Sunday, 9 August 2020

Drama Review : Bandish Bandits


Director : Anand Tiwari
Writer : Amritpal Singh Bandra, Lara Ahsan Chandni, Anand Tiwari
Cast :  Naseeruddin Shah, Ritwik Bhowmik, Shreya Chaudhry, Atul Kulkarni, Rajesh Tailang, Kunaal Roy Kapur, Sheeba Chaddha, Amit Mistry, Tridha Choudhary, Rahul Kumar
Genre : Music / Drama / Romance
Running Episodes : 10 episodes
Release Date : 4 August 2020 (India)
Production Company : Still & Still Media Collective
Distributor : Amazon Prime 


Pandit Radhemohan Rathod (Naseeruddin Shah) terkenal di Rajashtan sebagai Music Guru untuk Indian Classical Music dan pangkat ni diiktiraf oleh keluarga diraja sejak bertahun lamanya. Setiap hari Panditji akan train beberapa orang anak murid termasuklah cucu dia sendiri, Radhe (Ritwik Bhowmik). 


Bukan senang nak capai level yang Panditji nak. Semua not dank od perlu betul. Kalau sengaja ubah untuk ikut kesesuaian zaman moden, mesti dihalaunya. Memalukan kalau dihalau keluar dari kelas Panditji. Impian Radhe cuma satu, untuk dapat ikatan benang suci dari Panditji. 

Tapi kehadiran Tamanna (Shreya Chaudhry), penyanyi pop dari Mumbai ubah pendirian hidup Radhe. Bukan setakat jatuh cinta tapi terdesak untuk bantu kewangan keluarga pun antara sebab Radhe setuju untuk buat collaboration dengan Tamanna. Dari Tamanna dia belajar perasaan cinta untuk bawa lagu yang digubah oleh Panditji kepada nenek dia. Belum ada siapa yang dapat ilmu lagu tu kecuali Radhe. 


Radhe sembunyikan projek musik dengan Tamanna dari keluarga dia sebab pantang larang Panditji lepas dapat benang suci, tak boleh menyanyi selain dari lagu keluarga Rathod sahaja. Radhe sangka tak ada yang akan tahu identiti dia bila dia pakai topeng dan rambut palsu tapi Rajendra (Rajesh Tailang) kenal benar dengan suara anak dia. 

Dia tak kisah pun Radhe menyanyi di luar asalkan beban kewangan keluarga terlepas dari bahu dia. Selama bertahun siang dan malam dia uruskan hal kewangan sampai terpaksa pinjam sana sini dan diugut oleh pihak bank supaya bayar balik semua pinjaman beserta bunga. 


Bila tengok tekanan yang Rajendra hadap dalam uruskan hal kewangan, boleh nampak yang Panditji ni memang selfish habis. Tak guna jadi guru musik terkenal tapi tak mampu sara keluarga. Ada hati pulak kutuk anak dia tak boleh diharap. Cara dia layan menantu dia, Mohini (Sheeba Chaddha) pun menyakitkan hati. Semua kerja dekat rumah tu Mohini kena buat sampai makan pun kena tunggu semua lelaki habis makan baru dia boleh makan. Bertambah sakit hati bila tahu siapa Mohini sebenarnya. 


Dalam series ni memang kesian sangat dengan watak Radhe. Serabut dengan masalah keluarga dan masalah Tamanna. Self-centered habis! Mungkin season 2 nanti team production akan develop lebih lagi masalah percintaan Radhe dengan Tamanna. Hopefully Shankar Ehsan Loys akan deliver lebih banyak lagu genre romance nanti since chemistry Rithwik - Shreya is electrifying.


Brownie points untuk Hazel Paul and his team sebab bagi sentuhan dalam costume Radhe. Sentuhan citarasa Rajashtan dipadankan dengan pakaian moden. Ditambah dengan brilliant shots dari Ishaan dan Amey Yadav yang paparkan keindahan Rajashtan baik dari binaan sejarah mahupun culture di sana. Loved ‘Chase Your Dreams’ shot, kena sangat dengan situasi. 







Dekat hujung episod nampak mendatar walaupun masa tu kemuncak cerita sebab pertandingan Sangeet Samrat. Disebabkan dari awal series dah tengok sesi latihan dan performance Radhe sampaikan dah muak dan element of surprise tak wujud walaupun Radhe decide untuk tukar instrument. Patutnya letak scene Digvijay (Atul Kulkarni) practice sekali supaya terasa bahang competition scene tu.

Lakonan Rithwik, Naseerudin dan Atul Kulkarni nampak natural bila pengarah dah letak requirement untuk buat training lip sync terutama sargams dan aakars juga movement supaya seiring dengan suara latar. 


Walaupun jalan cerita dan dialog kurang memuaskan tapi lakonan, musik dan visual dah cukup untuk tutup kekurangan series ni. For me personally I think objektif series ni untuk menghidupkan classical musical di kalangan belia boleh kata berjaya. Tambah pula disiarkan di OTT platform. Can’t wait for second season!

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.5 = 7.7/10

13 comments:

  1. Geram, sakit hati dengan watak Panditji ni. Kuku besi sangat rasanya. Aishh rasa nak katuk je dia. Hehe

    ReplyDelete
  2. Dalam ramai ramai pelakon tu kenal ngan Atul Kulkani jer .. yang lain tak kenal.

    ReplyDelete
  3. Rajin sis Hana tengok Dan kaji filem Hindi. Dari blog nie lah saya byk blaja pasal filem hindi.

    ReplyDelete
  4. Citer superhero ke.. Kadg tak tengok sebb pelakonnya baru kan.. Hehehe.. Tapi kalau ad eorg review best boleh tgk

    ReplyDelete
  5. Ooo citer superhero ek? Macam nak layan la plak - boleh la layan time weekend nie. Thanks

    ReplyDelete
  6. Owh series ya? Tak pernah pula layan series India ni.. tp tgk u punya rate 7.7 boleh lah consider utk tengok nanti..

    ReplyDelete
  7. Okay boleh start tgk.. Haha kita duk mencari juga series yg best. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  8. Kenapa banyak lcite india best tak pernah dengar. Baguslah awk review senang ckit nk survey tgk cite mane dlu.

    ReplyDelete
  9. Cerita tamil cinematography dia cun kan. Ruby tengah tengok filem Gunjan Saxena. Nanti awak tengok. Best juga. Hehe.

    ReplyDelete
  10. Best nya jalan cerita dia.. mesti syok tengok ni.. TB pun peminat cerita2 macam ni.. boleh masuk list

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!