Movie Review : Detective Byomkesh Bakshy!

Monday 10 August 2020


Director : Dibakar Banerjee
Writer : Dibakar Banerjee, Urmi Juvekar
Cast : Sushant Singh Rajput, Anand Tiwari, Swastika Mukherjee, Neeraj Kabi, Meiyang Chang, Arindol Bagchi, Dr. Kaushik Ghosh
Production Company : Yash Raj Films, Dibakar Banerjee Productions
Distributor : Yash Raj Films
Genre : Mystery / Action / Thriller
Running Time : 135 minutes
Release Date : 3 April 2015
Trailer :


Cerita bermula pada November 1942 di Kolkata, India bila Green Gang menguasai business opium tapi dibunuh oleh beberapa orang misteri sebagai mesej kepada Shanghai.  Bergerak ke Januari  tahun 1943, Ajit Banerjee (Anand Tiwari) berjumpa dengan Detektif Byomkesh Bakshy (Sushant Singh Rajput) untuk minta bantuan cari ayah dia yang hilang selama 2 bulan. 


Bhuvan Banerjee adalah chemist genius di Kolkata tapi hilang tanpa pesan dan tiada peras ugut dari stranger. Duit dan barang berharga miliknya semua tersimpan dalam luggage. Bakshy syak Bhuvan Banerjee dibunuh. Dia pergi ke rumah tumpangan milik Dr. Anukul Guha (Neeraj Kabi) untuk siasat lebih lagi tentang misteri kehilangan Bhuvan. 


Di sana dia berjumpa dengan Kanai Dao (Meiyang Chang) yang menjual opium tapi secara legal kerana demand dalam bidang perubatan. Katanya nama Cina dia susah untuk disebut jadi ida tukar kepada Kanai. Bakshy perkenalkan diri sebagai detektif dan motif dia ke sana. Masa dinner dia dapat agak yang Ashwini Babu (Arindol Bagchi) tahu sesuatu sebab dia menggigil bila Bakshy mentioned kotak paan. 


Dia mengaku dia mencuri kotak paan Bhuvan tapi tak terlibat langsung dengan kehilangan apatah lagi pembunuhan Bhuvan. Ajit sakit hati dengan Bakshy bila ruled out murder instead of hilang. But somehow tekaan Bakshy tepat bila mayat Bhuvan dijumpai di kilang milik ketua parti, Gajanan Sikdaar (Dr. Kaushik Ghosh) yang dah lama ditutup. 

Lepas Bakshy berjaya selesaikan misteri kehilangan Bhuvan, makin banyak pembunuhan yang berlaku di Kolkata dan Bakshy akhirnya berjumpa dengan dalang yang sebenar tapi apa plan yang dirancang oleh Bhuvan sehingga melibatkan banyak nyawa dan mengundang peperangan besar di Kolkata? Bakshy ada jawapannya. 


Movie yang diadaptasikan dari novel bersiri Detective Byomkesh Bakshy! karya penulis Sharadindu Bandyopadhyay dan diterbitkan pada tahun 1932. Director Dibakar Banerjee dah beli hak milik kesemua 31 novel sebelum hasilkan movie bertemakan detektif. Tapi sayangnya disebabkan sambutan yang kurang memuaskan, tak dapat tengok sequel. 


Tahun 2016 Dibakar ada buat statement yang dia tengah siapkan skrip untuk Detective Byomkesh Bakshy! 2 tapi berita terhenti setakat tu sahaja. Since movie Detective Byomkesh Bakshy! dah dapat sambutan di OTT platform, mungkin ada berita gembira walaupun Sushant dah tak ada. Hopefully Dibakar akan cari pelakon yang setaraf dengan lakonan Sushant supaya watak detektif ni hidup and also as tribute for his great performance and sheer panache as Bengali detective. 


Sebelum start shooting semua cast perlu masuk workshop selama dua hingga 3 bulan untuk prep role dan Sushant akan spend time di Kolkata untuk belajar culture Bengali supaya lakonan dia nampak convincing on screen. 

Sebagaimana yang digambarkan dalam movie Detective Byomkesh Bakshy! ni, begitu lah juga suasana dan keadaan bandar Kolkata suatu ketika dahulu yang dipenuhi dengan kaum Cina dan juga opium. Dari lensa Nikos Andritsakis, set yang dibina oleh Vandana Kataria tampak hidup dan meyakinkan juga mengimbau kembali keadaan ketika Perang Dunia Kedua semasa penjajahan British dan Jepun. Manish Malhotra deliver his best with costume design and style. 


