Movie Review : Mohenjo Daro (2016)

Sunday 30 August 2020


Director : Ashutosh Gowariker
Writer : Preeti Mamgain
Cast : Hrithik Roshan, Pooja Hegde, Arunoday Singh, Kabir Bedi, Manish Choudhary, Nitish Bharadwaj, Umang Vyas
Production Company : Ashutosh Gowariker Productions Private Limited
Distributor : UTV Motion Pictures
Genre : Historical / Romance / Action
Running Time : 155 minutes
Release Date : 12 August 2016
Trailer :


Bagi yang tak pernah tahu sejarah kota Mohenjo Daro, kawasan sejarah ni antara UNESCO World Heritage site yang dijumpai pada tahun 1920 dan diiktiraf pada tahun 80-an. Kota ni musnah akibat banjir besar yang menenggelamkan Mohenjo Daro. 


Dalam movie ni boleh nampak macam mana seni pembinaan kota Mohenjo Daro di Indu Valley. Pembinaan dia lebih kurang sama dengan pembinaan Mesopotamia dan Egypt cuma bezanya Mohenjo Daro ada banyak silinder bata yang tinggi untuk tadahan hujan sebagai sumber air sebab kawasan tu panas terik hingga mencecah 53á´¼c. 

Disebabkan cuaca panas terik, boleh nampak costume penduduk dekat situ agak nipis dan kurang perhiasan dan warna kulit pun more to tan. Which is perfectly described dalam movie Mohenjo Daro dari watak Sarman (Hrithik Roshan), si petani yang menjual batu indigo sebagai pewarna dinding atau baju. Dalam movie ni sistem cukai dah diperkenal dan sistem jual-beli guna sistem barter dan emas. 


Sarman selalu bermimpi tentang unicorn dan juga bandar Mohenjo Daro tapi keinginan dia untuk pergi ke kota besar tu selalu ditegah oleh penjaga dia. Bila dia ambil keputusan untuk larikan diri dengan Hojo (Umang Vyas), Drujan (Nitish Bharadwaj) akur dengan keputusan Sarman dan biarkan dia ke sana untuk jual hasil tuaian. Dekat sana dia jatuh cinta dengan Chani (Pooja Hedge), anak kepada sami (Manish Choudhary) yang ditetapkan akan berkahwin dengan Moonja (Arunoday Singh) untuk menjaga keamanan Mohenjo Daro. 


Of course Sarman fight untuk cinta dia dan dalam masa yang sama dia nak tahu tafsiran mimpi dia bila dia jumpa lukisan unicorn di kuil. Sami pula dedahkan siapa Sarman yang sebenarnya dan berharap agar Sarman dapat balas dendam terhadap kejahatan Maham (Kabir Bedi) juga selamatkan Chani. 

Jalan cerita Mohenjo Daro simple dan clich̩ tambah pula dah banyak kali Hrithik Roshan berlakon sebagai watak yang berdendam dengan villain РMission Kashmir, Agneepath, Krrish franchise. Dialog pun biasa sahaja. Lakonan Hrithik yang bagus pun tak mampu nak selamatkan dari kebosanan jalan cerita Mohenjo Daro.

Ditambah pula dengan lakonan Pooja Hedge yang cuma jadi cantik sepanjang masa dan tak mampu nak match dengan tarian Hrithik Roshan. Garapan Ashutosh Gowariker gagal berbanding movie Lagaan yang pernah dihantar ke Oscar. 


Kelakar bila penduduk kampung tak cam Chani bila dia buang mahkota tapi anak buah Mooja perasan dari jauh. Sama juga dengan Sarman yang menyamar dalam upacara Moon Bath dengan shade merah dekat mata dan line putih di pipi. No wonder la Chani tak suka Moonja. 

Ni kali kedua tengok movie Mohenjo Daro, bukan kerana jalan cerita ataupun Hrithik Roshan tapi dek kerana music album hasil buah tangan A.R. Rahman dan lirik dari Javed Akhtar. My fav song – Tu Hai. Soft tune, lirik dan suara A. R. Rahman dengan Sanah Moidutty sesuai sangat sebagai lagu romantik. Lagu Mohenjo Mohenjo pun best dengan music video meriah dengan seni tarian dan costume cantik pelbagai kaum.


Kelemahan terbesar pada VFX lah sebab banyak scene yang bergantung sepenuhnya dengan VFX especially scene banjir besar sebelum musnahnya kota Mohenjo Daro. Actually nama Mohenjo Daro ni terbit setelah kota ni musnah tapi team production guna sebagai nama sebelum dia musnah walhal maksud Mohenjo Daro – Mound of the Dead. Which is kinda weird.

But fun fact from this movie, dapat la tengok penemuan Sungai Ganga yang jadi sungai suci di negara India. Tapi dalam movie ni sungai tu cantik membiru lah sebab tak tercemar lagi hshshs

p/s : walaupun movie ni berdasarkan kajian sejarah tapi kisah watak-watak ni fiksyen dan banjir besar tak musnahkan kota ni sepenuhnya. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.4, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 5/10

4 comments

  1. Mcm menarik cerita ni.. Walaupun fana kata agak boring kan.. Mayb sebab akak suka history n hrithik kot.. Hehehhehhe...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.