Gelaran ‘Go-Go Smasher’ Temukan Jodoh Dian Hashim Bersama KRU Music

Thursday 27 August 2020

Berumur 21 tahun, graduan Diploma Vokal dan Seni Suara, Fakulti Muzik UiTM Shah Alam ini juga pernah memenangi pingat emas dalam pertandingan ‘Choral Music’  mewakili  kumpulan koir Universiti Teknologi MARA, UiTM Chamber Choir (UCC) di Jerman dan Poland  tahun 2019.


Pernah meraih 900 ribu tontonan di YouTube untuk persembahnnya yang memakai nama ‘Go-Go Smasher’ di pentas I Can See Your Voice musim pertama, Dian Hashim, tidak pernah berputus asa untuk mencuba nasib dalam bidang nyanyian sejak berumur 4 tahun lagi. 

Penglibatan  Dian  Hashim  atau  nama  penuhnya  Nordiana  Shalieza  Binti  Che  Hashim dalam industri muzik tanah air telah menarik minat Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music Sdn Bhd, Dato’ Norman Abdul Halim untuk menawarkan kontrak kepada beliau sebagai artis rakaman KRU Music. Menurut Dato’ Norman Abdul Halim selaku Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music Sdn Bhd, "Single "Aku Wanita" dapat menonjolkan kelainan dan keunikan suara Dian." 

Semasa dalam proses pembikinan lagu dan perbincangan mengenai genre yang sesuai buat beliau, pihak KRU Music mendapat kata sepakat untuk mengetengahkan lagu catchy dan trendy yang lebih bersesuaian  dengan peribadi Dian. Mempunyai vocal range yang unik, Aku Wanita diharapkan berjaya menempa nama dipersada  industri  muzik  tanahair  sebaris  dengan  penyanyi-  penyanyi  yang  sudah berjaya.”

“Syukur kepada Allah SWT kerana berkat usaha dan doa saya selama ini menjadi kenyataan. Saya sangat berterima kasih kepada KRU Music kerana memberikan peluang dan mengetengahkan lagi bakat nyanyian saya ini dengan menerbitkan single pertama berjudul Aku Wanita yang dilancarkan pada 24 Ogos. Saya berharap kehadiran saya ini juga dapat mewarnai industri hiburan tempatan dan mendapat sambutan yang positif.” - Dian Hashim 
‘Aku  Wanita’ hasil nukilan Rayyan  Rayhan (Komposer & Lirik) dan diterbitkan oleh KRU Music merupakan sebuah lagu berentak catchy sesuai dengan perwatakan Dian. Bait-bait lirik lagu ini mengisahkan tentang wanita yang meneruskan  perjuangan  dalam  percintaan  dan  tidak  mudah terpedaya  dengan kata-kata manis seorang lelaki. Maksud lagu ini boleh dilihat dan dihayati dengan lebih mendalam menerusi video muzik yang boleh ditonton menerusi saluran YouTube KRU Music.


Lagu Aku  Wanita  boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan. Selain itu, lagu ini turut boleh didengari  melalui  platform penstriman (Spotify, Deezer, KKBOX, YouTube, Joox, Apple Music  dan  TikTok)  bermula  24  Ogos.  Ikuti  media  sosial  KRU  Music  di  Instagram, Facebook,  Twitter  dan TikTok  untuk  mengetahui  perkembangan terkini  mengenai  KRU Music.


LIRIK LAGU AKU WANITA

Penyanyi : Dian Hashim

Komposer : RayyanRayhan
Lirik : RayyanRayhan
Label : KRU Music

Harus aku berkata
Kepadamu wahai lelaki
Manis bibirmu dan tutur kata
Ingat! Perempuan bukannya sama

Cinta bukan biasa
Jangan kamu main dengan kata-kata
Sememangnya itu hanya delusi
Yang ingin membuat hatiku di curi

Aku memang wanita yang tahu
Menilai isi hatimu
Dan bukannya semudah kau sangka
Ku berikan jiwa

Memang aku wanita yang suka
Memilih hal cinta
Jika ku rasa..owhh..Jika kau dapat aku
Kaulah yang istimewa

Waktu akan terhenti
Bila suaramu manis melekat dihati 
Saat itu, bila kau ucap ‘I love you’ 
Kan ku ukir namamu di hatiku

Jujur dalam ikatan cinta ini 
Jangan jangan mainkan hatiku 
Kerna bila ku jatuh cinta
Ku simpanmu akhir hayatku

Aku memang wanita yang tahu
Menilai isi hatimu
Dan bukannya semudah kau sangka
Ku berikan jiwa

Aku memang wanita yang tahu
Menilai isi hatimu
Dan bukannya semudah kau sangka
Ku berikan jiwa

Memang aku wanita yang suka
Memilih hal cinta
Jika ku rasa..owhh..Jika kau dapat aku
Kaulah yang istimewa

Jika ku rasa..owhh..Jika kau dapat aku
Kaulah yang istimewa




KRU Music
KRU Music Sdn Bhd adalah sebuah label muzik independen tempatan yang ditubuhkan pada  1996.  KRU  Music  terkenal dengan genre  muzik  pop  dance, Hip  Hop  dan R&B dengan barisan artis yang tersohor di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :- Suzana Sukaimi
Label Manager
Email            :  suzana.sukaimi@krumusic.com
Tel                : 012 913 6024

Ace Talents
Ace Talents adalah sebuah syarikat perhubungan awam yang aktif dalam pengurusan dan pemasaran artis.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :- Azuein Sariono
Pengurus Artis
Email            :  azueinsariono@gmail.com
Tel                : +60189886747 

6 comments

  1. Pernah rangkul anugerah, bukan kaleng2 orangnya ni

    ReplyDelete
  2. Macam suara Diana Danielle pun ada jugak ni..

    ReplyDelete
  3. semoga beliau lebih berjaya dan dkenali ramai

    ReplyDelete
  4. KRU always make a good music and pandai pilih artis kan

    ReplyDelete
  5. comel orangnya.. Suara pun menarik..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.