Sunday, 16 August 2020

Movie Review : Gunjan Saxena - The Kargil Girl


Director : Sharan Sharma
Writer : Nikhil Mehrotra, Sharan Sharma
Cast : Janhvi Kapoor, Pankaj Tripathi, Angad Bedi, Ayesha Raza Mishra, Riva Arora
Production Company : Dharma Productions, Zee Studios
Distributor : Netflix
Genre : Biopic / Drama
Running Time : 112 minutes
Release Date : 12 August 2020
Trailer :


Biopic Gunjan Saxena, pilot perempuan pertama di India Air Force yang berjaya dalam Kargil War pada tahun 1999. Movie yang diterbitkan oleh Dharma Productions dan Zee Studios yang disiarkan di Netflix adalah kisah impian Gunjan Saxena dan cabaran yang perlu dia lalui sebagai pilot. 


Kalau dalam movie Gunjan atau mesra dipanggil Gunju (Riva Arora) mula bercita-cita untuk jadi pilot lepas dapat peluang masuk ke kokpit dan berjumpa dengan pilot. Berbeza dengan kisah sebenar Gunjan yang membesar dalam keluarga tentera. Disebabkan sepupu dia adalah pilot dalam Air Force, Gunjan banyak belajar tentang pilot dari situ. 


Awalnya Gunjan (Janhvi Kapoor) cuma belajar sehingga sekolah menengah supaya dapat teruskan impian dia bila minimum requirement cuma 10th grade. Tapi setiap tahun requirement akan berubah dan makin lama, fees semakin meningkat. Keluarga Gunjan hadapi masalah kewangan untuk tunaikan impian dia. 

But thanks to her dad, Anup Saxena (Pankaj Tripathi) yang banyak bagi semangat dan sokongan kepada anak perempuan kesayangan, Anup isi borang supaya Gunjan masuk pemilihan India Air Force. Kirti Saxena (Ayesha Raza Mishra) bimbang anak dia akan kahwin lambat. Anshuman (Angad Bedi) pula risaukan keselamatan adik dia dalam kem tentera. Zaman tu perempuan selalu dipandang rendah, tak akan dapat layanan yang sama rata. Bagi Anshu, ayah dia terlebih manjakan Gunjan sampai lupa faktor penting. 


Gunjan pula tetap dengan impian dia sebagai pilot dan buat yang terbaik walaupun dipulaukan dan dipandang rendah sepanjang sesi latihan. Dia tak dapat peluang untuk terbang helikopter dan sesi briefing pula diganti sebab satu kelas taknak perempuan yang mengajar. Which is quite dramatic and nonsense lah sebab IAF sendiri yang buka ruang dan peluang kepada wanita masa tu. Gunjan sendiri bagitahu IAF banyak bantu dia sepanjang sesi latihan di sana. 


Mungkin Dharma highlight supaya dapat angkat tema feminism sehingga memberi impak negatif kepada IAF. Dharma sendiri dah berjanji akan beri jaminan movie biopic ni akan suntik semangat dan beri inspirasi kepada generasi muda tapi sebaliknya pula yang berlaku. 


Plot first half lebih terarah kepada impian Gunjan untuk jadi pilot dan bonding antara ayah dan anak perempuan. Dekat first half pun dah berapa kali menangis sebab banyak halangan Gunjan untuk jadi pilot. Visual and music score banyak main peranan untuk set tone and vibe more warmth and homely. Dialog antara kekuatan movie Gunjan Saxena. 

‘Whether it's a man or a woman flying the plane, they're both called pilots. And if the plane doesn't care who is flying it, then why should you?’


At first macam ragu-ragu nak tengok sebab lakonan Janhvi dalam trailer nampak plain sangat macam dalam Ghost Stories. Tapi I tengok jugak sebab movie ni trending dekat negara luar so there’s must be something good kan? Plus ada Pankaj Tripathi. Lepas tengok movie ni tak lah teruk sangat lakonan Janhvi, tak lah cemerlang tapi tak lah teruk. Ada some part dia berjaya portray the exact emotion but at some scenes dia mendatar bila kita expect dia boleh bagi lebih. 


