Saturday, 8 August 2020

10 Perbezaan New Blogger Dan Legacy Blogger. New Blogger Banyak Masalah

Sejak Mei lagi dah keluar notifikasi dari Blogger yang mereka akan berubah kepada interface baru dan pada Jun 2020, Legacy Blogger akan ditamatkan serta-merta. Tapi kecewa sangat bila interface baru menyusahkan pengguna dan lebih ramai yang prefer Legacy Blogger. 


Dan disebabkan ramai yang hantar feedback baik di Blogger mahupun di komuniti dan forum-forum lain, Blogger putuskan untuk lanjutkan lagi penggunaan Legacy Blogger sehingga interface baru sesuai digunakan oleh semua. 

Apa perbezaan yang membuatkan ramai menyampah? 

1. Template besar

Kalau dulu bila buka Blogger, semua benda kita boleh nampak tapi disebabkan saiz font dan beberapa section telah diubah menjadi lebih besar, tak banyak la boleh muat dalam satu screen. Of course la I prefer Legacy Blogger sebab boleh nampak banyak benda dalam satu masa. 

Legacy Blogger
Legacy Blogger

Interface baru : 



Katanya Blogger baru ni more mobile friendly tapi Blogger ni memang sesuai untuk destop user kot. Kenapa tak ubah interface yang mesra dua-dua device? 

2. Loading Lebih Lama

Bila saiz besar, mesti lah akan effect tempoh loading. I dah pernah try publish post guna New Blogger dan tak puas hati sebab kena ambil masa yang lama tunggu dia habis load semua comment atau entry. 

New Blogger
Legacy Blogger

I tak suka template jenis load more ni. Berat dan buang masa. Tak rajin satu hal nak scroll sampai tercabut roller dekat mouse tu. Legacy Blogger dah cantik dah bila dia letak pilihan 25, 50 atau 100 dalam satu page. Kemudian ada option Next and Previous.

3. Autosave


Bahaya sangat bila tak ada Autosave masa draft entry. Imagine masa tengah menaip tu blackout, tak ke masalah habis hilang semua yang dah taip tadi. Kalau terpangkah masa menaip. Hey, we have cats okay. 

Kalau masa tengah loading lepas tekan publish tu tapi sebenarnya tak publish pun macam mana? 

4. Terlampau Banyak Ikon


Beza paling ketara antara New Blogger dan Legacy Blogger, new interface ni guna banyak sangat ikon dan tak semua orang suka ikon. Dah nama pun writer, mesti la kita suka yang bertulis. Kalau kita suka ikon, baik kita jadi Emojer. 

5. Gambar


Bila guna New Blogger lepas upload gambar ada option + atau – je. Berbeza dengan Legacy Blogger bila kita ada 5 option sama ada small, medium, large, x-large ataupun original size. 


Dalam New Blogger tak ada pilihan tu. Kalau sebelum ni kita boleh set saiz gambar medium dan letak dua gambar sebelah-menyebelah, tapi new interface tak boleh. 

Ada blogger yang hadap masalah bila dah publish, gambar jadi blur. 

6. Edit HTML


Since new interface ni besar dan tak muat dalam satu screen, bila nak update new post, kita kena klik lebih sikit untuk Edit HTML. Untuk blogger dengan niche entertainment macam I, Edit HTML ni penting la sebab akan guna video-video dari free platform yang lain macam Youtube, Twitter, Facebook dan Instagram. Embedded code lebih senang daripada upload video.

7. Spacing


Satu hal bila update new post, masa menaip dia automatic akan jadi double spacing. Bila dah habis menaip kena highlight kemudian klik ikon Indent which is annoying sebab sebelum ni tak perlu pun. Tak tahu lah jadi dekat semua blogger ke tak sebab setiap kali dia auto switch ke New Blogger, akan ada problem baru. Sucks right?

8. Statistik 



Legacy Blogger ada 4 tab berbeza untuk tengok statistik blog be it daily, weekly, monthly or all time. 4 pilihan tu untuk kita tengok pageviews, posts, keywords dengan audience. Tapi dalam New Blogger Keywords dengan Audience tak ada. 


Which is nonsense lah sebab kita nak tahu keywords apa yang bawa reader ke blog kita. Well audience for obvious reason lah kita nak tengok pembaca datang dari negara mana. Merepek bila dihapuskan terus dari Blogger!

