Thursday, 27 August 2020

Lepak Di San Francisco Coffee Oasis Square Ara Damansara

Minggu lepas hantar laptop office pergi repair so sementara tunggu siap tu lepak kejap dekat San Francisco Coffee Oasis Square Ara Damansara sebab budak chambee dekat office suka sangat beli kopi dekat sini. Sedap katanya. Kitorang yang dah setahun dekat Oasis ni tak pernah try lagi kopi dekat sini. 


Masa pergi tu  lupa pulak nak tanya flavor apa best dekat San Francisco Coffee ni. Dah la first time lepastu tak pernah tahu recommendation beverages dekat sini. Sudahnya ambil Iced Coffee Mocha dengan Iced Chocolate. Lepastu tambah Chocolate Muffin dia sebab nampak sedap.


Since dekat cafe ni tak ramai orang so tak lah lama pun nak menunggu. Tempat duduk pun senang je nak dapat. Boleh pilih nak duduk luar ataupun dalam. Since masa tu tengah panas, memang tak lah kitorang nak duduk luar. 


First time experience rasa kopi San Francisco Coffee ni agak hambar lah. Kopi dia sama macam Gloria Jeans, pekat sangat. Mocha dari Starbucks je I boleh terima. Tapi mungkin sebab tak tahu nak modify lagi kot. Idk lah


Chocolate muffin dia pun biasa je. Starbucks punya lagi sedap lah haha I dah boleh faham lah kenapa dekat sini tak ramai orang.


Kelebihan dia satu je lah, kalau bayar guna Maybank debit card boleh dapat diskaun 15%. Syok kan? Tapi sebab tak sedap hmm takpe lah sebab dekat Starbucks ada RM3 cashback kalau guna T&G e-wallet hshshshs kbai

3 comments:

  1. i pun now..selesa pakai TnG utk everything .. like takpe la if tade diskaun pun..sbb malas billing byk dekat merata .. keep it one senang

    ReplyDelete
  2. Hahahha.. Kejam tauuu yg part xsedap tu.. Tpi mmg betul pun.. Hari tu makan pastries dia pun out gila... Sedap lagi la kt starbucks n coffee bean tu... 🤣

    ReplyDelete
  3. Eh.. Starbucks ada rm3 cahsback eh guna touch n go.. Menarik.. Boleh try beli nanti..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!