Wednesday, 5 August 2020

Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat, Ayam Brand & JAKOA Bantu Komuniti di Kampung Orang Asli Changkat Bintang, Selangor

Pantri komuniti #AyamBersamaMu kini berdiri dengan sendiri di 13 lokasi di seluruh negara dengan kerjasama komuniti yang menyumbangkan dan mengambil keperluan harian seperti makanan, bagi membantu mereka yang memerlukan, dan disokong oleh sumbangan produk dari Ayam Brand, Mission Foods dan Alce Nero, antara yang terlibat.

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) sedang bekerjasama dengan Ayam Brand™ bagi membawa kempen kebajikan komuniti viral #AyamBersamaMu ke komuniti Orang Asli di Selangor. Komuniti Orang Asli turut terjejas mata pencarian akibat kurangnya peluang ekonomi ekoran wabak COVID-19.

The Director General of JAKOA, Prof Dr Juli Edo (centre) togather with the Orang Asli communities in Kampung Orang Asli Changkat Bintang, Selangor

Versi kempen kebajikan komuniti tersebut yang diubahsuai kini sedang dilancarkan di Kampung Orang Asli Changkat Bintang dengan bekalan produk Ayam Brand dan Alce Nero untuk sebulan bagi kegunaan 39 keluarga Orang Asli.

Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo berkata kempen #AyamBersamaMu diperlukan sebagai sokongan dalam bentuk nyata dan psikologi bagi komuniti Orang Asli menerusi sumbangan makanan keperluan dalam tempoh sukar ini.

Villagers (left) in Kampung Orang Asli Changkat Bintang receiving 1 month canned food supply from Ayam Brand

“Pakej rangsangan yang disediakan untuk Orang Asli telah membantu banyak komuniti tetapi mereka masih menghadapi cabaran ekonomi, khususnya dalam menyara hidup keluarga. Kempen #AyamBersamaMu ini merupakan bantuan yang positif dan tepat pada masanya bagi komuniti Orang Asli, dan menjadi peringatan buat mereka bahawa mereka tidak keseorangan. Ada organisasi dan individu yang prihatin akan nasib mereka. Ucapan terima kasih kami buat Ayam Brand dan Alce Nero di atas kemurahan hati syarikat-syarikat ini menyumbangkan produk makanan sihat berkualiti premium,” kata Prof Dr Juli Edo.

Oleh kerana komuniti-komuniti ini tinggal jauh di pedalaman, JAKOA akan mengendalikan sokongan logistik dan menyelaraskan tugas dengan Tok Batin dan orang tua-tua di kampung dalam mengedarkan sekotak 27 produk kepada ketua-ketua keluarga dalam setiap komuniti, dan pada masa yang sama mengamalkan penjarakan sosial.

“Komuniti-komuniti ini amat terjejas di segi ekonomi, dan sumbangan barangan makanan yang tahan lama merupakan penghubung nyawa yang penting. Kami berharap lebih banyak organisasi akan menyertai kempen #AyamBersamaMu atau memulakan usaha kebajikan sendiri,” tambah beliau.

JAKOA picking up the Ayam Brand products from Ayam Brand office

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal dan menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.

Kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu turut memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh, golongan gelandangan, golongan OKU, anak yatim, ibu tunggal dan orang tua sejak wabak Covid-19 melanda Malaysia. Dianggarkan 20,000 produk Ayam Brand telah diedarkan setakat ini.

“Kami telah menyantuni pelbagai komuniti, terutama mereka yang memerlukan menerusi kempen kebajikan komuniti ini, dan and berpuas hati bekerja dengan JAKOA bagi membantu komuniti Orang Asli. Produk-produk kami sarat dengan zat makanan dan rendah kandungan gula dan garam, menjadikannya sesuai untuk pemakanan Orang Asli. Kami mengubah suai konsep pantri komuniti kerana kekurangan penderma disebabkan lokasi yang terpencil. Kami mengalu-alukan jenama lain untuk turut serta dalam membantu komuniti ini. Kesimpulan daripada kempen #AyamBersamaMu ini adalah kita mampu bantu-membantu sebagai satu komuniti,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia, Cik Teoh Wei Ling.