9. Label

Bila update entry dekat Legacy Blogger, semua label ada dalam satu box dan kita tinggal nak pilih je nak entry kita dalam label mana. Macam I tak suka guna banyak label so mudah la nak cari tapi makin lama akan makin bertambah label tu. 

Bila guna New Blogger masalah bila dia buat tick box untuk Label dan makan masa untuk pilih. Walaupun ada search box untuk Label tapi kelakarnya bila taip movie, bukan label movie yang keluar. Duhhh? 


Dari dulu sampai sekarang I dok tunggu bila Blogger nak letak option untuk blogger delete label dengan mudahnya. 

10. Colour Option

Legacy Blogger

New Blogger

Bila update entry baru dan nak ubah warna dekat tulisan, kita ada banyak pilihan untuk warna font. Tapi dalam New Blogger makin sikit and yes of course, besar betul icon dia. Rimas tengok! 

So far ni semua masalah yang I jumpa lepas 2 kali dipaksa guna New Blogger dan kali kedua dipaksa guna tu I tak boleh Revert to Legacy Blogger and yes I stress sebab I tak suka interface baru because for some obvious reasons. I’m not the only one yang kena macam ni. Bila buka forum blogger, ramai juga jadi macam ni. 

I tak faham apa perlunya tukar sesuatu yang dah memang bagus kepada something yang teruk? Dah tak ada kerja sangat ke? I’ve been using Blogger for 11 years since 2009. Bila kena hadap interface yang lebih teruk dari yang lama, what am I supposed to do kan? 

Of course I dah hantar feedback tapi dalam komuniti kata ada yang tak boleh submit pun. Bila ramai yang tak submit feedback, Blogger akan assume semua puas hati. So how?  Blogger nak pengguna dia bertukar ke Wordpress ke? For now, I just hope Blogger bagi option untuk guna Legacy Blogger sampai bila-bila. 

13 comments:

  1. Senang cerita menyusahkan lagi byak dr menyenangkan haha.. Stres juga pakai yg bru nie

    ReplyDelete
  2. dalam new blogger, boleh edit size gambar just tekan kat icon pencil tu nanti boleh pilih size.
    kalau nak tengok keyword dan audience pula klik dkt more about this blog so nanti pergi page yg tunjuk keyword dan audience.

    new blogger ni memang sgt leceh, dia macam nak suruh kita buat banyak kerja dan explore lebih. part html tu sakit kepala betul sebab dalam new blogger dah jadi tak tersusun dan pening nak cari coding..huhu

    ReplyDelete
  3. Ya memang sangat leceh, ada benda yang selalu buat bila tak jumpa ikon nak tekan kena lah balik ke legacy.... Tak jumpa lagi icon nak klik untuk buat new post kt yang baru nie.....belum masalah upload gambar yg sekarang kena buat satu-satu.

    ReplyDelete
  4. Wak dah belajar2 cuba try guna yang baharu.

    ReplyDelete
  5. Setakat ni guna new blogger blogger on device satu je kelemahan dia, tak boleh nak justify tulisan. yang lain okay kot. Much easier untuk device. tak pernah cuba di desktop lagi. hee~

    ReplyDelete
  6. Kak Mirror ni dah la jenis yg setia.. memang malas betul nak tukar kecuali dipaksa. Sama dgn you.. tak suka yg ada read more..

    ReplyDelete
  7. lg 1 yg baru ni, sy perasan entry kita lambat giler kuar kat reading list. puas godek2 cr punca x jd jg. last2 tkr yg lama bedesup kuar xde masalah

    ReplyDelete
  8. Saya suka yang lama. Ramai cakap yang baru ni leceh sikit. Banyak benda kena klik.

    ReplyDelete
  9. kenapa smua ckp yg baru ni leceh? but atie sukaaa yg baru ni..

    ReplyDelete
  10. Lebih suka legacy dari new..
    Lebih mesar pengguna..

    ReplyDelete
  11. betul tu. tak suka yang baru ni. lebih suka yang lama. done revert.

    ReplyDelete
  12. New blogger memang saangat teruk dan tiada perkataan yang mampu menggambarkannya.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!