Saturday, 15 August 2020

Movie Review : Khuda Haafiz


Director : Faruk Kabir
Writer : Faruk Kabir
Cast : Vidyut Jammwal, Shivaleeka Oberoi, Annu Kapoor, Shiv Panditt, Aahana Kumra, Vipin Sharma
Production Company : Panorama Studios
Distributor : Disney+ Hotstar
Genre : Action / Thriller
Running Time : 133 minutes
Release Date : 14 August 2020
Trailer :


Dek kerana kegawatan ekonomi yang menimpa negara India pada tahun 2008, pasangan suami isteri, Sameer Chaudhary (Jammwal) dan Nargis (Oberoi) terdesak mencari kerja setelah 3 bulan menganggur. Mereka berdua submit application kepada Nadeem (Vipin Sharma), ejen di Ansaar Overseas Recruitment. 

Katanya peluang pekerjaan di negara Arab Saudi cerah sangat dan akan dapat duit yang besar. Seminggu kemudian Nadeem datang ke rumah Sameer dan Nargis bawa berita gembira yang permohonan Nargis untuk bekerja sebagai Human Resources di Noman berjaya.

Awalnya Sameer keberatan nak lepaskan isteri dia sebab Nargis akan uruskan semua benda sorang-sorang je dekat sana. Tapi Nargis yakinkan Sameer yang dia boleh jaga diri. Tak lama lepastu pun, Sameer akan datang juga ke Noman bila permohonan dia diterima. Sameer pesan supaya contact dia sebaik saja sampai di Noman. 

Lepas lama dia menunggu baru dapat panggilan Nargis tapi isteri dia merayu bawa dia balik ke India. Sameer bergegas cari Nadeem supaya uruskan visa dan semua details yang berkaitan dengan agensi pekerjaan di Noman.


Tak kenal siapa, tak tahu pun selok-belok negeri Noman, Sameer cuba dapatkan bantuan pegawai dari Kedutaan India – IK Mishra. Tapi sementara menunggu, Sameer dan juga pemandu teksi Usman Hamid Ali Murad (Annu Kapoor) mencari Nargis lepas dapat tahu Nargis dijual ke rumah pelacuran di Baithu Saif, Noman.


There’s nothing new pun pada jalan cerita Khuda Haafiz sebab kita dah biasa tengok plot macam ni. Cuma lakonan Vidyut Jammwal sahaja yang menjadi kekuatan. Kalau sebelum ni kita nampak dia lebih kepada action stunt, dalam movie ni dia kena mainkan watak suami yang takut kehilangan isteri. Banyak juga scene yang dia menggeletar ketakutan, berbeza la dengan watak dia dalam franchise Commando, movie Force ataupun Junglee bila dia lebih tenang dan main langgar je sebab dia tak attach dengan sesiapa. Dalam movie Khuda Haafiz dia kena jaga Nargis.


I tak tahu macam mana Kedutaan India bekerja tapi agak kelakar bila Sameer buat laporan kehilangan dan pegawai pun sedia maklum yang perkara tu urgent tapi dia suruh Sameer bertenang sampai lusa. Kenapa Sameer tak bawa surat dari polis India sedangkan polis India ikut sekali jumpa Nadeem dan ambush office dia? 

Even Insp Faiz (Shiv Panditt) dan Tamina (Aahana Kumra) pun agak lambat bekerja. Tak perlu pun tunggu Sameer ceritakan balik apa yang jadi sebab first thing to do check CCTV sebab Nargis hilang dekat airport. Lagi kelakar diorang suruh Sameer tengok 15 camera serentak. Kan senang fokus dekat kamera dari hall mana flight dari India mendarat.


Since I pun tak letak expectation tinggi dekat plot, so that’s okay lah. Sebab kalau layan movie Vidyut of course lah nak tengok action stunt dia. Movie ni tak sesuai untuk tontonan keluarga sebab scene dia fight tu agak gore especially part dia berlawan dekat rumah pelacuran Iztek Regini. 

Visual dan sinematografi hasil kerja Jitan Harmeet Singh pun cemerlang dalam memaparkan keindahan dan budaya penduduk Uzbekistan. Bandar Noman dalam movie ni cuma rekaan. Suka tengok tanah perkuburan di Noman sebab dia buat ala kubu. Tak tahu la kalau betul-betul wujud kubur macam tu tapi bila Google tak jumpa pula.




Music score Khuda Haafiz mainkan peranan untuk hidupkan suasana emosi dan percintaan antara Sameer dan Nargis. Lirik Khuda Haafiz dengan suara serak basah Vishal Dadlani tepat menggambarkan perasaan Sameer masa perjumpaan terakhir dia dengan Usman. Berserah.


Nak compare dengan movie Baaghi 3 sebab plot lebih kurang sama, I prefer Khuda Haafiz more sebab lebih realistik dan relatable dengan hidup manusia biasa. Lakonan, music score, visual semua on point. Recommended! 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10

3 comments:

  1. kesiannya bila suami dah bagi kerja jauh , kena tipu pula . tulah yang jadi kadang kadang . suka jalan cerita dia

    ReplyDelete
  2. Macam best pulak baca sinopsisnya ni

    ReplyDelete
  3. muzik dan storyline kalau kena memang buat filem tu lagi ohsem..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!