  1. baru nampak filem ni di Ig Ameerul Affendi, harap best la jalan ceritanya sebab barisan pelakon dia mantap sangat :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.