Sesuai sangat Dharma dan Zee Studios pilih tarikh untuk release pada minggu yang sama dengan Hari Kemerdekaan India. Walaupun watak Gunjan cuma nak jadi pilot tapi dari IA dia belajar untuk jadi tentera yang berani dan pertahankan negara dia. 


‘Air Force needs pilots who are patriots. But I just want to fly planes. I’m not being a traitor to the country for my dream, am I?’

‘What’s the opposite of treachery?’

‘Sincerity.’

‘If you do your work with sincerity, you cannot be a traitor to the country. You think Air Force wants people who shouts Hail India? No, they want cadets with goal, passion who are sincere and work hard at their training because those cadets that make the best officers who give their country their best.’ 


Recommended!

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.2/10

19 comments:

  1. Menarik gak baca sinopsis ni... memang suka tgk citer kisah benar mcam ni cuma tak ada Netflix lg huhu..

    ReplyDelete
  2. Sure menarik ni sebab memang suka story askar2 ni . Nanti kita cari dan tonton sebab takde Netflix. Boleh tengok weekend ni

    ReplyDelete
  3. Rawlins bukan sejenis yang suka menonton autobiography movie sebegini. But I dont mind watching this - perhaps over the weekend boleh la tonton kan

    ReplyDelete
  4. bagusnya semangat yang ditunjukkan dan dapat keluarga yang sangat supportive macam tu. bolehla tonton movie ni nanti

    ReplyDelete
  5. LH suka movie-movie yang inspirational sebab boleh jadi penyuntik semangat and motivasi.

    ReplyDelete
  6. baca pun dah teruja nak tengok...tapi memang suka cerita macam ni ,harap satu hari nanti Malaysia pun mampu buat filem sebaik ini ...semangat patriotik ...banyak pengajaran pun yer....

    ReplyDelete
  7. Wahh peminat filem hindi ni sekarang hehehehe kita tak berapa sangat tapi ok lah ada juga yang boleh baca review macam ni macam cerita pasal pilot wanita pertama India menarik tu... Cuma barisan pelakon kita tak kenal sangat..

    ReplyDelete
  8. Dah tgk cerita ni. Mmg best. And ianya based kisah benarkan. Suka dengan sifat anak perempuan yg x putus asa dan od yg sama kehadiran ayah dan dada abg dia sgt supportive

    ReplyDelete
  9. aaa macam menarik cerita dia..suka jenis movie yang motivated macam ni...buat kita rasa inspired dengan kata2 dan dialog dalam tu..

    ReplyDelete
  10. Boleh laa nanti nengok melayan hari cuti Merdeka nanti heheheh...

    ReplyDelete
  11. Perempuan jadi pilot. Haa menarik. Lain daripada yang lain cerita ni. Tapi memang kalau ayah memang sayang anak-anak perempuan dia. Tekad sungguh dia nak jadi pilot kan. Boleh tengok cerita ni. Best layan dengan keluarga.

    ReplyDelete
  12. Mesti best ni.. Betul perempuan dipandang rendah.. Cerita ni bagi semnagat dengan org perempuan utk capai apa yang diimpikan

    ReplyDelete
  13. Movie yang menyuntik semangat.. bagus..

    ReplyDelete
  14. Wah. Ada movie baru best yang belum layan rupanya. Ok kejap lg downlod 🤣🤣 tinggi juga rating sis bagi tu 9.2/10. Selalu filem Zee studios ni memang best dan layannnn

    ReplyDelete
  15. Cerita india suka tnjukkan penindasan pada perempuan. Tu kdg geram nak tengok. Kalau sampai menangis tu kira best lah kan

    ReplyDelete
  16. Alamak, beratur la senarai movie nak kena tengok ni. banyak movie yang farhanna tengok, ika x sempat tgk lagi huu. tgk rate awak kasi nampaknya mmg best

    ReplyDelete
  17. Baca sinopsis macam menarik je jalan cerita. Boleh lah masukkan dalah list movie yang bakal tengok nanti. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  18. Baru lepas tgk cite ni.. Mmg best sgt smpi meleleh lah air mata ni juga.. Hmm mcm boleh 2md round je

    ReplyDelete
  19. Woww.. Cerita cam ni mmg AM suka tgk.. Boleh la mula search cari cerita nie mlm nie.. Layannnn

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!