Sushant Singh Rajput's Death Case : Disha Salian

Saturday 1 August 2020

Disha Salian adalah manager kepada Sushant Singh Rajput tapi pada 8 Jun 2020, Disha dikhabarkan jatuh dari tingkat 14 dari tingkap apartment miliknya. Naratif yang sama digunakan bila Mumbai police bagitahu pada pihak media yang Disha mengalami kemurungan bila dapat tahu teman lelaki dia curang dengan pelakon perempuan di set drama. 


Family Disha tak boleh terima berita kematian ni dan minta untuk pihak polis buat siasatan sama ada Disha terjatuh ataupun memang terjun dari tingkap bilik dia sebab pada malam 8 Jun 2020, ada parti di rumah Disha. Teman lelaki Disha, Rohit Rai bagitahu pihak polis mereka berdua bergaduh selama sejam dalam bilik. 


Yang menjadi pertanyaan netizen bila kematian Disha dan Sushant lebih kurang sama bila malam sebelumnya ada party yang tidak tahu dihadiri oleh siapa dan dua-dua mempunya naratif kemurungan kemudiannya bunuh diri. 

1. Disha Busy Dengan Web Series


Beberapa hari sebelum kematian Disha, Sushant ada berbincang dengan Disha untuk next project which is a web series yang bernilai 14 crore. 

Sushant Singh Rajput condoles demise of former manager Disha ...

Tapi malangnya Sushant dapat berita Disha meninggal dan ucap takziah di IGstory. 

2. Statement berubah-ubah 


Pihak keluarga Disha minta siasatan dijalankan bila polis ubah statement dari terjatuh kepada terjun bangunan. Tapi sampai sekarang masih belum ada apa-apa update dari keluarga Disha. 

3. Disha & Sooraj Pancholi

Pelakon dalam movie Drive bagitahu dia ada contact Disha pada April 2019 dan bagitahu yang Disha tak sihat sebab tengah pregnant. 



Ramesh Khanna bagitahu yang Disha pergi ke parti Sooraj Pancholi di farmhouse dia. Yang menjadi perhatian bila Sooraj dan Sushant dikatakan pernah bergaduh dalam sebuah party. Tambah pula bila Sooraj sepatutnya berlakon dalam movie Drive tapi Dharma buat keputusan untuk ambil Sushant. There might or might not have professional rivalry between Sooraj and Sushant.

4. Update From Family

 

Tak lama selepas netizen persoalkan relationship Disha dan Sooraj, family Disha ambil keputusan untuk hormat perasaan mereka sekeluarga selepas kematian Disha. 

Since then tak ada lagi yang kaitkan kematian Sushant dengan Disha Salian. Tapi semalam ada pendedahan dari kawan Sushant yang kematian mereka berdua berkait rapat. Sebelum Disha, Krish Kapur, casting director movie Jalebi juga meninggal dalam keadaan misteri. 

Awalnya dia dikatakan meninggal disebabkan kemalangan tapi kemudiannya keluarga dia bagitahu Krish dijumpai meninggal di rumah disebabkan pendarahan teruk di bahagian kepala. 


Krish Kapur tak ada sebarang masalah kesihatan. Kenapa dia relate dengan kes ni? Sebab dia terlibat dengan #TheBhatts dan juga Rhea Chakraborty. Dua kematian misteri ni masih lagi menjadi tanda tanya. 

3 comments

  1. misteri ini.. memang pembunuhan terancang ke..
    adoi.. tak sabar pula nak tahu apa sebenarnya yang terjadi..
    Macam saling berkait je kes diorang ini..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.