Monday, 31 August 2020

Penipuan Rhea Chakraborty Dalam Interview Aaj Tak News

Sakit hati dengan media trial yang dikenakan terhadap dia dan keluarga, Rhea Chakraborty ambil keputusan untuk buat interview untuk ceritakan kisah dari pihak dia. Tambah pula katanya Sushant Singh Rajput datang dalam mimpi dia dan minta dia bagitahu cerita sebenar.


Walaupun diberi platform untuk netizen dengar kisah dia, Rhea bukan sahaja menipu malah buat cerita dan burukkan keluarga Sushant dan juga Ankita Lokhande. 

1. Hubungan Sushant Dengan Ayah Dia Tak Sebaik Yang Disangka

Sebelum ni Rhea pernah dedahkan pada media yang kakak Sushant yang paling rapat dengan mendiang pernah cabul Rhea masa mereka berdua tidur sebilik. Gara-gara kejadian ni, Sushant bergaduh dengan Priyanka dan tak mahu berjumpa dengan family.

Here's what Sushant Singh Rajput said to his father during their last phone  call | Filmfare.com

Kali ni Rhea bagitahu pula Sushant tak okay dengan ayah dia sebab ayah dia tinggalkan Sushant sewaktu kecil dan khabarnya berkahwin lain. Mereka berdua tak pernah berhubung selama 5 tahun.

Statement Rhea disangkal oleh abang ipar Sushant bila dia bagitahu yang kehidupan keluarga middle class tak mudah bila suami isteri terpaksa berpisah untuk jaga anak-anak di kawasan yang berbeza. Sementara ayah dia pergi ke Delhi untuk jaga Priyanka dengan Sushant dari sekolah menengah sampai besar, ibu Sushant pula stay di Patna untuk jaga Shweta. 

2. Sushant Keep In Touch Dengan Ankita Lokhande

Ankita Lokhande bercinta dengan Sushant selama 6 tahun dan putus pada 2016. Both of them moved on and Ankita bertunang dengan kawan baik dia pada 11 Jun 2020. Ankita bidas kenyataan Rhea bila dia tak pernah pun contact Sushant selepas putus ataupun tinggal di apartment kepunyaan Sushant.

Masa debut movie dia, Manikarnika released tahun lepas memang Sushant ada ucap tahniah dekat IG but that’s it.

Did fans coax Sushant Singh Rajput to comment on ex-lover Ankita Lokhande's  'Manikarnika' look?

Image
Image

3. Sushant Claustrophobic

Memang betul Sushant ada claustrophobic macam Rhea cakap dia pernah ada bila dia takut dengan tempat gelap dan kecil terutamanya bila dia naik lif. Even mengaku dalam interview dengan Zee News tahun 2015. Tapi tahun 2016 dia belajar untuk lawan fobia dia kemudian masukkan impian untuk jadi pilot. 

 Image

Image


Bukan setakat hilang rasa takut, masa dia buat simulation di NASA Centrifuge dalam bilik selama 25 minit pun dia rasa excited sangat. Walhal coach NASA tu bagitahu ada orang sampai muntah ataupun pengsan masuk dalam tu tapi Sushant sampai ulang 2 kali. 

4. Sushant Ambil Modafinil Untuk Hilangkan Claustrophobic

Rhea bagitahu Sushant makan ubat Modafinil untuk hilangkan rasa fobia bila naik flight ke Paris gara-gara claustrophobic dan tidur sepanjang masa dalam flight. 

Image

Berbeza dengan fakta fungsi Modafinil bila ubat ni digunakan untuk mengurangkan rasa mengantuk dan waktu tidur. Tambah Rhea lagi, Dr. Harish Shetty yang bagi Modafinil kepada Sushant untuk ubati fobia dia sebelum pergi Euro trip. Lepas interview ni Dr Harish Shetty menolak dakwaan Rhea. 

Image

Even kalau Rhea tersilap cakap nama ubat pun, tetap terserlah penipuan tu bila dia kata Sushant akan tidur setiap kali naik flight sebab ramai je yang selfie dengan Sushant bila jumpa dia dalam flight selama dia hidup. 

5. Sushant Sakit 3 Hari

Tambah Rhea sebaik saja sampai ke Paris, Sushant taknak keluar dari bilik sebab takut dengan painting seram dekat hotel tu dan berkurung selama 3 hari. Kelakar lah penipuan Rhea sebab Sushant update dekat IG dengan Twitter video dia happy sangat dekat Disneyland pada 8hb dan 9hb sebab ada dalam bucket list dia. 

Guess who’s the videographer? Yuppp… Rhea Chakraborty. 

Lagi kelakar bila ada fans Sushant siap bergambar dengan Sushant pada 7hb di Sacre Ceour. 



6. Sushant Takut Dengan Painting

Another blatant lies….

Dalam bucketlist Sushant ada tersenarai impian dia untuk spend satu malam dekat kubur sebab dia suka benda-benda scary. Dia suka layan movie horror dengan family. 




