Movie Review : Mask Ward

Sunday 9 August 2020


Director : Hisashi Kimura
Writer : Hisashi Kimura
Cast : Kentaro Sakaguchi, Mei Nagano, Rio Uchida , Noriko Eguchi, Ryohei Otani, Masanobu Takashima, Aki Asakura, Tomomi Maruyama, Show Kasamatsu, Masaru Nagai, Gaku Sano, Izumi Fujimoto, Takehiko Ono, Kosuke Suzuki
Production Company : Aeon Entertainment, Fine Entertainment, Hikari TV
Genre : Mystery / Thriller
Running Time : 115 minutes
Release Date : 6 March 2020
Trailer :


Shugo Hayami (Kentaro Sakaguchi) tolong kawan dia, Tsukasa Kosakai (Ryohei Otani)ganti shif di hospital sakit jiwa untuk syif malam bila Kosakai perlu perform surgery di hospital lain. Hayami baru sahaja kehilangan kekasih dia, Yuko dan juga anak dalam kandungan dalam sebuah kemalangan bila kereta yang dipandunya dilanggar oleh lori.


Malang nasib Hayami bila malam tu perompak bertopeng badut menyelinap masuk ke dalam hospital untuk mencuri dan dalam masa yang sama hantar mangsa, Hitomi Kawasaki (Mei Nagano) yang ditembak di perut. Hayami kaget bila di hospital tu tak ada operating room untuk dia jahit luka tersebut. Nurse yang ketakutan bagitahu supaya buka operating room yang dah lama tak digunakan.
Pelik dengan keadaan operating room yang serba baru dan mempunyai alatan canggih sedangkan dari luar nampak lusuh dan berkunci sebab dah lama tak digunakan. Tapi tu bukan masanya untuk dia fikir tentang bilik pembedahan sebab Kawasaki perlukan bantuan walaupun luka dia tak lah dalam sangat. 

Lepas selesai rawatan, The Clown minta duit yang ada dalam hospital tersebut. Kebetulan pengarah hospital Dr. Tadokoro (Masanobu Takashima) masuk bertugas dan terkejut dengan kehadiran The Clown. Bukan duit yang dia risaukan tapi ada beberapa dokumen sulit hospital sakit jiwa tu yang perlu dijaga dan disimpan dengan rapi.


Awalnya Dr. Tadokoro syak Hayami berkomplot dengan The Clown untuk curi fail rahsia dalam hospital tu sebab The Clown datang serang masa Hayami masuk bertugas. Tapi Hayami tak kenal dan tak tahu-menahu langsung tentang fail sulit hospital tu. Secara kebetulan je dia naik ke tingkat 5 – data storage room sebab nak check bunyi pelik datang dari mana. 

Apa rahsia di hospital sakit jiwa tu sebenarnya sebab cara The Clown geledah fail dalam hospital tu nampak macam dia tahu something. Beberapa kejadian berlaku malam tu menguatkan lagi sangkaan Hayami yang hospital ni sebenarnya dah lama jadi target The Clown untuk personal vendetta dia.


Jalan cerita Masked Ward yang diadaptasikan dari novel Kamen Byoto karya Mikito Chinen dan diterbitkan pada 5 Disember 2014 agak predictable bila director Hisashi Kimura tunjuk beberapa hint di awal movie. Cumanya kita tak tahu apa yang Hayami tahu bila dia nampak something sebab dia simpan sorang-sorang. Dah hujung baru dia reveal apa yang dia syak tu. Jadi fed up on several scenes sebab subtitle tak muncul pun untuk tulisan yang Hayami nampak.


Walaupun tekaan betul tapi curious juga nak tahu kisah di sebalik The Clown dan illegal things yang hospital tu buat di belakang. Visual bagus cuma audio dia kurang memuaskan especially scene Kawasaki mengaduh sakit tu. Dia punya suara mendesah lagi kuat sampai tenggelam suara Hayami dengan nurse padahal conversation diorang tu penting dalam scene tu.


Flaw dalam movie ni bila scene hujung tu polis kata tak perlu siasat mendalam sangat untuk kes ni sebab mental Hayami tak stabil lagi. Sedangkan director tunjuk scene tembak-menembak sebelum polis sampai. Yang tembak tu tak pakai glove dan tak cuci pun kesan cap jari dia. Dekat situ dah boleh tahu alibi Hayami legit ataupun tak. 

Nevertheless movie Masked Ward ni not bad lah untuk ditonton untuk genre mystery. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.9 = 8.8/10

17 comments

  1. filem jepun yang menarik.. masuk list dulu..
    Sejak akhir-akhir ini macam best pula layan filem dari Jepun..

    ReplyDelete
  2. Rajinnya review filem. Kak dah lama tak review filem sebab dah lama tak tonton filem asing selalu tonton drama tv je.

    ReplyDelete
  3. Wahh badut jepun..jaramg tengok filem jepun ni..asyik2 korea jer hihi..nanti boleh try tengok ..nk tgok badut tu scary x

    ReplyDelete
  4. Lama tak layan cerita Jepun. Dulu-dulu memang favorite la..to clown tu nampak smart juga kan.. hehe

    ReplyDelete
  5. Sound interesting with a suspense drama plot but quite scary too with that clown face

    ReplyDelete
  6. BBL jarang tengok movie jepun ni, biasa tengok cerita kartun je. why not try tengok nanti, dari awak story boleh tahan seronok jalan cerita tu

    ReplyDelete
  7. takut pulak nak menengoknya.org jepun nie kalau buat cerita hantu,takut bethol. teringin tahu misteri disebalik cerita nie. nanti nak cari jugaklah

    ReplyDelete
  8. Ni cerita suspen ni.. Haishh seram tgk clown2 ni.. Hahaha.. Nanti nampak kat luar jadi takut pulak.. Kihkih.. Tapi macm menarik.. Nak tau ape yang dicari clown.. Apa yang jadi sebenarnya

    ReplyDelete
  9. Wah rating cerita ni tinggi juga, kadang i takut nak tengok cerita macam ni, seram juga.

    ReplyDelete
  10. Baca review ni rasanya kalau tengok mesti suspen kan. Alaa ada scene cuci darah ke? Tu yang takut nak tengok. Tapi nampak menarik untuk ditonton

    ReplyDelete
  11. Best la jln cerita ni.. mcm misteri dan dan seramjseram

    ReplyDelete
  12. Genre misteri..menarik ni..buat kita berfikir hehe..nanti bosan bosan iena boleh tengok :)

    ReplyDelete
  13. Pergh menarik cerita ni. Kita suka kalau cite yg buat kita berfikir nih.. Hihi boleh la ajak suami tgk sekali

    ReplyDelete
  14. ika memang boleh kira pakai jari la berpaa kali tgk movie jepun farhanna. nanti ika nak tgk la :) terimakasih share. memang baca review nampak menarik

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.