Music score yang sharp dan havoc dari Sneha Khanwalkar sesuai dengan garapan Dibakar dan Urmi Juvekar especially bila Bakshy berjaya crack mystery dalam kes ni. Walaupun citarasa tepat tapi music album Detective Byomkesh Bakshy! hanya sesuai di dalam movie. 


For mystery lovers, Detective Byomkesh Bakshy! is the perfect movie for you. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

22 comments

  1. story line ni nampak menarik gila

    ReplyDelete
  2. Hindi punya filem kalau di teliti diaorang lebih hebat dari Hollywood. Dia orang bagi nampak rela punya dari set sampai la ke imej diaorang tu. Tak hairan la masuk bengkel pun sampai 2,3 bulan..

    ReplyDelete
  3. Macam best jer citer ni. Akak ni suka gak tgk cter tamil citer hindi api lama dah tak tengok hehehe ..

    ReplyDelete
  4. Wah.. misteri.. nak cuba tengoklah.. TQ Farhanna untuk review yang best nie..

    ReplyDelete
  5. baru tahu Kolkata pernah dipenuhi dengan kaum Cina..ingatkan sana hanya ada India saje..

    ReplyDelete
  6. Wow......rajin sungguh Sis Hana tengok movie Bollywood eh. Kita dah lama sgt x follow film Bollywood. However, thank you krn telah byk bagi saya knowledge pasal film Bollywood. Keep on the good work.

    ReplyDelete
  7. Cetia Tamil ni best kan. Nanti nak tengok cerita yang yang suggest ni. Dah kering idea nak tengok cerita apa kat Netflix. Hehehe.

    ReplyDelete
  8. sekali sekala tengok filem tamil pun best jugak..BBL sampai dah bosan tak tahu nak tengok apa dalam netflix tu haha

    ReplyDelete
  9. Mantap ni siap kena attend workshop. Bagus para pelakon tunjukkan dedikasi nak hidupkan watak. Menarik untuk ditonton

    ReplyDelete
  10. Pwrgh cerita banyak aksi ni. Jarang tengok cerita tamil.. Hehehe.. Kalau betul2 best baru tengok

    ReplyDelete
  11. Kolkata dipenuhi kaum Cina? Wow baru tahu tentang fakta ni. Nak kena tengok gak la citer ni nanti

    ReplyDelete
  12. Sy suka genre mcm ni.. x terlalu beray dan menghiburkan. Tq rekomen cerita ni.. mmg sgt menarik

    ReplyDelete
  13. Dah lama tak tonton filem Hindi kecuali bila free semasa dirayangkan di TV sahaja. Itu pun tengok siapa yang berlakon haha

    ReplyDelete
  14. jarang tengok filem tamil. biasa kat tv je tengok tu pun kalau menarik. thanks sharing

    ReplyDelete
  15. Lama juga Sis nak tanya...Farhana dah boleh faham dan cakap tamil tak? Sebab duk hari-hari nengok cite tamil hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dengar lagu tu dah faham la dia sembang apa, tengok movie ikut loghat jugak. Kalau yang pekat tu tak la faham sangat. Cakap sikit2 je boleh

      Delete
  16. Unfortunately, I have not seen really worthy films for a long time, and this film was also no exception, it did not bring me the proper pleasure and I regretted not having spent time at the syndicate casino welcome bonus in Australia. It would be much more fun, and perhaps it would also bring me some additional income, as is often the case. In general, think for yourself))

    ReplyDelete
  17. Erm.. husband mybe layan cerita tamil.
    Kalau kta ni.. tak sempat nak duduk ngadap tv lelama.
    😅
    Tapi orang selalu kata, drama Tamil ni menarik kalau
    pandai hayati..

    ReplyDelete
  18. wow, macam best ! lagi-lagi skarang ni saya memang di rumah saja, so sesuai sangat saya layan semua movie yang ada haha

    ReplyDelete
  19. TB suka cerita tamil dan hindustan.. dua-dua TB layan.. hahaha.. tapi hubby tak suka pulak.. hahaha.. apa-apa pun filem tamil kalau part bercintan i dont like.. tapi kalau filem macam ni.. sukaaa.. heheh

    ReplyDelete
  20. Film mcm ni my husband favorite.. dia mnf suka tgk film hindi/tamil

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.