Dalam interview Aaj Tak News, Rhea ada mention dia minta bantuan Dr. Susan Walker buat therapy untuk Sushant tapi Dr. Susan Walker tak ada lesen sebagai psychiatrist pun. Sebelum ni keluarga Sushant dah buat report polis mengatakan Rhea Chakraborty dan beberapa orang lagi racun Sushant dengan ubat berdos tinggi sehingga Sushant hilang kewarasan kemudian kurung dia dalam rumah.

7. Rhea Risau Dengan Financial Sushant

Dalam interview ni dia bagitahu yang Sushant terlampau berbelanja sampai kewangan dia merosot sedangkan Samuel Miranda, house manager dan juga bodyguard Sushant bagitahu yang kebanyakan masa Sushant tidur dalam bilik dan Rhea yang suka host party dan panggil keluarga dan kawan-kawan dia datang.


Even ED dedahkan bank statement akaun Sushant di Kotak Bank yang dibelanjakan untuk lifestyle Rhea dan Euro trip.

8. Family Tak Halang Sushant

Rhea marah family Sushant bila tuduh dia halang mereka semua jumpa Sushant sedangkan masa dekat Chandigarh celebrate birthday Sushant, kenapa tak halang Sushant balik ke Mumbai? Dia tak pernah halang Sushant jumpa family.

Tapi Shweta Singh bidas kenyataan Rhea bila dia tak sempat pun jumpa adik dia di Chandigarh walhal dia dah nak sampai ke India masa tu sebab Rhea call Sushant sampai 25 kali. Family syak Rhea ugut Sushant sampai adik bongsu mereka resah dan balik ke Mumbai lepas dapat call dari Rhea.

9. Rhea Tak Pernah Ambil Dadah

Dia bagitahu Sushant smoke marijuana dan dia dah cuba suruh Sushant kurangkan. Tambah Rhea, Sushant pernah order stock dari handphone dia tapi Rhea sendiri tak pernah terlibat dalam weed or drugs.

Image

Image

Image

Image

But these chats proven otherwise and drug dealer di Goa, Gaurav Arya kenal Rhea tapi tak kenal Sushant. Rhea pun mengaku dia kenal Gaurav. So who's doing what? Family Sushant boleh terima kenyataan kalau Sushant smoke weed atau ambil dadah tapi diorang nak bukti dari statement Rhea.

10. Paris Fashion Show

Rhea ada mention yang Sushant nak ikut dia pergi Paris sebab ada Fashion Show dekat sana under label Shien. Dah alang-alang pergi so terus bercuti sekali. Selain Rhea, ada dua lagi Bollywood actress yang dijemput - Adah Sharma dengan Pragya.


Tapi dalam video ni boleh nampak yang Rhea tak ada pun dekat event tu sebab seat dia sebelah Adah Sharma kosong walaupun ada satu gambar dia dekat event. (Jump to 12.00 minute) Dua actress yang dijemput memang promote habis lah fashion show tu tapi Rhea tak up gambar langsung.

Dan kalau Rhea dengan Sushant pergi sebelum 4 Oktober 2019 sebab ni tarikh event, still Sushant keluar dari bilik dalam tempoh 3 hari yang Rhea mentioned sebab Sushant ada post gambar dia dekat Paris pada 5hb.


Tak tahu siapa yang buat skrip untuk Rhea Chakraborty tapi dalam semua interview yang dia buat, banyak kali dia kantoi menipu. Kenapa dia menipu sedangkan bukti terpampang jelas? Buat masa sekarang Rhea dipanggil kali kelima untuk sesi soal siasat dengan pihak CBI. Juga soal siasat dengan Narcotics Bureau untuk urusan jual beli dadah dengan kartel dadah di Goa. 

8 comments:

  1. ammi baca pastu mcm kena google sapa sebenarnya sushant ni.. gila lama tak follow kisah2 hindustan

    ReplyDelete
  2. Alahai.. dah kantoi pun masih lagi nak menipu.. Agak-agaklah.. Ingat bila dia menipu tu boleh lepaslah.. kesian..

    ReplyDelete
  3. kira si rhea ni gf sushant lah... yg geramnya semua negatif je dia bagi kt sushant tuh...
    geram pulak lah... moga masuk penjara lah pempuan ni dah terungkaplah semua dalang kejahatan ni...geram lak rasa, macam dah tengok movie penjahat sedangkan hakikatnya kisah benar

    ReplyDelete
  4. Boleh buat filem la kisah hidup dia. Kesian nya... Biar dunia pulak tengok apa sebenarnya disebalik kehidupan Sushant

    ReplyDelete
  5. Adoii!!! kelakarlah memang macam filem hindi kisahnya.

    Kesian kat family SSR tu

    ReplyDelete
  6. Dah tau ke siapa yang bunuh or memang bunuh diri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. CBI tengah kumpul bukti kukuh untuk appeal homicide dekat court nanti

      Delete
  7. geramnya bila tahu org tu menipu tapi si penipu tak ngaku dia menipu.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!