Movie Review : Blood Money

Thursday 27 August 2020


Director : Vishal Mahadkar
Writer : Upendra Sidhye
Cast : Kunal Khemu, Amrita Puri, Teeshay Shah, Puja Gupta, Manish Chaudhary, Mia Evonne Uyeda 
Production Company : Vishesh Films
Distributor : Vishesh Films, Viacom 18 Motion Pictures
Genre : Crime
Running Time : 109 minutes
Release Date : 30 March 2012
Trailer :


Kunal Kadam (Kunal Khemu) dengan Aarzoo Kadam (Amrita Puri) sampai ke Cape Town, South Africa dengan harapan hidup mereka berdua suami isteri akan berubah. Dari bekerja di sebagai penjual biasa, Kunal dapat tawaran bekerja sebagai sales executive di Trinity Diamonds. Kawan Kunal, Sean (Teeshay) dan isteri dia, Nandini (Puja Gupta)yang banyak membantu.


Baru pertama kali join business deal, Kunal dah mampu crack business deal bernilai 30 juta walhal nilai asal ialah 25 juta. Disebabkan skills dia, Kunal diberi komisyen tinggi. Hasil dari kerja dia, Kunal hadiahkan Arzoo rantai leher berlian. Dari situ dia mula jadi tamak dan workaholic lepas dinaikkan pangkat oleh boss dia, Dharmesh Zaveri (Manish Chaudhary)hingga abaikan Arzoo. 


Sebelum ni Arzoo dah risau bila kemewahan yang mereka berdua dapat ni cuma hiasan di sebalik perkara jahat yang mendatang sama macam kisah Hansel dan Gretel yang terpedaya dengan helah licik witch. Tapi Kunal anggap Arzoo cuma bersangka buruk dan paranoid. Makin lama hidup mereka berdua mula kelihatan seperti sangkaan Arzoo. 

Rosa (Mia Evonne Uyeda) pula makin galak mengacau Kunal baik di pejabat ataupun selepas waktu kerja. Adik Dharmesh, Dinesh Zaveri (Sandeep Sikand) yang bekerja sebagai sales manager pula makin menyampah dengan Kunal dan berniat untuk bagitahu Arzoo tentang affair Kunal dengan Rosa.  Dalam masa yang sama, Inspektor Bobby Kapadia (Karan Mehra) mengintip gerak-geri Kunal sebab dia syak Trinity Diamonds ada kegiatan-kegiatan haram yang melibatkan dadah dan senjata api. 


Template movie Blood Money lebih kurang sama dengan movie-movie lain terbitan Mahesh Bhatt bila berkisarkan tentang kegiatan haram dan watak hero yang stuck antara jenayah dan prinsip kehidupan. Scene Nandini nasihatkan Arzoo tentang jerat kemewahan yang dia ada tu agak padu jugak lah. Bila kita dah terbiasa dengan benda bagus, boleh ke kita hidup dalam keadaan serba-serbi kekurangan? Sama juga dengan scene Dharmesh tanya Kunal dia nak tahu kebenaran ataupun enjoy nikmat yang ada depan mata dia. 


Masa tengok movie ni agak menyampah jugak lah dengan watak Arzoo sebab terlampau mengharapkan Kunal sedangkan dia ada duit dekat tangan. Macam-macam dia boleh buat daripada duduk terperap dekat rumah dan menangis. Walaupun Kunal abaikan dia, tapi memang betul la Kunal keluar bekerja untuk dia hidup selesa. Tapi tu lah, movie ni tahun 2012 so masa tu tak strong lagi independent lifestyle ni walaupun lagu Miss Independent Ne-Yo dah keluar tahun 2008. 


Visual quite okayish sebab tak banyak pun outdoor shooting since most of the time dekat dalam office je ataupun dekat rumah Kunal dan Arzoo. Sayang lah shooting sampai Cape Town tapi tak banyak view cantik. Menyampah bila Nigam Bomzan banyak kali ambil shot dari bawah. Tak ada apa yang menarik pun dari angle tu. Music album Blood Money not bad lah sebab ada juga lagu yang best. Masa album ni keluar pun banyak juga positive reviews. 


Jalan cerita Blood Money ni not bad lah sebab ada plot twist tapi thrill tu tak ada. Sepatutnya masa scene dekat Italian restaurant tu, masukkan la scene Dharmesh ugut nak bunuh Kunal sebab dia dah tahu rahsia company. Baru la nampak dia stuck dengan life dia. Kenapa nak tunjuk watak dia berprinsip jujur sedangkan dia pilih untuk hidup mewah walaupun tahu kemewahan dia bersyarat? 


Overall movie ni mehhh for me

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 4.5/10

4 comments

  1. Perempuan kan emo.. like dia sebenarnya bukan nak sngt duit si kunal tu..tapi more like attention, then ngs... sighh ....

    ReplyDelete
  2. Akak dah lama gak blogwalking blog awak.. Tpi byk xreti nk komen lgi2 cita hindi ni.. Sebab dah jaranggggg gila tgk cita hindi nii...hahahha..datang sebab nak tengok ada update pasal pokok2 tanaman tak🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kita dah stop dah kak liaaaa sebab rumah tak kena panas sangat. Kucing pun asyik korek pokok je haaaaa sakit hati dibuatnya

      Delete
  3. Bila buat watak perempuan meleweh dan tak berdikari memang kurang umph la nak tengok..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.