Sunday, 9 August 2020

Lunch Di Dubuyo Nu Sentral

Tahun 2016 dulu pernah la makan sekali dekat Dubuyo Nu Sentral ni but since teopokki dia tak sedap, kitorang decide tu first dengan last makan dekat sana walaupun masa tu ada mee yang sedap which I don't remember name of the dish. Unfortunately it was a limited edition menu, special for that period of time. 


Tapi minggu lepas memandangkan tak tahu nak makan dekat mana lepastu Dubuyo nampak macam lengang so we decided to have lunch there. Plus ada special deal for lunch set. Berbaloi sangat order set ni sebab jauh lagi murah dari single set. Kalau datang 4 orang ke atas boleh la dapat free ataupun diskaun untuk side dishes. 


So I order Seafood Soondubu Jigae Set dengan Ice Green Tea. My sis ambil set Seafood Soondubu Jigae Noodle Set dengan Peach Tea. 


Dalam set dia ada seafood, seaweed, jagung dengan ramen. For side dish ada sup tauhu telur, fishcake, kimchi dengan kobis. Main dish dah berkuah lepastu side dish pun berkuah jugak. Mengah nak hirup semua kuah. Bahan dia pun banyak. 


I have no clue my lunch set letak dalam sizzling pot. Tengah lapar memang tak sesuai langsung pilih menu ni sebab panas dia tak boleh bawak bincang. Nasib ada side dish sementara tunggu panas dia berkurang. 


Sup dia pekat lah compared to my sister's lunch set. Dalam ni ada seafood, tauhu dengan telur. Nak habiskan satu mangkuk ni mengah jugak sebab bahan dah banyak. Nasi dia pulak jenis sticky, lagi cepat kenyang. 


Kalau tengok dalam drama Korea nasi ni pekat lagi warna purple dia tapi dekat Dubuyo cerah sikit but either way nasi purple ni lebih healthy dari nasi putih. Makan sikit pun dah terasa kenyang so I was wondering should I change my rice? Purple rice ada antioksida untuk kurangkan risiko sakit jantung dan kanser. 


Since I dah biasa minum green tea tanpa gula so tak ada masalah pun minum green tea dekat Dubuyo ni. Peach tea dia manis buah peach tapi tak lah manis sangat. Just cukup rasa dekat lidah. 


Second trip ni dah ubah our first perception dekat Dubuyo so lepas ni boleh la makan dekat sini kalau nak pekena seafood soondubu jigae instead of K-fry since K-fry asyik sesak je. But be it K-Fry or Dubuyo, dua-dua tak pasang lagu Korea yang best. Sejam lebih dekat sana, satu lagu pun tak syok. Idk lah kalau Dubuyo ada relate dengan SM Entertainment ataupun just my bad luck. Tssskkk

2 comments:

  1. Dulu Penang ada buduyo dekat Gurney Paragon but tutup, tak tahu kenapa.. but this one menu i love it.. yg ada daging tu....

    ReplyDelete
  2. Suasana dengan muzik pun main peranan sebenarnya.. Bila lagu tak best, tak berapa enjoylah nak makan kan..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!