The kids in Kampung Orang Asli Changkat Bintang received the pasta products from Alce Nero

Kempen #AyamBersamaMu ini umpama pucuk dicita ulam mendatang bagi penduduk Kampung Orang Asli Changkat Bintang di Selangor.

“Waktu ini merupakan tempoh sukar bagi kami kerana aktiviti ekonomi di kawasan kami telah berkurangan dan peluang tidak banyak. Sumbangan oleh Ayam Brand dan JAKOA ini meringankan kesusahan kami dalam menyara keluarga. Kami amat menghargai rasa timbang rasa dan kuantiti produk berkualiti yang disumbangkan. Ini mampu memastikan kesemua 39 keluarga di sini cukup makan untuk sekurang-kurangnya sebulan. Kami belum pernah mencuba tuna, saba atau pasta jadi ini juga merupakan pengalaman baru buat kami!” terang Tok Batin Hassan bin Kaku.

Seorang penduduk kampung, menganggap sumbangan yang diberi ini sebagai durian runtuh yang amat dialu-alukan oleh komuniti Orang Asli Changkat Bintang.

“Kami semua kenal jenama Ayam Brand, tetapi ia kami anggap mewah dan hanya untuk majlis istimewa. Dan kini kami ada cukup untuk sebulan. Malah kami tidak perlukan alat pembuka tin untuk menikmati tuna, saba, kacang panggang dan santan ini. Kami berasa seolah-olah seluruh rakyat Malaysia bersama kami di dalam kempen #AyamBersamaMu ini,” kata penduduk kampung.


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu, layari https://www.ayambrand.com.my. 



About Ayam Brand

Ayam Brand, a household name in Malaysia and Asia for 128 years, is famed for its wide range of quality and healthy canned food that are preservative free and contain no added MSG. Ayam Brand products are manufactured in state-of-the-art facilities that meet the highest international standards with worldwide-recognized certifications (HACCP, ISO 9001) and are certified ‘Halal’. Since 2013, Ayam Brand has been ranked in the Top 10 of Malaysia’s most chosen FMCG brands, according to the Kantar Worldpanel’s Brand Footprint Study.

13 comments:

  1. i read someone else post this as well....
    is this paid post?

    ReplyDelete
  2. Tahniah ayam brand masih teruskan kempen amal. Semoga bermanfaat kepada yang memerlukan.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, tahniah Ayam Brand atas usaha ni..

    ReplyDelete
  4. Inisiatif yang bagus oleh Ayam Brand. Diantara jenama yang sentiasa tak putus berkongsi rezeki.

    ReplyDelete
  5. Bagus kerja amal begini. Inisiatif halus dan sangat bernas. Tahniah Ayam Brand.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah good job ayam brand. mpga bermanfaat untuk semua. inisiatif yang baik

    ReplyDelete
  7. Bagus program CSR Ayam Brand ni.. menyantuni golongan yang terkesan dengan Pandemic Covid19 ni.. Kipidap

    ReplyDelete
  8. Alhamdulilah, tak pernah melupakan mereka yang susah kan Ayam Brand ni, ada aje dia membantu...moga Ayam Brand terus maju untuk terus membantu mereka yang memerlukan..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, terbaik ayam brand. Banyak lrogram kebaikan diaorg buat erk.. Kali ni bantu orang asli pulak.. Diaorg plaimg terkesan masa covid ni..

    ReplyDelete
  10. Bagus ada kempen macam ni. Sekurang kurangnya ada juga yang prihatin pada
    golongan orang asli ni kan.
    Dan mereka juga perlu dibantu.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, satu insiatif terbaik daripada ayam brand. seronok tengok pelbagai program dijalankan untuk membantu pelbagai pihak: )

    ReplyDelete
  12. bagus betul usaha ayam brand nie..

    ReplyDelete
  13. Bagus betul kempen dan usaha ayam brand dalam membantu golongan Yang memerlukan. Diharp kempen ini akn berterusan sampai bila-bila

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!